Wednesday, January 6, 2010

SALAM DARI MUAR..

(From left : Aqil, abang Rahim, Azim .... saja nak illustrate ketinggian anak-anak berbanding ayah mereka)

Salam buat semua warga AB yang Kak Imang kasihi..

Dua tiga hari yang lalu kak Imang hanya sempat melihat dan membaca blog ini tanpa membuat sebarang komen...belum ada idea.  Begitupun terima kasih kepada Farah, Hj Zawal dan Hj Mubin yang telah menitipkan maklumat kepada kak Imang.  Bagaimana pun maklumat tersebut belum berjaya saya "retrieve" berikutan masalah teknikal.  Tiga hari yang lalu juga tiada update daripada sesiapa...macam sunyi saja.  Semua orang tengah sibuk menolong Ucu Pah berkemas ke? Alhamdulillah...rajinnye...  Sorry le, kak Imang tak dapat bantu...

Kalau tak silap ada satu posting yang mendapat 19 comments... Wau!  Hangat sungguh perbincangan @ arguments.... My dear paman YB pun ada juga menitipkan komen..  Semasa membaca komen-komen tu berbagai-bagai perasaan timbul di dalam hati.. geli hati ada, panas pun ada.. Apa pun kak Imang setuju dengan adik-adik yang mengambil sikap positif dan yang memberikan komen secara waras dan tidak emosi.. alhamdulillah..

Hari ni mungkin kak Imang nak kongsi sikit berkenaan dengan "the power of touch"..Suatu ketika dulu kak Imang pernah terbaca di dalam sebuah buku psikologi yang menyebutkan bahawa 'sentuhan' itu mempunyai satu 'kuasa'.  Emosi orang yang menyentuh akan "tersalur" kepada orang yang disentuh.  Jika emosinya ialah kasih sayang, maka yang kena sentuh itu akan merasakan kasih sayang tersebut. Jika emosi penyentuh ialah simpati, maka yang kena sentuh akan merasakan simpati tersebut dan seterusnya.  (Dalam konteks kita, sentuhan hanyalah untuk mereka yang dibolehkan sahaja iaitu yang mahram)  

Di dalam kehidupan seharian,  kita melahirkan semangat silaturrahim dengan bersalaman.. itu juga merupakan sentuhan.  Jika kita prihatin, cara orang berjabat tangan adalah berbeza-beza dan kita boleh merasakan keikhlasan seseorang melaluinya.  Kita juga sering melihat seseorang menunjukkan simpati terhadap orang lain dengan memeluknya.  Pelukan juga boleh menunjukkan rasa kasih sayang dan juga berkongsi kegembiraan atau pun sebagai satu cara megucapkan tahniah..

Di dalam buku yang kak Imang baca itu juga disebutkan bahawa anak-anak kecil yang selalu disentuh dengan sentuhan kasih sayang akan teransang untuk membesar dengan sihat.  Kak Imang cuba mempratikkan apa yang dibaca dengan anak-anak dan terbawa-bawa  sehingga mereka menginjak usia remaja dan dewasa.  Ternyata 'teori the power of touch' itu memberi kesan yang nyata kepada anak-anak kak Imang..  Adakah ia suatu kebetulan?  Yang nyata itu semua adalah ketentuan Allah SWT.. tetapi sebagai insan kita boleh berusaha dengan kaedah yang tidak menyalahi hukum...insya Allah.. 

Salam sayang buat semua.. 

8 comments:

Anonymous said...

terima kasih kak..berguna info ni...

Anonymous said...

haaa kalu dah berguna tu...hj kenala manfaatkan a.k.a buat...anak nanges tlg pujuk, tlg dokong2 anak..sian org rumah

Anonymous said...

hahaa...pujuk tetap pujuk..mana tak pujuk..cuma org je tak perasan..takkan nak menunjuk pulak..

Anonymous said...

Salam untuk semua Warga AB,
Bila Imang sentuh pasal Sentuhan ia pasti akan menyentuh berbagai pehak.Namun,sentuhan fisikal atau yang berbentuk sentuhan hati tentu punya tafsiran yang berbeda,.Yang zahir jelas dari ucapan dan gerak anggota tubuh,agak mudah dimengerti asalkan punya niat dan tindakan yg positif dan bersangka baik.Sentuhan hati memang sukar dibaca,namun sering terpancar oleh air muka,tindak-tanduk dan perilaku yang terpamir oleh anggota zahir seseorang.,renung dan fikirkanlah..Salam YDP>

muhammedsmama said...

kak imang, jazakallahu khayr for sharing. i cannot agree more :). inshaAllah akan cuba apply sedaya mampu teori ini. setakat ni pengalaman saya takde lah banyak dengan sentuhan ni..tapi contoh yang saya nak bawa di sini adalah seorang insan yg sangat berharga bagi saya. tak lain dan tak bukan, kak ros.:) buat pengetahuan umum, kak ros dikenali dengan sentuhan tangannya. . baik di dapur, di kenduri kahwin, juga tak kurang hebat sentuhannya terhadap makhluk2 yang berbahaya. ular, tikus, biawak, namakanlah..semua kenal dengan wanita ini. anyway, cerita saya cuma berkenaan sentuhan kak ros tatkala saya demam atau kembung perut masa kecil2 dulu. kak ros akan mengurut saya dengan minyak geliga, dan saya memang terasa kasih sayang yang disalurkan dalam urutannya.Tak lama urut, dengan izin Allah baik..Jadi, kak ros pun memang dah lama aplikasi power of touch ni:) Saya amat percaya dengan hikmat pengurutan dan connection yang dilakukan semasa proses mengurut, terutamanya di kalangan ahli keluarga. Jadi, jangan malas bila ibubapa minta diurut! Ganjarannya juga hanya Allah yang membalas inshaAllah.

Anonymous said...

Salam,Utk iktibar semua,puteri bungsu saya ni memang sering mengurut kaki ayahandanya selepas solat maghrib.Ia melega,mempamirkan kasih sayang dan lahirkan saya saling ,memerlukan antara satu sama lain.Anak2 sekelian mulakan lah sentuhan yg terpuji untuk ibubapa anda.selamat mencuba.YDP.

♥Syamelia♥ said...

sweeeetttttttttt......

thx for sharing the info...
sharing is caring, kn...

to kak imang,
hope u will blog more...

n, seronk tgk byk comment :)

farahadriza said...

touched by the power of touch :)