(Pengendali laman blog telah meminta saya untuk membuat laporan mengenai aktiviti terkini Al-Bajuri sempena Hari Raya Aidiladha yang baru lepas. Maaf akibat kelewatan)
Tanggal 8.12.2008 melakar suatu kenangan istimewa buat warga Al-Bajuri kerana satu lagi sejarah tercatat dalam kalender aktiviti kita iaitu aktiviti Qurban sempena Aidiladha. Dalam pada ketiadaan Pengerusi G2 kerana menyambut seruan Haji, tanggungjawab berat beliau dipikul dengan penuh dedikasi oleh Sdr Achon.

(Cadangan untuk membius lembu sebelum qurban ditolak)
Hujan lebat sepanjang hari ternyata tidak meluntur semangat para ahli yang terlibat. Seekor lembu selamat diqurban (feat: A. Suwandi) dan disempurnakan pengagihannya. Terima kasih kepada Paman Wan atas pengemudian tugasan mencabar tersebut.
Berlaku insiden kecil luka-luka terhiris pisau sendiri. Mungkin kesejukan akibat hujan menyebabkan berlaku numbness (kebas) pada jari-jarian gemalai yang tidak biasa melapah, tetapi masih bersemangat kental untuk menyambut amanah yang diberi.
Alhamdulillah, berkat iltizam dan kesepakatan semua yang terlibat, projek ini terlaksana dengan sempurna.
1 comment:
Wish I was there ! Apa nak buat, keluarga dari Penang beraya di KL tahun ni..
Bangga melihat G2 memgambilalih tugasan qurban drpd G1.
Post a Comment