Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan sebagaimana yang telah diputus serta dipersetuji di dalam Mesyuarat kali 01/2011 di Ledang Resort,Johor pada 29 Januari 2011 yang lalu.
2. Sehubungan dengan itu,berikut saya sertakan butiran acara untuk perhatian serta tindakan warga Al-Bajuri:-
Tarikh : 12 NOVEMBER 2011 (SABTU)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
: 2.00 petang (Solat Dzuhur berjemaah di Masjid Kundang)
Tempat: Bermula di DZB dan berakhir di Bagan Lalang
Yuran : RM 20.00 seorang (T-Shirt dan makanan)
3. Untuk makluman, TARIKH TUTUP PENYERTAAN adalah pada 28 OKTOBER 2011 dan hingga ke hari ini, masih BELUM ada penyertaan dari mana-mana ahli keluarga.
4. Dato’/Datin/Tuan/Puan,tujuan acara ini diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan warga KAB yang memiliki jatidiri yang mantap disamping membantu dalam meningkatkan semangat kerjasama sesama ahli kumpulan seterusnya melahirkan warga Al-Bajuri yang bersatupadu dalam mengharungi sebarang bentuk cabaran yang mendatang.
No comments:
Post a Comment