Monday, November 8, 2010

GURINDAM 9 TONGGAK AL-BAJURI-Bahagian 6


Dato'Basri tonggak Al-Bajuri Keenam,
Nama tertinta sejak lahirmu 1941 tak akan padam,
Tokoh pimpinnya segar bercambah,
Kami sekeluarga tumpang bermegah..
Miskinnya harta sedari kecil,
Menoreh getah setiap pagi,
Hatinya sekeras batu kerikil,
Menuntut ilmu gunung ku daki,

Paginya dikebun getah,
Petangnya berbasikal ke Methodist Afternoon School diredah,
Malam mengaji bersama ayah,
Cita dihati tak pernah goyah,
Mahu berjaya hilangkan gundah,
Tak rela ibubapanya berterusan miskin dan payah,

Terpaksa korban belajar ke asrama di High School Klang,
Kerana siapa nak tanggung bekal dan wang,
Maktab Perguruan Harian jadi tujuan,
Jadi guru kumpul pengalaman dan bekalan,

Menjadi guru di Simpang Lima Sungai Besar,
Nun di sawah padi hijau terbentang,
SPM dan STPM tetap jadi buruan,
Kaki mesti jejak menara gading tunai impian,
Sekali gagal bukan akhir sebuah igauan,
Semangat juang dan tak mahu mengaku kalah dijulang,
Di Universiti Malaya digenggam Ijazah penuh kesyukuran..

Menimba pengalaman memang mencabar,
Jadi guru di Labis,Pengurus Gudang Buku di KL diteroka,
Berjinak dengan siasah Negara jadi sejarah,
Atas gesaan rakan dan taulan,
Berbekal iltizam perjuangan untuk Agama,Bangsa dan Negara,
Lantas memegang tampuk pimpinan Siasah Bahagian pemerintah,

Digemgam pula Setiausaha Politik Menteri Negara,
Disandang pula Ahli Parlimen suara raknyat melata,
Pun menjadi Pengarah Bank Pertanian,Pengerusi SPPIK,
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia terus menguja...

Semua dedahan dan pengalaman ini tidak ternilai harganya,
Semua ujian dan cabaran ini buat Basri lebih bergaya,
Semua sepak terajang,jalan berliku mesti tabah ditempuhi,
Dan sanjungpuji dan gendang kompang sering menguliti,
Jadi asam garam hidupnya,
Jadi rempah ratus nadinya,
Jadi impi dan igauan hariannya,
Jadi darah daging hidupnya..

Basri tetap unggul jadi tonggak keluarga,
Yang membakar semangat dan beri ilham pada semua,
Bila berbicara,menghibur dan menghilang rasa duka nestapa,
Bila turun ke padang,simpati dan mesranya dirasai bersama,
Bila bertindak,tidak rela dia mendengar ada hati yang terluka,
Bila bekeluarga,kami rasa dihargai dan rasa penuh selesa..

Datin Hjh Sabariah yang setianya tiada tolok bandingnya,
Emilia dan Ikram yang jadi permata belaian jiwanya,
Al-Bajuri terasa pemergiannya dan wadah daya juang hidupnya,
Amat terasa pemergiannya menemui Allah swt,
SEMOGA ALLAH MENEMPATKANNYA DI SYURGA TERMULIA....

sumber: Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir b. Bajuri,YDP KAB-23/10/10 @ Bagan Lalang.







No comments: