Friday, January 1, 2010

3 DALAM 1



Syukur Alhamdulillah,tanggal 01 01 2010 telah pun membukakan tirainya hari ini.Mudah-mudahan tahun 2010 ini membawa 1000 makna buat seluruh ahli keluarga Al-Bajuri,seperti mana berlalunya tahun 2009,saya berharap agar perkara-perkara yang negatif juga berlalu bersamanya.Dan setinggi harapan juga agar tahun ini seluruh ahli keluarga Al-Bajuri dapat merapatkan lagi serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang setelah kian lama terjalin.
1 Malaysia,1 Al-Bajuri...maka mulai hari ini,setiap penulisan saya agar menunjukkan logo Al-Bajuri..kerana saya SAYANG kan Al-Bajuri...
Pada tarikh ini juga,beberapa peristiwa menarik berlaku.
Seperti yang seluruh ahli keluarga maklum,bahawa tanggal 01/01/2010,"awok" atau Naz Azwa akan bertunang.Tahniah!!Semoga selamat hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke anak cucu,insya Allah..Rombongan dari Pulau Pinang,tiba ke rumah Ucu pada jam 2.31petang,alhamdulillah,ramai ahli keluarga yang hadir.Sebaik sahaja urusan peminangan serta pertunangan selesai,hujan lebat mulai turun,seolah-olah memberkati serta merahmati hubungan suci mereka ini.
(ketibaan rombongan lelaki) (turut hadir..bakal pengantin lelaki)
(Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir memulakan acara)
(antara pasangan yang diraikan..Tahniah)



No comments: