Showing posts with label keluarga Hj. Satari. Show all posts
Showing posts with label keluarga Hj. Satari. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

JEMPUTAN MAJLIS KHATAM AL-QURAAN & BERKHATAN HAS HAMEZZAKWAN B. HAMID

Assalamualaikum wrt wbt

Tarikh : 20.11.2010
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman En. Hamid & Pn. Mimi

Aturcara Majlis :

10.00 pg - Ketibaan Warga Al-Bajuri
10.15 pg - Ketibaan Tn. Peg. Tadbir Agama Daerah K. Langat
10.30 pg - Majlis Khatam bermula
12.00 tgh - Jamuan Makan
1.30 ptg - Solat Zohor
3.00 ptg - Mesyuarat Keluarga Al- Bajuri 09/2010

Kami dengan rasa rendah hati menjemput seluruh warga Al-Bajuri hadir ke majlis tersebut. Semoga dengan berkat doa anda sekalian, Has Hamezzakwan akan merasa tenang dan selamat berkhatan pada 21/11/2010.

Sekian terima kasih.

Thursday, November 26, 2009

Jemputan Majlis Kesyukuran

Jemputan Majlis Kesyukuran sempena majlis berkhatan Amir Haikal & Fahmy Izzuddin...

Pada hari Ahad, 29 November 2009 pada jam 12.00 t.hari di kediaman Puan Sumiyati, Kg. Olak Lempit...

Harap sudikan jika berkelapangan & Mohon doakan keselamatan mereka...

Thursday, May 21, 2009

JEMPUTAN
MAJLIS WALIMATUL URUS
SHAHRIZAN & NURUL HUDA
Pn. Hjh. Sumiyati dan anak-anak arwah Hj. Satari dengan besar hati menjemput seluruh warga AB (G1,G2,G3 ) bagi meriahkan majlis walimatul urus dan persandingan anak bongsu / adik bongsu kami.
23 Mei 2009 - Sabtu
Pagi - petang : Rewang Day
Malam : Jamuan Tetamu Jemputan
24 Mei 2009 - Ahad
Pagi - petang : Jamuan Tetamu Jemputan
12.00 tgh : Majlis bersanding
Kehadiran warga AB amat dialu-alukan. Sudi-sudikan apa kiranya bersama membantu apa yang patut agar majlis berjalan lancar. Kerjasama dan keprihatinan warga AB, kami sanjung tinggi. Sekian terima kasih.

Wednesday, May 20, 2009

Trip ke Pontan - antara yang Menarik

Seluruh Warga Al-Bajuri mengucapkan :

TAHNIAH
kepada
SHAHRIZAN & NURUL HUDA

note :
posting ini mengandungi beberapa unsur-unsur 'merepexxx' yang tidak berapa keterlaluan :)


Sekadar ingin berkongsi bebrapa perkara menarik semasa trip kami ke Pontian pada 17 Mei lalu...

TARIAN ZAPIN

Pengantin serta rombongan telah disambut oleh Tarian Zapin oleh penari-penari cilik. Walaupun mereka tidak pernah menyertai program Sehati Berdansa mahupun mendapat pendidikan formal dari Cikgu Linda Jasmine, mereka mampu memberikan persembahan yang begitu impressive, walaupun di bawah cuaca yang panas.

Great costume, almost sharp steps dan wajah yang sentiasa tersenyum membuatkan penari2 ini begitu anggun. Siap ada 'props' lagi yang merupakan sireh pinang...

Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah serta syabas diucapkan kerana masih mengekalkan unsur-unsur tradisi...


TOL
'Tol' merupakan sesuatu yang sinonim sekiranya pengantin perempuan berasal dari Negeri Johor. Ijan juga tidak 'terlepas' dari melalui proses kena tol. Basically it's nothing much. Sekdar suka-suka. Bukannya pihak pengantin Perempuan nak paw sampai ribuan ringgit pun. Janji ada, untuk suka-suka. Jumlah pun, terpulang kepada kemampuan serta keikhlasan pihak pengantin Lelaki.

Siap tutup grill lagi, x bagi pengantin lelaki masuk... Pengantin perempuan siap ditutp muka menggunkan kipas... Hehhehe


MEJA BERADAP
Apa yang saya ingin 'highlight' di sini adalah : UDANG!!! Udang yang dicucuk menggunakan lidi serta dipacakkan kepada sebiji nenas itu ternyata amat sedap. Ia sungguh fresh sehingga terasa kemanisannya... Nak mintak lebih, malu...


TEMPAT CUCI TANGAN

Maafla, yang ni x sempat nak ambil gambar, lapo sggt... So agak sukar untuk digambarkan tanpa gambar.

Sebenarnya, ini merupakan kali kedua saya menghadiri majlis perkahwinan di Pontian. Dan tempat cuci tangan amat memikat hati saya. Pada saya, ia adalah unik dan praktikal...

