Friday, November 12, 2010

GURINDAM 9 TONGGAK AL-BAJURI-Bahagian 8

Lahir 1947,di zaman negara mulai kecapi keamanan,
Zabir lahir sebagai anak yang kelapan dalam keluarga,
Manjanya sebagai anak bongsu lelaki sering dibelai bonda,
Zamannya banyak perubahan keluarga dan rencah dunia..

Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok,
Cipta sejarah CEMERLANG calon tunggal gred satu seluruh Daerah,
Masuk asrama penuh Alam Shah disamping kemiskinan melanda,
Tergadai sudah gelang tangan bonda tersayang untuk tampung belanja..
Namun doa dan harapan bonda tercinta termakbul jua..

Anak desa pertama jejak kaki Menara Gading Universiti Malaya 1966,
Meraih Saujana Muda Kepujian Ekonomi dan Biasiswa Bank Negara,
Pengalaman pelbagai,perjalanan merata,pergaulan meluas,prestasi Alhamdulillah,
Dari Ahli Ekonomi,Pengurus Bank,Ahli Koperat,Pimpinan organisasi dan ahli keluarga,
Mahu jadi warga terbaik keluarga dan sumber ilham keluarga tercinta,

Tuntut ilmu sepanjang hayat,berbakti pada agama,bangsa dan Negara,
Jadikan rumah dan keluarganya Syurga,
Jadikan ALLAH matlamat akhirnya dan bersama menjaga kepentingan insan bersama,

Berbicara sering terbuka,
Beribadat hayati dan sinari hidupnya,
Bernyanyi terapi masa lapangnya,
Bersama keluarga bahagia unggulnya,
Bersajak bila hatinya terusik dimana jua,
Membantu bila terluang dan termampu..

Datin Hjh Saodah Hj.Malek,pasangan terawal dan terakhirnya,
Dua putera dan dua puteri penghias dan permata zahir batinnya,
Ilmu,Iman,dan Amal sentiasa meniti dibibirnya,
Kehadrat ALLAH syukur segala pujian dan takwa berkekalan pegangannya....

sumber: Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir b. Bajuri,YDP KAB-23/10/10 @ Bagan Lalang.

No comments: