Anda sebenarnya tidak perlu takut apabila terserempak dengan seseorang penjenayah walaupun anda tidak mempunyai pistol atau senjata – senjata berbahaya seperti pisau dan pedang. Ini kerana terdapat begitu banyak sekali benda yang ada pada diri dan di sekitar anda yang boleh dijadikan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Antara benda dan alat yang boleh dijadikan senjata untuk anda adalah seperti berikut;
- Pen/Pensel
- Anak Kunci
- Beg Tangan
- Kain Tudung
- Payung
- Tongkat
- Tumit Kasut
- Gigi - utk menggigit
- Kuku
- Jari
- Belakang Kepala
- Tapak Tangan
- Siku
- Lutut
Kesemua teknik yang menggunakan senjata – senjata di atas adalah amat berkesan, tetapi anda mesti melakukan latihan secukupnya sehingga ianya menjadi suatu pergerakan yang lazim. Apabila ianya telah sebati dengan anda, selamanya ia akan bersama anda. Ke mana jua anda pergi dan di mana saja anda berada, ia akan tetap menjadi sahabat setia dan berfungsi sebagai senjata ampuh untuk diri anda. Percayalah.
- Pepper spray
- Streams
- Foams
- Dyes
- Penggera Peribadi
- Stun Guns
- Light Flashes
Kesemua produk ini mempunyai fungsi yang berbeza tetapi tujuannya adalah sama iaitu untuk membantu anda melemahkan atau mengejutkan penjenayah yang cuba menyerang anda. Sekiranya anda berminat menggunakan produk - produk ini, saya nasihatkan agar anda jangan mengharapkan kepadanya seratus peratus. Selain itu, pastikan yang anda benar – benar telah bersedia menggunakan produk ini pada bila – bila masa dan cekap menggunakannya. Jangan pula anda yang menjadi mangsa kepada produk anda sendiri!
No comments:
Post a Comment