Sori, kamera kurang canggih, tp kira boleh la kan utk merakam sebahagian drpd aksi utk tatapan ahli keluarga yg tak dpt bersama semalam...
Yg ni pulak satu-satunya org yg tak main bowling tp dpt hadiah. Terima kasih atas penghargaan
di atas tajaan hadiah dan sokongan kepada pihak kami bagi menganjurkan aktiviti yang penuh bermakna ini.Menang dan kalah adat permainan,namun itu bukan persoalannya,tapi apa yang penting semangat kekeluargaan dapat dipupuk.Terima kasih semua,semoga Allah memberikan balasan yang setimpal atas apa yang anda hulurkan..
Untuk itu,di sini saya dengan sukacitanya mengumumkan senarai pemenang Kejohanan Bowling Tertutup Piala Al-Bajuri buat pengetahuan semua:-
Kategori Lelaki:-
Johan : A.Suandi ( 271 markah)
N.Johan : Bakar @ Yanto ( 253 markah)
Ketiga : Rizal ( 253 markah )
Keempat : Hj Fathul Mubin ( 240 markah)
Kelima : Zawal ( 239 markah)
Kategori Wanita:-
Johan: Suhaila ( 274 markah)
N.Johan: Nora ( 232 markah)
Ketiga : Juariana ( 186 markah)
Keempat: Suraya ( 183 markah)
Kelima: Farah ( 177 markah)
Johan keseluruhan yang akan membawa piala pusingan jatuh kepada:-
Puan Suhaila Binti Haji Samsuri
Saya sempat juga merakamkan beberapa gambar untuk tatapan warga AB..
Pihak TM sedang membuat pemantauan,samada hadiah dan cenderahati disalurkan dengan betul atau tidak....
Kenapa En.Malik??Bola hilang ke??
Mana isteriku??Aduh!!!kenapalah diasingkan aku dan isteriku...Tensionnya...
Senyuman Juara....
Ni nampak!!!Ishhh..marah betul abg haji ni..mana tak asyik masuk longkang aje...
Ni bola mau kasi kilat sikit..barulah ada ummphhhh
Kenapa bang...kerusi punyalah banyak..kat tepi lane gak nak duduk ye...
Terima kasih Abg Mie sekeluarga,walaupun bertongkat namun hadir juga beri semangat kepada para pemain dan ahli keluarga yang lain..Jasamu dikenang..
Tidak ketinggalan juga,Abe..cuti hari ni semata-mata nak join bowling
Hati2 Puan suhaila..jangan salah baling ye..anak tu...Eh..Cik Muna pun ada..tq kerana beri sokongan..datang sorang je ke...jangan marah....
Aksi peserta dari sekolah alam shah..tq za8 kerana sudi hadir...takpe dapat 195 markah tu...
Kak Anim berkata : "Bang,sedap tak kek yang I buat?
Abg Intan menjawab: "Perhhhh!!!! Sedap yang"Licin....
Demikianlah serba sedikit aksi yang sempat saya rakamkan,kerana agak sibuk juga pada ketika itu,urusan peserta dan kena main lagi..namun tak kisah..janji semua happy..jika happylah...Akhirkata,sekiranya terdapat kekurangan saya dan yanto pohon kemaafan,kami sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk warga Al-Bajuri semua.Yang baik datang dari Allah,dan yang buruk dari kami sendiri...
Kami amat berbesar hati sekiranya Tuan/Puan sudi menulis komen diruang komen.Ini bagi memasti serta mengenal pasti kebaikan dan kelemahan pihak penganjur..komen anda amat diharapkan...Insya Allah,sekiranya diberi kepercayaan lagi,kit jumpa 2010...wachaaaa..
Lane 01
Lane 02
Lane 03
Lane 04
Lane 05
Lane 06
Lane 07
Lane 08
Lane 09
Lane 10
Lane 11
Lane 12
SILA AMBIL PERHATIAN!!
Untuk makluman.sehingga hari ini pihak Jawatankuasa penganjur MASIH lagi menerima penyertaan dari kalangan keluarga AB walhal pada hakikinya terpaksa membayar yuran penyertaan yang "lebih"sedikit.Namun atas sebab dan tujuan Kejohanan Bowling ini diadakan iaitu dengan hasrat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga maka kami terima juga penyertaan tersebut.Untuk makluman juga,sehingga jam 6:01pm tadi dianggarkan terdapat lebih 40 orang telah bersetuju untuk menyertainya.
Sehubungan dengan itu, jawatankuasa telah mengadakan sidang tergempar pada malam ini dan telah telah memutuskan agar Kejohanan Bowling AB 2009 ini,diadakan secara "open".Oleh yang demikian,jawatankuasa juga telah menetapkan senarai nama pemain mengikut lane (senarai penuh akan dikeluarkan pada post berikut)
(jawatankuasa sedang sibuk menguruskan senarai pemain dan susun atur pemain)
Untuk pengetahuan juga, pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah mata keseluruhan 2 permainan tersebut.Hadiah akan diberi kepada Johan/N.Johan dan ketiga bagi pemain lelaki dan wanita.
Kami jawatankuasa penganjur,ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga AB baik secara langsung atau tidak secara langsung di atas sambutan dan penyertaan yang amat di luar jangkaan..Terima kasih..selamat bertarung..Kalah menang adat permainan yang paling penting hubungan silaturrahim dapat diperkukuh dan dipereratkan lagi..
Bersama ini juga ada disertakan plan ke Banting Superbowl..harap bergunalah...
**apabila anda melepasi Balai Bomba (sebelah kanan) jalan terus hingga ke lampu isyarat.Belok kanan,jalan terus..dan anda akan berjumpa signboard Banting Superbowl.Naik ikut jambatan (sebelah kiri anda)..ikut anak panah "p" banting superbowl..
dari panel-Kejohanan Bowling AB 2009
-ujie's dan yanto-
(di sempurnakan oleh mak pengantin lelaki)
Marilah kita sama-sama doakan agar Sabrina dan Hefni dapat menghadapi tempuh pertunangan dengan sebaiknya dan dapat diijabkabulkan seperti yang dirancang.. Amin...
Kepada AlBajuri, kami sekeluarga mohon maaf sekiranya majlis ini tidak melibatkan anda kerana pertukaran 'Menu' pada saat perbincangan dan kami sekeluarga memohon agar kita sama-sama dapat menjayakan majlis akadnikah dan kenduri pada bulan Jun nanti.