Saturday, January 2, 2010

GEM-BRENG-SENG punya cerita..

Syukur ke hadrat mu Ya Allah,majlis di rumah Ucu Pah dan Paman Wan akhirnya selamat dilangsungkan..amin.Suasana meriah dirasai apabila hampir kesemua sanak saudara jauh dan dekat bersama-sama memeriahkan majlis yang diadakan.Seperti kebiasaan hujan rahmat turun sebaik sahaja kedua mempelai sampai.Cuma keadaan lalu-lintas agak kucar-kacir sedikit,al-maklumlah,jalan utama Olak Lempit terpaksa ditutup kepada SEMUA jenis lalulintas.ini kerana berlakunya kemendapan jalan dan berlakulah jalan runtuh..namun keadaan terkawal.Aku yang bersimpati dengan keadaan ini,menghulurkan bantuan dan tenaga membantu rakan-rakan aku dari IPD Banting,mengawal lalulintas,hinggakan ada pemandu yang maki aku..Alhamdulillah,aku terima..mungkin dia nak cepat,tapi apakan daya,jika dilepaskan takut berlaku kemalangan..namun ke"maki"annya itu aku sambut dengan senyuman dan terima kasih..semoga Allah mengampunkan dia..perempuan dan bertudung pulak tu..

Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 5.00 petang,dan para tetamu pun dah mula berkurangan,para penanggah telah disajikan dengan makan Jawa..perhh!!mula-mula rasa aje..tup!tup!ambik pinggan...hahaha..ada pulak sambal Jawa atau sinonim dengan Sambal Paman Wan..perh...kelas gitu..lepas makan...apa lagi menggelupur aku...tapi sedap.
(Adriana Amni bersama Tok Zabirnya..puteri aku)
(Ni lah dia makanan Jawa tu..Gem-Breng-Seng dan sambal Paman wan)
(mamat begitu berselera..)
(spontan dari YDP)

Kepada Ucu Pah dan Paman Wan,Tahniah kerana dapat menantu...
Abob dan pasangannya,Selamat Pengantin Baru..

Wassalam

3 comments:

Anonymous said...

Salam utk semua.Tahniah pd Ucu Pah dan Paman Wan sbb telah selesai majlis yg ditunggu dan dirancang selama ini.Pada Abod dan Haleena,slamat menjalani hidup baru bersama.Banyakkan persefahaman dan berkasihsayanglah utk selamanya.AB mengakhiri 2009 dgn penuh makna hasil dari berbagaiperistiwa dan majlis yg menarek dan bersejarah,dan membuka lembaran 2010 dgn tekad dan cabaran yang lebih membuka minda dan kedewasaan kita untuk mengharungi liku2 kehidupan.Pesan Paman,Wajah dan Martabat AB ditangan kita semua warganya.Corak dan warnanya pun kitabersama akan menggarapnya.Ayuh,marilah bersama lalui hidup ini dengan bersama strategise,implement dan hayati hidup berkeluarga yang Bahagiadan Bermaruah.Salam Hormat Paman.

Anonymous said...

Salam,alhamdulillah...harapan agar tahun 2010 ni bawa kebahagiaan,kemuliaan buat seluruh ahli AB..Macam makan GEM-BRENG-SENG dengan sambal Paman Wan,walaupun "pedas"tapi sedap dan enak.Samalah juga dengan kehidupan kita khususnya warga AB semua..walaupun usaha murni kita lakukan,namun cacian yang kita perolehi,namun itulah lumrah kehidupan dan penyedap bagi kehidupan kita.Mana yang lemah kita perbaiki,mana yang kurang kita tambah,mana yang lebih,kita lebihkan lagi.Asam garam kehidupan memang begitu..Kepada semua,ayuhlah kita BERSATU kerana kita BERMARUAH..

SHAKEYZ.BLOGSPOT.COM said...

Bahagia kita Al-Bajuri...