ASSALAMUALAIKUM WBT,
Setiap menjelangnya tahun baru kita selalu berbicara tentang azam tahun baru.Berapa ramai dari kita yang tunaikan apa yang diazamkan pada tahun itu.Biasanya,azam tinggal azam,hujung tahun kita buat azam lagi.Samada kita buat apa yang kita Azamkan,tak siapa yang NAK sebuk ambil TAU.Itulah dunia.
Secara mudah nya,marilah kita tanya diri kita apa yang telah buat sepanjang tahun 2012
Yang dikira telah berjaya MENJADIKAN kita orang yang berjaya dalam hidup dan bersedia dengan bekal untuk pulang ke akhirat.
Renung dan fikirlah sejenak apa yang kita telah lakukan sepanjang tahun untuk diri,keluarga dan masyarakat dari segi fizikal,kewangan,kesihatan,ilmu dan juga dalam aspek ketaqwaan pada Allah(apa yang diperintah dan apa yang dilarang),kesucian hati dan harga diri,keikhlasan dalam amalan,keluhuran dalam silaturrahim.Adakah kita rasa puas hati,rasa selesa dan berada ditahap bahagia?.Hanya anda sendiri tahu jawapannya.
Sekiranya kita rasa puas dan bahagia dengan apa yang kita capai,tidakkah kita terfikir untuk melakukan yang lebih baik pada tahun 2013? Atau kita rasa selesa untuk relax dan maintain apa yang kita telah lakukan selama ini?
Atau,kalau kita rasa tak puas,tak selesa dan tak bahagia dengan apa yang kita telah
Laksanakan dan capai setakat ini,apakah rancangan,pelan tindakan dan komitmen
Untuk kita betulkan mana yang salah,perbaikki mana yang rosak perkasakan mana yang
Lemah,buang mana yang buruk,rapatkan mana yang renggang,dekatkan mana yang jauh,
Proaktif dan tidak reaktif/negatif pada tahun 2013.
Hanya ANDA sendiri yang boleh kenalpasti,muhasabah diri dan mengorak minda dan langkah menuju KEHADAPAN.Insya Allah,Allah akan berserta dengan hambanya yang berusaha dan berazam untuk mengubah nasib dan masa depannya.
Semoga seluruh warga KAB akan terus mendapat taufiq dan hidayah Allah,dilimpahi Rahmat dan Ni'mat Allah dan berterrusan berada di bawah lembayung kasih sayang serta
redha Allah jua. AMIIN,AMIIN AMIIN ya RABBALALAMIN.
Salam Hormat
TOK ABIN DAN KELUARGA.
SHAH ALAM.
26.12.12
No comments:
Post a Comment