Monday, December 29, 2008
Hari Keluarga Al-Bajuri yang ke-34
Ok, let's have a brief review of yesterday's event shall we? :)
Bismillahirrahmanir rahim, alhamdulillah kita telah dapat meraikan hari keluarga al-Bajuri buat kali ke 34 dan yang lebih besar, meraikan kedatangan tahun baru Hijrah 1430 dengan penuh syahdu dan keinsafan bersama². Rasanya bukan saya seorang rasa begitu.:)
Alhamdulillah, Hari Keluarga AB dimulakan dengan sedikit ucapan dari pemangku Presiden AB, Abang Achon (Shamshul Ariffin Mashod) yang tanpanya, pasti perjalanan Hari Keluarga AB ini tidak akan selancar semalam.
YDP AB, Dato' Dr Hj Zabir kemudian melangkah masuk gelanggang memberikan kata-kata perangsang kepada seluruh warga AB dan seterusnya merasmikan pembukaan Hari Keluarga AB.
Slot berikutnya merupakan sesi Anugerah Kecemerlangan Akademik. Piala pusingan jatuh ke tangan Dr. Azmil Farid Zabir dan Has Hamezzaid yang kemudiannya berkongsi petua kejayaan mereka. Menurut Dr. Azmil, petua yang beliau amalkan adalah usaha, istiqamah dan yang penting doa restu ibu bapa. InshaAllah kami akan berusaha seperti anda.:)
Sesi motivasi Abang Hamid berdasarkan pesanan Luqman Hakim terhadap anaknya benar² berkesan. Diharap abang Hamid terus cemerlang dalam dunia motivasi dan penulisan. (Gambar di bawah ini tidak melambangkan sesi motivasi beliau, lukisan tersebut merupakan hasil bingkisan kumpulan Ayam Brand. yeah!:) )
Hari ini badan terasa penat. Suka duka seharian bersama, penat lelah bersukaneka masih lagi terasa. Mana tidaknya, mencabar betul permainan² yang dimastermind'kan oleh Kak Yam (Mariam Kamad) dan pembantunya Awok (Naz Azwa). Tak kurang hebatnya juga permainan kanak² kelolaan trio Shah Alam; Mak Ude (Fariza Zabir) , Kak Farah dan Kak Emi.
Tambah menarik Hari Keluarga merupakan 'jumble sale' tajaan YDP sendiri yang merelakan samping-samping, kasut-kasut dan baju²nya dijual dengan harga yang sangat ekonomikal. Wang perolehan akan disalurkan ke tabung AB. Cukup seronok!:)
Pada sebelah malam,setelah solat maghrib berjemaah , kita dihidangkan dengan nasi ambeng yang enak mbangeti. (Aryssa kata 'Yummy yummy' sambil menjilat jari makan serunding) . Setelah itu , kita juga dihidangkan dengan memori warga AB yang telah kembali ke rahmatullah yang dipaparkan menerusi slide show. Dan seterusnya perkongsian lambaian Baitullah oleh presiden AB, Abang Intan (Fathulmubin Sajadi) betul-betul memanggil untuk kami ke sana. InshaAllah bila ada rezeki ! Sesi nashid kanak² AB bimbingan Kak Ijot (Zawiyah Kamad) memang menenangkan hati semua yang mendengar..InshaAllah jadi anak soleh / solehah bila besar. :)
Sesi berkenalan bersama ahli baru AB, tidak dapat saya tunjukkan di sini( tak keluarkan kamera, maaf). Tetapi yang penting , seluruh warga AB mengalu²kan kehadiran Kak Arizan, pasangan Agus (dan baby inshaAllah) serta saudara Aris Hj Sahid (suami kak Aizun). Kami minta maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang perkenalan dan gurau senda yang mungkin mengguris .. Harapnya takdelah:) Semoga ikatan keluarga yang terjalin bertambah erat inshaAllah..
Itu sahaja laporan bergambar saya. Credits to Kak Emi yang rajin ambil gambar semalam!:) Dan juga, Terima kasih yang tak terhingga seluruh warga AB kepada Wak Mon, Epong dan Aya selaku tuan rumah berjaya untuk Hari Keluarga AB yang ke-34! We love your emper ;)
(Gadis-gadis , Mak-mak gadis Melayu/Jawa manis mengenakan batik) ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wlaupun penat, had so much fun...
thx 2 all esp abg achon n the team...
2 iffah,
thx 4 the update...
i uplod pics from camera skt...
ps: thx 4 letting me use yr nikon D40 :) dat camera is marvelous... samapi habis memory i guna... LOL
mwahhhhhsssx
gamba ku 1 ja... x de orang nak amek gamba orang basuh pinggan ke?
uhuhuh... xpuas ati xdapat join game n x dapat tengok pun... ;(
sapa nak jual cd HKAB'09..saya nak membeli...
Tahniah kpd semua warga AB yg telah berjaya mengadakan Hari Keluarga yg penuh bermakna.
Aktiviti2 yg dijalankan sgt baik dan boleh dicontohi utk Hari Keluarga Morsingah.
Selamat Tahun Baru dan semoga tahun mendatang lebih baik dari tahun lepas.
Post a Comment