Friday, September 3, 2010

Kenangan Raya 1996

Gambar ini merupakan salah satu gambar favorite saya. Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tak berapa hari lagi, saya ingin kongsi gambar ni dengan semua.

















Banyak yang tersurat dan tersirat dalam gambar ni, antaranya:
  • Latar belakang merupakan rumah Arwah Hj Satari selama lebih 20 tahun. Sekarang rumah tu dah tiada. Di tapak rumah itu sekarang tersergam Villa DZB
  • Gambar ni dirakam pada pagi hari raya, sejurus sebelum kami semua beramai-ramai beraya ke rumah Arwah Wak Jadi dan seterusnya ke rumah Wak Kemat. Sebab tu tiada wajah ahli keluarga Arwah Wak Jadi atau Wak Kemat yang kelihatan
  • Tiada juga ahli G3 yang kelihatan sebab masa tu Zaid masih dalam perut ibu dia
  • K.Long/Mimi merupakan satu-satunya ahli G2 (dalam gambar ni) yang dah berkahwin pada waktu itu - Abang Hamid pun ada bersama.
  • Saya tak pasti, rasanya YDP yang ambil gambar ni.
  • Sayang wajah Arwah Paman Sam tak kelihatan.
  • Empat orang dari gambar ini sudah meninggalkan kita.
Saya rasa orang lain akan nampak cerita lain bila melihat gambar ni. Harap dapat kongsi cerita anda.

6 comments:

S-a-B-r-I-n-A said...

Semua muka masih innocent.. Look at Ikram.. alahaaii...kecik yo..

Pn Suhaila, sungguh ayu senyumanmu.. hehehe..

Tok Mon, bak kata Mukmin "Laa Tok Mon kok bendiri (berdiri) ye"

♥Syamelia♥ said...

owh tidakkkk... gamba 2 sggt sweetttt...
it portrayed the happy moments...

kalu nk coment mmg byk...

tgk la batch yg dkt depan, ikram, daam, ijan comeyyyy... n mona sggt kiyut....

saya taw saya agak 'besar' ms 2 (mcm la skg ni kecik, kn)

tgkla pesen2 masa2... contohnya tudung MakYah.. is sggt 'in' zaman 2...

alfatihah buat yg telah tiada...

thx a lot kak oneng :)

EILA said...

saya pon sgt suka gambo nie..ader dlm simpanan family kami..mak masih boleh berdiri..ader few shots taken rasanyer coz ader yg nmpk gambar abah..

RAIA said...

tentu2 saya juga suka gambar ini..sebab...:

1. saya suka suasana di tanah itu... cahayanya, anginnya..

2. bonde boleh berdiri.

3. ramai..!!!

4. nampak x wak tari nak nyakat ikram..rindukan kat wak tari!!! rindu jugak kat ikram yang dulu...!

5. keluarga kita memang meriah kan…

6. pipi pagi raya, semuanya kelihatan sama…

7. bila cakap tentang rindu, rasanya belum lama masa berlalu. tapi rupanya dah 14tahun kenangan tu…

mama3F said...

u r most welcome emi,
happy moments indeed....

azhaN said...

Ohhh... mataku masih elok ketika itu. kami bertiga (+ kak ajun n uji) menjadi wakil keluarga mak ngah.

lepas makan2, kita membuat bulatan besar sambil berselawat & bersalaman / bermaafan.

Indah & manisnya saat itu.

aku merindui mereka yang sudah pergi... aku bersyukur mengenali mereka, membuatkan aku kenal - siapa diri ini. Al-Fatihah