Air ditempatkan dalam satu bekas / tupperware yang besar. Di bahagian bawah bekas tersebut ada 3-4 paip air. Dibawah paip air diletakkan corong. So, air cucian tangan akan masuk ke dalam corong seterusnya disalurkan ke dalam longkang (correct me if i'm wrong please as i'm really bad in explaining).

Pihak penanggah akan refill air sekiranya berkurangan.


DJ

Semua tamu dihiburkan oleh seorang DJ berserta dengan lagu seleksinya. Walaupun DJ tersebut mmg agak kelakar (Aliff Aziz disebut Aliff Haikal, Mila jadi Milah, lagu Faizal Tahir berubah tajuk) tetapi kami tetap terhibur.

Siap ada tagline lagi : xxxFM - saluran kenduri kahwin pilihan anda...


NAMA KEDAI KAIN


Kedai kain Cantik & Comel.... Ala... Kiyutnya nama....


All in all, kami ingin ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Wak Itah, Ijan serta seisi keluarga kerana sudi mengundang serta membawa kami ke Pontian. Untuk posting trip ini, kita tunggu sahaja posting dari kakak pengantin, Puan Suraili aka Kak Oneng...

Sunday, May 25, 2008

Family Updates

Info from Oneng & Has (via chatbox) :
Pn. Azila mengalami ada glaucoma. Beliau telah menjalai pembedahan mata kiri 2 reduce the pressure di Hosp. Selayang. Operated by Dr Ong Poh Yan.
- Semoga cepat sembuh. InsyaAllah...


Sms from DZB :
Puan Farah Adriza dan En. Shaik Imran sedang mengerjakan umrah di tanah suci Mekah dan Madinah selama 12 hari. Dijangka pulang pada 6 Jun 2008.
- Doakan supaya dapat Umrah mabrur. Amin..

Monday, April 21, 2008

Family Updates (from shoutbox)

Yasmin :
"Yasmin bru blik dr kem pringkat kbangsaan..yasmin dpt jd wkil s'gor utk pringkat kbngsaan.."

Dato' Zabir :
"Salam semua. Baru balek ngelencer ke Vietnam brsama family. Negara mundur lepas perang. Penuh motorsikal di jalan raya. Lawat Mekong dan terowong Vietcong. Rasa tak pegi pun tak apa. Saja kawan ajak pergi"

Suhaila :
"just to inform AB, my little sister, Muna dah selamat sampai di Mekah awal pagi tadi utk mengerjakan umrah.. doakan semoga dia sihat dan selamat pulang.."

Oneng :
"asm. cuma nk inform, mak saya tsyg, Hjh Masitah telah selamat kembali dr tanah suci 2 hari lepas. alhamdulillah, sempurna hajatnya setelah sekian lama."

Wednesday, February 13, 2008

Azfa Hazirah Mohd Hairi




Uwekkk... uwekkk.....

"Assalamualaikum semua....

Nama saya Azfa Hazirah binti Mohd Hairi.... Saya merupakan ahli keluarga Al-Bajuri yang termuda buat masa ini....

Nama mama saya Surianim Satari.... Nama ayah saya is Mohd Hairi.....

Saya dilahirkan pada 20 November 2007 di Hospital Selayang... Pada jam 7.39 pagi... Berat saya masa tu 3.18 kg... Panjang saya lak 53 cm...

Berat saya sekarang ni adalah 5.3 kg...

Saya tinggal di Selayang... Saya suka senyum di waktu pagi...

Wak Yem kata hobi saya tido siang dan bangun malam... Betul ker? Kena la tanya Mama & Ayah saya....

Ok... itu saja untuk kali ini.... Saya nak minum susu ni... pas tu, nak sambung tido lak...."

Uwekkk... uwekkk.....

Tuesday, December 25, 2007

Tahniah Anim & Hairy

Seluruh warga Al-Bajuri mengucapkan

TAHNIAH

kepada

PUAN SURIANIM SATARI & EN. MOHD HAIRY

di atas kehiran puteri sulung, Asfa Hazirah Mohd. Hairi

A Baby is . . .

A baby is cuddles and tickles on toes,
the sweet scent of powder, a kiss on the nose!
A baby is teddy bears, rattles and pins,
meals at midnight... giggles and grins.

Two tiny feet That wave in the air Two tiny hands That tug at your hair Cute bottom for patting Adorable face A bundle of joy To love and embrace


Deepak Chopra
It is the nature of babies to be in bliss.

Charles Osgood
Babies are always more trouble than you thought -- and more wonderful.

Winston Churchill
There is no finer investment for any community than putting milk into babies.

Mark Twain
A baby is an inestimable blessing and bother.


Pesanan Penaja :
Hantarlah gambar baby untuk tatapan bersama. tq :)