Tuesday, July 31, 2012

Kalau dah atoknya seorang.......

Cucu Dato Dr Hj Zabir,Aryssa Fateha turut serta meraih rahmat ALLAH di dalam bulan Ramadhan.
 Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
Benarlah kata orang dahulu kala,melentur buluh biarlah dari rebungnya,dan kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Memang ada kebenarannya dan memang tidak dapat disangkal lagi akan peribahasa orang dahulu kala.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa,ayahanda Dato Dr Hj Zabir bin Bajuri,merupakan seorang yang dermawan,tak kira masa mahupun tempat,rezeki yang diperolehi dari hasil titik peluhnya pasti akan dikongsi bersama baik dengan keluarga sendiri mahupun orang-orang yang memerlukan bantuan daripada beliau,dan diakui,bahawa ayahanda TIDAK akan berkata TIDAK sekiranya ada insan yang memerlukan bantuan beliau.Maka tidak hairanlah jika rezeki yang diterima melimpah-ruah serta rezeki yang barokah.Alhamdulillah.
Malah bukan sahaja ayahanda yang mempunyai sifat-sifat dermawan itu sendiri,anak,cucu serta menantu beliau juga turut menjejaki langkah beliau.
Baru-baru ini,,Ahlijawatankuasa Masjid Negeri,Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah telah menganjurkan satu Majlis Iftar serta solat sunat terawikh bersama dengan 38 buah keluarga orang asli,Bukit Bandaraya Shah Alam,ayahanda serta keluarga bersama dengan beberapa orang dermawan turut tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak orang asli ini disamping mengedarkan bubur lambuk.
Manakala pada tanggal 31 Julai 2012,bersamaan dengan 11 Ramadhan 1433H,seramai 100 orang kanak-kanak orang asli juga turut menerima sumbangan.KOSAS atau Koperasi Serbaguna Anak Selangor,melalui Bendahari Kehormatnya juga turut menyumbangkan NENAS kepada orang ramai.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.
Menantu ayahanda Dato Dr.Hj.Zabir juga turut tidak melepaskan peluang merebut keberkatan di Bulan Ramadhan ini


No comments: