Monday, November 29, 2010

walimah Naz Azwa (Awok) & Syed

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

dengan segala kerendahan hati dan penuh takzim, kami keluarga
Bonda MASRIPAH BAJURI & Ayahanda SUPUAN RAMLAN

menjemput semua ahli keluarga AL-BAJURI (tiada yang terkecuali)
ke majlis PERNIKAHAN,PERSANDINGAN & BERTANDANG
NAZ AZWA BT SUPUAN
&
SYED RAZLIDIN B MOHD RASOL
pada 11& 12.12.2010 di jalan hj wahab , olak lempit
&
19.12.2010 di dewan majlis perbandaran taiping, perak (edited)

Agenda:
11.12.2010 (sabtu)
8.00 pg - 5.00 ptg       : masak memasak (gotong royong keluarga)
5.00 ptg                     : majlis akad nikah (di rumah)
6.00 ptg  - 11.00 mlm  : jamuan makan bermula

12.12.2010 (ahad)
7.00 pg                      : masak memasak ( gotong-royong keluarga)
10.00 pg                    : jamuan makan bermula
12.30 tgh hr               : ketibaan pengantin
4.00 ptg                     : minum petang keluarga
5.00 ptg                     : berkemas & bersurai
TEMA                         : kelabu

19.12.2010 (ahad)
7.00 pg                      : berkumpul di jalan hj wahab,OL
7.30 pg                      : bertolak ke taiping
TEMA                         : hitam / gold

 * bas ke taiping di sediakan. tempat duduk 40 orang - sila beri nama pada Ucu Pah bagi sesiapa yang nak mengiringi menaiki bas atau kereta persendirian. tiada had!

diharap semua ahli keluarga sudi hadir ke majlis kami
:-)

Sunday, November 28, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS RESEPSI

Salam sayang buat semua ahli KAB...

Kak Imang memohon maaf kerana tidak sempat mengedarkan kad jemputan ke majlis resepsi adik kepada abang Rahim kepada semua ahli KAB yang saya sayangi.  Alasan "standard" .. kesibukan... (bukan sibuk mana pun...)  Faktanya ialah kak Imang rasa lebih menjimatkan dan "mesra alam" jika undangan dibuat secara online.  Apa pun kepada semua yang berkesempatan, kami sekeluarga di Muar mengalu-alukan kehadiran warga KAB pada


Tarikh             :   4 Disember 2010 (Sabtu)

Waktu             :   10.00 pagi hingga 4.00 petang

Alamat            :   No. 114, Kg Parit Sawah, Kundang Ulu, Ledang, Johor.


Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian semuanya bersama-sama menyerikan majlis kami.  Kami juga menghargai usaha saudara Haryanto mengaturkan trip ke Muar.  Semoga ramai yang akan dapat turut hadir.  

Thursday, November 25, 2010

Trip Ke JOHOR DARUL TAKZIM


4 Disember 2010 ini,difahamkan Abang Rahim (Kak Imang) akan mengadakan majlis walimatul-urus adinda beliau..Untuk makluman,sebuah bas akan disewa untuk membawa ahli KAB ke sana dengan bayaran RM30.00 seorang.(tempahan bas hanya akan dibuat sekiranya terdapat permintaan yang tinggi).Bayaran serta tempahan bolehlah dibuat kepada saudara Bakar @ Yanto pada atau sebelum 30hb 11.2010 ini..TEMPAT TERHAD..

Wednesday, November 24, 2010

ANUGERAH PALING BERMAKNA...


salam..agak lama juga tak publish kat blog AB ni..bukan apa agak sibuk sikit dengan tugasan harian..bila terbaca tentang periwiro II yang akan dilancarkan ini,saya ada sikitlah nak kongsi,namun ianya bukanlah nak berbangga dengan diri atau apa jua niat negatif,cuma sekadar berkongsi...tahun dapat anugerah ni sekitar tahun 1996/97..atas sebab apa tak tahulah pula..tup-tup diumumkan..alhamdulillah..hingga sekarang saya masih simpan lagi sijil ni,sebagai kenangan terindah saya..

p/s:terima kasih kepada para panel...

Tuesday, November 23, 2010

GURINDAM 9 TONGGAK AL-BAJURI-Bahagian 9 (AKHIR)

Tonggak kesembilan anak bongsu bernama Masripah..
Lahir 1953,jadi permata ayahbonda sepanjang usia,
Anak manja buah hati pengaran jantung bonda tercinta..
Kasih sayang,belai mesra dan tuntutan ilmu dihamparkan padanya..

Bersekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok,
Bidang guru jadi pilihan bekalan di dunia,
LULUS maktab oerguruan bekal ilmu didik anak bangsa,
Banyak yang terdidikk banyak yang kongsi ilmu bersama,

Sapuan dari Kampung Olak Lempit jadi pilihannya,
Dua putera dan seorang puteri zuriat keturunannya,
Selesa tinggal di desa dengan desir bayu dan keliling saudara mara,

Biar pernah curah bakti bersama siasah pemerintah,
Dia tetap merendah diri dan tidak mendabik dada,
Tugas beratnya mendidik anak bangsa,
Ada kala tersilap tafsir pada mereka tanpa periksa,
Namun jauh di sudut hati sucinya jelas tertinta,
Akan rasa ikhlas dan tahap profesional yang dipraktiknya..

Hidup aman bahagia didesa tercinta,
Dikeliling sanak saudara ,jiran tetangga,
Jadi sumber rujukan anak cucu dahagakan pengalaman,
Kerana sekali bergelar GURU selamanya terus jadi pendidik..

sumber: Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir b. Bajuri,YDP KAB-23/10/10 @ Bagan Lalang.

Calling all kidz of AB


Pagi!!!

Salam Semut buat semua...

Bagi memeriahkan lagi isi kandungan Periwiro II yang akan datang, kami, sidang redaksi, amat mengalu-alukan karya dari warga AB yang berumur 5-12 tahun untuk disisipkan dalam satu ruangan khas dalam Periwiro II...

X kira lah apa bentuk karya pun kami terima, karangan, lukisan, resipi, atau apa sahaja... Samada berunsurkan KAB atau topik lain... Seboleh2nya biarlah berkisar tentang AB, tapi kalau x dapat pun tidak mengapa...

Walau bagaimanapun, sekiranya ada warga Ab yg ingin menyumbang nukilan berkisarkan tetang pengalaman sewaktu kecil, atau apa sahaja, kecik tapak tangan, Wisma 165 (Jakarta) kami tadahkan... lol...

Sekian...
Selamat berkarya :)

Go Go Go!!!

NOTIS HARI KELUARGA ALBAJURI 2010

Salam AlBajuri,

Seperti yang telah sedia maklum, HARI KELUARGA ALBAJURI (HKAB) 2010 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 25.12.2010 (Sabtu)
Masa : 730am - 1159pm
Tempat : Villa DZB, Kg. Olak Lempit

Semua Warga AlBajuri diwajibkan hadir dan satu surat jemputan rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Notis ini dikeluarkan bagi mengingatkan setiap warga AlBajuri tentang acara yang kita sambut setiap tahun ini. Ia juga bagi memastikan setiap warga AlBajuri untuk 'block' dan memberi keutamaan kepada tarikh ini dari acara-acara lain kecuali perkara-perkara yang lebih penting seperti kematian.

Saya berharap akan penganjuran HKAB 2010 ini berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran semua Warga AlBajuri.

Siapalah AlBajuri tanpa Anda.

-BAHAGIA KAMI ALBAJURI-

Yang menjalankan tugas,,

Fathulmubin Sajadi
0162442200

Sunday, November 21, 2010

PAGI>>>>Tahniah Alumni SACC MALL


الحمدلله

Tamat sudah program ESQ 165 di SACC MALL Shah Alam.Tahniah kepada
Datin Hjh.Sabariah,Ikram,Idham,Awok,Mamat,Kak Yam dan Kak Ana,
kini anda bergelar

ALUMNI ESQ165
...
Krew blogger serta FB KAB sempat singgah serta mengikuti program pada hari ini serta sempat bertemu dengan peserta dari kalangan warga KAB..juga tidak ketinggalan beberapa candid telah diambil..Pada waktu makan tengahari,para ALUMNI ESQ KAB menikmati makan tengahari di Asiari BUKAN Asliari ye..seronok juga bila dah berkumpul ramai-ramai ni..

Saturday, November 20, 2010

KAB bersidang lagi...

20 Nov 2010-KAB bersidang lagi,kali ini bertempat di kediaman Cikgu Hamid dan Puan Mimi,tumpuan diberikan mengenai isu-isu yang berkaitan sambutan Hari Keluarga AB yang dijadualkan akan diadakan pada 25 Disember nanti..tidak ketinggalan juga perbincangan mengenai Periwiro II..
Untuk sambutan Hari Keluarga,AJK pelaksana juga turut dilantik.Mesyuarat sebulat suara telah melantik Encik Shamshul Ariffin selaku pengendali sambutan berkenaan..
Pada sebelah pagi,majilis Khatam Al-Quran telah diadakan..
Kepada AJK yang telah dilantik..TAHNIAH..dan SELAMAT MENJALANKAN TUGAS!
Kepada Tuan rumah seisi keluarga,terima kasih...

Tuesday, November 16, 2010

kasih buat Al-Bajuri


janji kita bukan sekadar bicara
janji kita pengikatnya jiwa
janji untuk kita sama-sama membawa
Al-Bajuri ke persada dunia

kasih kita bukan hanya omongan
kasih kita pengukuhnya jalinan
kasih adik beradik yang tiada akhiran
Al-Bajuri jadi bukti ikatan

gurau kita bukan canda nakal kawan-kawan
gurau kita selingan untuk manisan
gurau kita menambah mesra persaudaraan
dan Al-Bajuri pengerat ukhuwah insan

usul kita bukan cemuhan kata
usul kita hanya prihatinnya rasa
usul untuk buat semua celik membuka mata
melihat asal Al-Bajuri diagenda

jangan dibenar segi empat itu mengepung kita
biar bulat yang jadi pembentungnya
kerna segi yang empat itu akan membataskan
dan  bulat itu mengadun permuafakatan

jangan dibenar mungkir,benci, tohmahan dan kritikan itu
merasuk kita
hingga rosak keluarga 
biar janji, kasih, gurau dan usul itu
mencorak kita
menjadi lebih akrab saling mempertahan
Al-Bajuri ke akhir nyawa

naz azwa supuan
16.11.2010
jam 11:07

p/s: boleh massukkan dalam perwiro II ???

Monday, November 15, 2010

MAHUKAN KARYA ANDA DIABADIKAN..???




Menjunjung kasih seluruh Warga Al-Bajuri.
Sidang Redaksi PERIWIRO II
dengan penuh sukacitanya mengalu-alukan sumbangan Warga Al-Bajuri
dalam apa jua bentuk karya sama ada penulisan, lakaran atau gambar-gambar kenangan untuk di abadikan dalam PERIWIRO II.
Karya-karya tersebut boleh di hantar terus atau melalui email
sebelum atau pada 30 November 2010 kepada : zawi89@yahoo.com.my
atau
suraia.ayani@gmail.com
Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih kerana bekerjasama dalam penerbitan PERIWIRO II.
~BAHAGIA KAMI ALBAJURI~

Sunday, November 14, 2010

JEMPUTAN MAJLIS KHATAM AL-QURAAN & BERKHATAN HAS HAMEZZAKWAN B. HAMID

Assalamualaikum wrt wbt

Tarikh : 20.11.2010
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman En. Hamid & Pn. Mimi

Aturcara Majlis :

10.00 pg - Ketibaan Warga Al-Bajuri
10.15 pg - Ketibaan Tn. Peg. Tadbir Agama Daerah K. Langat
10.30 pg - Majlis Khatam bermula
12.00 tgh - Jamuan Makan
1.30 ptg - Solat Zohor
3.00 ptg - Mesyuarat Keluarga Al- Bajuri 09/2010

Kami dengan rasa rendah hati menjemput seluruh warga Al-Bajuri hadir ke majlis tersebut. Semoga dengan berkat doa anda sekalian, Has Hamezzakwan akan merasa tenang dan selamat berkhatan pada 21/11/2010.

Sekian terima kasih.

Friday, November 12, 2010

GURINDAM 9 TONGGAK AL-BAJURI-Bahagian 8

Lahir 1947,di zaman negara mulai kecapi keamanan,
Zabir lahir sebagai anak yang kelapan dalam keluarga,
Manjanya sebagai anak bongsu lelaki sering dibelai bonda,
Zamannya banyak perubahan keluarga dan rencah dunia..

Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok,
Cipta sejarah CEMERLANG calon tunggal gred satu seluruh Daerah,
Masuk asrama penuh Alam Shah disamping kemiskinan melanda,
Tergadai sudah gelang tangan bonda tersayang untuk tampung belanja..
Namun doa dan harapan bonda tercinta termakbul jua..

Anak desa pertama jejak kaki Menara Gading Universiti Malaya 1966,
Meraih Saujana Muda Kepujian Ekonomi dan Biasiswa Bank Negara,
Pengalaman pelbagai,perjalanan merata,pergaulan meluas,prestasi Alhamdulillah,
Dari Ahli Ekonomi,Pengurus Bank,Ahli Koperat,Pimpinan organisasi dan ahli keluarga,
Mahu jadi warga terbaik keluarga dan sumber ilham keluarga tercinta,

Tuntut ilmu sepanjang hayat,berbakti pada agama,bangsa dan Negara,
Jadikan rumah dan keluarganya Syurga,
Jadikan ALLAH matlamat akhirnya dan bersama menjaga kepentingan insan bersama,

Berbicara sering terbuka,
Beribadat hayati dan sinari hidupnya,
Bernyanyi terapi masa lapangnya,
Bersama keluarga bahagia unggulnya,
Bersajak bila hatinya terusik dimana jua,
Membantu bila terluang dan termampu..

Datin Hjh Saodah Hj.Malek,pasangan terawal dan terakhirnya,
Dua putera dan dua puteri penghias dan permata zahir batinnya,
Ilmu,Iman,dan Amal sentiasa meniti dibibirnya,
Kehadrat ALLAH syukur segala pujian dan takwa berkekalan pegangannya....

sumber: Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir b. Bajuri,YDP KAB-23/10/10 @ Bagan Lalang.

MESYUARAT KELUARGA AL-BAJURI 09/2010

Salam Warga Al-Bajuri,

Mengumumkan notis Mesyuarat AL-Bajuri 09/2010 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 20hb. November 2010
Masa : 3.00petang
Tempat : Rumah Cikgu Hamid & Puan Sulasmiwati

Agenda :

- PERWIRO II
- Hari Keluarga AlBajuri 2010
- Majlis walimatulurus Naz Wellazo

Warga Al-Bajuri yg hadir digalakkan untuk membawa makanan ringan sampingan.

Jumpa disana.....


Yang menjalankan tugas,

Fathulmubin Sajadi

MAHUKAN KARYA ANDA DIABADIKAN???


Menjunjung kasih seluruh Warga Al-Bajuri.


Sidang Redaksi PERIWIRO II
dengan penuh sukacitanya mengalu-alukan sumbangan Warga Al-Bajuri
dalam apa jua bentuk karya sama ada penulisan, lakaran atau gambar-gambar kenangan untuk di abadikan dalam PERIWIRO II.


Karya-karya tersebut boleh di hantar terus atau melalui email
sebelum atau pada 30 November 2010 kepada :
zawi89@yahoo.com.my
atau


Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih kerana bekerjasama dalam penerbitan PERIWIRO II.


~BAHAGIA KAMI ALBAJURI~

Tuesday, November 9, 2010

GURINDAM 9 TONGGAK AL-BAJURI-Bahagian 7

Samsuri lahir mu 1944 zaman darurat,
Bila tentera Jepun yang kejam dan ganas keparat,
Bila makan minum daif dan sengsara,
Kelansungan hidup teruja dan tak menentu hujungnya..

Pun dalam sengsara hidup keluarga,
Anak ketujuh ini TETAP dihantar kesekolah,
Methodist English School Telok Datok ilmu dicarinya,
Institut Pertanian Serdang sempat menggilap bakat taninya,
PELAJAR TERBAIK jadi kebanggaannya..

Memang tugas masanya tak menentu,
Bertemu petani merata tempat curah nasihat,
Korban masa tanpa mengira curahan keringat,
Biar diri tak selesa tapi yang dibantu merasa lega,
Biar diri tertinggal NAMUN yang ditolong tanpa sesal,

Siti Norehan jadi pilihan sepanjang hayat,
Tujuh putra putri terasuh,terdidik penuh semangat,
Pengorbanan ayahbonda jangan pernah tergugat,
Tatacara hidup,pengorbanan dan kata nasihat,
Tiada galang ganti untuk jadi panduan hidup,
Agar anak cucu hidup penuh guyup..

Dalam lembut dan lunak tutur kata,
Sering tersurat dan tersirat pesanan untuk semua,
Gemar menulis dan rajin keluar pendapat,
Atas iltizam dan keterbukaan mengupas isu disua..

Biar hidup tidak disirami mewah segala,
Selesa tinggal didesa agar hampir bersama keluarga,
Dan aman bersama kesibukan keluarga dan hening senja di desa,
Namun putra-putri terbela tuntutan ilmu hidupnya,
Dan tinggalan warisan dikenang selama..

INGATKAH ANDA BERSATU,BAHAGIA,BERMARUAH?
INGATKAH ANDA LAGU RASMI KITA SEKELUARGA?


Semoga ALLAH cucuri rahmat dan keampunan ke atas roh keduanya...


sumber: Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir b. Bajuri,YDP KAB-23/10/10 @ Bagan Lalang.




Monday, November 8, 2010

GURINDAM 9 TONGGAK AL-BAJURI-Bahagian 6


Dato'Basri tonggak Al-Bajuri Keenam,
Nama tertinta sejak lahirmu 1941 tak akan padam,
Tokoh pimpinnya segar bercambah,
Kami sekeluarga tumpang bermegah..
Miskinnya harta sedari kecil,
Menoreh getah setiap pagi,
Hatinya sekeras batu kerikil,
Menuntut ilmu gunung ku daki,

Paginya dikebun getah,
Petangnya berbasikal ke Methodist Afternoon School diredah,
Malam mengaji bersama ayah,
Cita dihati tak pernah goyah,
Mahu berjaya hilangkan gundah,
Tak rela ibubapanya berterusan miskin dan payah,

Terpaksa korban belajar ke asrama di High School Klang,
Kerana siapa nak tanggung bekal dan wang,
Maktab Perguruan Harian jadi tujuan,
Jadi guru kumpul pengalaman dan bekalan,

Menjadi guru di Simpang Lima Sungai Besar,
Nun di sawah padi hijau terbentang,
SPM dan STPM tetap jadi buruan,
Kaki mesti jejak menara gading tunai impian,
Sekali gagal bukan akhir sebuah igauan,
Semangat juang dan tak mahu mengaku kalah dijulang,
Di Universiti Malaya digenggam Ijazah penuh kesyukuran..

Menimba pengalaman memang mencabar,
Jadi guru di Labis,Pengurus Gudang Buku di KL diteroka,
Berjinak dengan siasah Negara jadi sejarah,
Atas gesaan rakan dan taulan,
Berbekal iltizam perjuangan untuk Agama,Bangsa dan Negara,
Lantas memegang tampuk pimpinan Siasah Bahagian pemerintah,

Digemgam pula Setiausaha Politik Menteri Negara,
Disandang pula Ahli Parlimen suara raknyat melata,
Pun menjadi Pengarah Bank Pertanian,Pengerusi SPPIK,
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia terus menguja...

Semua dedahan dan pengalaman ini tidak ternilai harganya,
Semua ujian dan cabaran ini buat Basri lebih bergaya,
Semua sepak terajang,jalan berliku mesti tabah ditempuhi,
Dan sanjungpuji dan gendang kompang sering menguliti,
Jadi asam garam hidupnya,
Jadi rempah ratus nadinya,
Jadi impi dan igauan hariannya,
Jadi darah daging hidupnya..

Basri tetap unggul jadi tonggak keluarga,
Yang membakar semangat dan beri ilham pada semua,
Bila berbicara,menghibur dan menghilang rasa duka nestapa,
Bila turun ke padang,simpati dan mesranya dirasai bersama,
Bila bertindak,tidak rela dia mendengar ada hati yang terluka,
Bila bekeluarga,kami rasa dihargai dan rasa penuh selesa..

Datin Hjh Sabariah yang setianya tiada tolok bandingnya,
Emilia dan Ikram yang jadi permata belaian jiwanya,
Al-Bajuri terasa pemergiannya dan wadah daya juang hidupnya,
Amat terasa pemergiannya menemui Allah swt,
SEMOGA ALLAH MENEMPATKANNYA DI SYURGA TERMULIA....

sumber: Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir b. Bajuri,YDP KAB-23/10/10 @ Bagan Lalang.







Friday, November 5, 2010

GURINDAM 9 TONGGAK AL-BAJURI-Bahagian 5

Telah ditakdir yang Maha Esa
Lahirlah puteri anak kelima
Putih kulitnya persis bondanya
MUNJIAH lantas diberi nama..
Anak gadis kelahiran 1939 ,
Diselubungi masa depan tanpa kepastian,
Ibubapa dipersimpangan pemikiran,
Antara mahu dipersekolahkan..tidak sesuai zamannya,
Atau dibiar tinggal dirumah,buat membantu ibu tercinta,tanpa ilmunya,
Dan sejarah telah berlalu,dia terdampar dikediaman keluarga..
Namun..
Bila sampai saat dan ketika,
Ruang dada dan minda terbuka,
Dan alam keliling menggamit segala,
Peluang bergolek ilmu diteroka,
Biar lambat..sampai jua..
Jelas terpancar keberhasilan usaha ayah bonda,
kerana gadis sunti ini BERJAYA menjadi tenaga pengajar pula,
Kerna,kalau benih yang baik..
Jatuh ke laut menjadi pulau...

Puteri pinggitan ini terlewat sekali lagi,
Hingga jodohnya bertemu Hj.Jumeri,
Lahirlah putera dan puteri bistari,
Masing-masing punya cara hidup tersendiri

Memang lahir dan membesarnya dikampung halaman,
Tidak terbuka ruang untuk kembara diri,
Rajin masak dan kesihatan yang membatasi,
Kerjanya detail dan terlalu berhati-hati,
Putera-puterinya sijantung hati,
Bahagiakanlah bonda mu sepenuh hati,
Tempat bergantung kasih sejati,
Tiada yabg lain dia hajati.....

sumber:Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir b. Bajuri,YDP KAB-23/10/10 @ Bagan Lalang

Wednesday, November 3, 2010

GURINDAM 9 TONGGAK AL-BAJURI-Bahagian 4

Haji Satari lahir 1936 bersejarah lahir di dunia,
Dihantar belajar ke Trade School di Ibu Kota,
Tuntut ilmu teknikal jauh dikotaraya,
Lama hidupnya diperantauan menguja..
Namun lambaian desa TIDAK terbendung olehnya..

Terampil kerja tangannya terserlah
Bertukang kayu dikilang kereta Petaling Jaya,
Berbngkel perabut pengalaman ditimba,
Kongsi ilmu seni budaya bersama warga desa,
Berkompang,bernasyid,berpersatuan dicurah baktinya,
Menjaga kesejahteraan dan kedamaian bersama organisasinya..

Bermesra dengan kebun dan pohon jadi terapinya..
bermesra gurau senda bersama putera puterinya..
Hjh Sumiati menjadi pilihan hatinya
Namun.....ALLAH lebih mengasihi dan menjemputnya,
Semoda ALLAH cucuri rahmat dan keampunan ke atas rohnya...

sumber:Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir b. Bajuri-YDP KAB-23/10/10 @ Bagan Lalang-

Monday, November 1, 2010

GURINDAM 9 TONGGAK AL-BAJURI-Bahagian 3

Anak ketiga lahir di Johor,
Dibawa sama berpindah ke Selangor,
Badannya gempal bermacam bakat,
di hutan belantara dan gelanggang silat,
berkedai runcit dan menjaga keselamatan,
berqasidah atau mengaji Al-Quran,
Menjadi Bilal atau menjadi Imam,
Hj.Kamad memang jadi sebutan..

Membesar dikampung penuh cabaran,
Siti Saerah jadi pilihan pasangan,
memang dah steady zaman percintaan,
Enam zuriat telah dilahir besarkan..

Bola Sepak atau bermain gitar,
bila berhujah berkobar-kobar,
susuk tubuh seorang pendekar,
prinsipnya tegas janjinya tak engkar..

sumber:Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri,YDPKAB-23/10/10-Bagan Lalang-