di Alamanda Putrajaya
(near ProBowl / GSC)
Sabtu 6 Feb 2010 10pg-2ptg
anjuran
Alumni
Sekolah Alam Shah
&
Sek. Sultan Alam Shah.
**keterangan lanjut,hubungi Dr.Azmil**
(From left : Aqil, abang Rahim, Azim .... saja nak illustrate ketinggian anak-anak berbanding ayah mereka)
Salam buat semua warga AB yang Kak Imang kasihi..
Dua tiga hari yang lalu kak Imang hanya sempat melihat dan membaca blog ini tanpa membuat sebarang komen...belum ada idea. Begitupun terima kasih kepada Farah, Hj Zawal dan Hj Mubin yang telah menitipkan maklumat kepada kak Imang. Bagaimana pun maklumat tersebut belum berjaya saya "retrieve" berikutan masalah teknikal. Tiga hari yang lalu juga tiada update daripada sesiapa...macam sunyi saja. Semua orang tengah sibuk menolong Ucu Pah berkemas ke? Alhamdulillah...rajinnye... Sorry le, kak Imang tak dapat bantu...
Kalau tak silap ada satu posting yang mendapat 19 comments... Wau! Hangat sungguh perbincangan @ arguments.... My dear paman YB pun ada juga menitipkan komen.. Semasa membaca komen-komen tu berbagai-bagai perasaan timbul di dalam hati.. geli hati ada, panas pun ada.. Apa pun kak Imang setuju dengan adik-adik yang mengambil sikap positif dan yang memberikan komen secara waras dan tidak emosi.. alhamdulillah..
Hari ni mungkin kak Imang nak kongsi sikit berkenaan dengan "the power of touch"..Suatu ketika dulu kak Imang pernah terbaca di dalam sebuah buku psikologi yang menyebutkan bahawa 'sentuhan' itu mempunyai satu 'kuasa'. Emosi orang yang menyentuh akan "tersalur" kepada orang yang disentuh. Jika emosinya ialah kasih sayang, maka yang kena sentuh itu akan merasakan kasih sayang tersebut. Jika emosi penyentuh ialah simpati, maka yang kena sentuh akan merasakan simpati tersebut dan seterusnya. (Dalam konteks kita, sentuhan hanyalah untuk mereka yang dibolehkan sahaja iaitu yang mahram)
Di dalam kehidupan seharian, kita melahirkan semangat silaturrahim dengan bersalaman.. itu juga merupakan sentuhan. Jika kita prihatin, cara orang berjabat tangan adalah berbeza-beza dan kita boleh merasakan keikhlasan seseorang melaluinya. Kita juga sering melihat seseorang menunjukkan simpati terhadap orang lain dengan memeluknya. Pelukan juga boleh menunjukkan rasa kasih sayang dan juga berkongsi kegembiraan atau pun sebagai satu cara megucapkan tahniah..
Di dalam buku yang kak Imang baca itu juga disebutkan bahawa anak-anak kecil yang selalu disentuh dengan sentuhan kasih sayang akan teransang untuk membesar dengan sihat. Kak Imang cuba mempratikkan apa yang dibaca dengan anak-anak dan terbawa-bawa sehingga mereka menginjak usia remaja dan dewasa. Ternyata 'teori the power of touch' itu memberi kesan yang nyata kepada anak-anak kak Imang.. Adakah ia suatu kebetulan? Yang nyata itu semua adalah ketentuan Allah SWT.. tetapi sebagai insan kita boleh berusaha dengan kaedah yang tidak menyalahi hukum...insya Allah..
Salam sayang buat semua..