Saturday, October 29, 2011

Aidiladha 1432H


Assalamualaikum wbt..
Syukur alhamdulillah,tak berapa lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Qurban atau Aidil-adha..Makna qurban atau disebut al-udhiyyah ialah binatang yang disembelih pada waktu Dhuha. Manakala penegertian dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan seperti kambing,lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Adha atau pada hari-hari Tasyrik ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Al’Lah s.w.t.

Sekiranya kalau kita meneliti maksud qurban yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam iaitu “Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t”, maka seharusnya kita insaf bahawa ianya suatu tuntutan untuk diri kita sendiri. Ianya merupakan suatu ukuran ketaqwaan terhadap hamba-hambaNya. Tidak boleh sesekali kita berqurban kerana atau untuk seseorang, atau sesuatu yang selain daripada Al’Lah s.w.t, sebagaimana kita tidak dibenarkan mengerjakan solat untuk seseorang.

Allah berfirman :
‘Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berqurban untuk Tuhanmu)’(Al-Kausar : 2 )

Seperti kebiasaannya,warga KAB akan berkumpul di Surau KAB di Olak Lempit bagi bersama-sama bergotong-royong menyempurnakan ibadah kurban ini,dan ada juga dikalangan warga KAB yang turut serta berkorban bagi tahun ini,Alhamdulillah..
Sehubungan dengan itu,di sini saya sertakan aturcara sepanjang berlangsungnya program untuk tatapan warga KAB.

Masa

Aktiviti

Tempat

Pagi

Solat Sunat Aidil-adha

Ibadah Kurban dijalankan

Kaum wanita-membantu menyediakan juadah makan tengahari

Surau KAB

Kediaman Hj.Kamad

Tengahari

Makan Tengahari

Solat Zohor berjemaah

Menyediakan perkakas dan melapah daging untuk program BBQ/

Kediaman Hj.Kamad

Surau KAB

Kediaman Hj.Kamad

Petang

Solat Asar

BBQ

Surau KAB

Kediaman Hj.Kamad


Untuk makluman,kesemua program dilakukan secara bergotong-royong dan warga KAB adalah dijemput hadir dari mula hinggalah selesai majlis...
Akhir kata,YDP,Pengerusi serta AJK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya aidiladha kepada seluruh warga KAB dan TIDAK ketinggalan juga buat para pembaca,pengomen laman blog serta laman Page FB KAB tak kira dimana jua anda berada..

No comments: