Friday, December 12, 2008

QURBAN 2008_By Achon

AKTIVITI AL-BAJURI 2008

(due to internet security & limitation, photos are unable to be downloaded)

10 Zulhijjah 1429 ( 8hb. Disember 2008 ) tepat pukul 10.10 pagi maka tertunailah hajat dan niat Yg Bhg. Dato Dr. Hj.Zabir bin Bajuri dan keluarganya untuk melakukan ibadah qurban untuk tahun ini. Lembu qurban yang pada awalnya dijangka akan meragam dan sukar untuk dikendalikani bertindak sebaliknya seakan mengerti akan keikhlasan tuan yang empunya hajat dan niat. Ianya amat senang diuruskan seawal ketibaannya hinggalah ke upacara qurban dilaksanakan. Alhamdulillah…

Biarpun cuaca hujan seawal subuh dan kehadiran ahli-ahli yang tidak berapa menggalakkan namun acara tetap dijalankan seperti yang telah dirancang. Itulah suatu pengalaman berharga yang tidak akan dilupakan. Kalau sebelum ini saya sekadar penonton tetapi hari itu tidak lagi. Terasa sayu bila Dato Zabir melafazkan niat qurbannya, Dr. Azmil sayup-sayup bertakbir raya dan seterusnya sama-sama melaungkan kalimah takbir dikala acara penyembelihan qurban dilaksanakan. Memang terasa kelainannya dari segi semangat dan perasaan yang datang ke dalam diri. Itulah natijah ibadah QURBANi!!!



Nak dipendekkan cerita, saya mewakili ahli-ahli Al-Bajuri ammya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Dr Hj Zabir dan keluarga kerana sumbangan besar beliau untuk menjayakan aktiviti berkenaan. Tanpa keizinan dan restunya sudah pasti aktiviti berkenaan tidak akan dapat dilakukan. Kepada ahli-ahli yang bertungkus lumus untuk menjayakan aktiviti pada hari tersebut terutama kepada tunggak utamanya Paman Safuan, Sdr. Ayem, Sdr. Adi, Sdr. Atan , Sdr. Mamat dan ahli-ahli /crew-crew lain terima kasih yang tidak terhingga. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli lain yang tidak berkesempatan untuk turut sama terima kasih di atas sokongan anda.


Wassalam


SHAMSHUL ARIFFIN HJ. MASHOOD ( ACHON )

No comments: