Monday, August 31, 2009

Bazar Ramadhan @ Olak Lempit

Seperti tahun-tahun sebelum ini, bazar ramadhan di Olak Lempit di meriahkan oleh peniaga-peniaga amatur dan profesional. Warga AB tidak ketinggalan mengambil bahagian. Buktinya :





Tauke lauk pauk dari dapur Sarah Catering









Tauke murtabak citarasa Jawa/Kelantan












Taukeh kuih muih resepi tradisional Maznah vs Wak Iti









Pelanggan tetap yang paling setia.






Bagi yang di luar Olak Lempit tidak teruja ke nak balik kg. untuk merasa juadah di bazar OL???

Thursday, August 27, 2009

MASIH BERKISAR ANAK2 UCU

TAHNIAH AWOK

Ahad, 16 Ogos 2009.

Pada jam 2.00 – 5.00 petang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Anak ucu yang kedua; Naz Azwa binti Supuan a.k.a Awok
telah dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
dalam Majlis Konvokesyen UKM yang ke 37.
Penyampaian Ijazah telah disempurnakan oleh Pro-Canselor
Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin.
Dan oleh kerana Mak On nya x dapat turut serta...
Inilah akibat yang diterima...
p/s: dengarnya, Insya Allah, hadiah sempena graduasi akan sampai menjelang hari langsung Kekandanya.

Wednesday, August 26, 2009

BRAVO CHEF ABOB...!!!

ABOB on FHM 2009 (Food and Hotel Malaysia 2009)
~ABOB dengan Boss nye~
Pada 11 – 14 Ogos yang lalu bertempat di KLCC. Chef de Partie Azwar Mustaffa telah mengambil bahagian dalam 3 kategori dalam FHM 2009 bagi mewakili Shangri – La Hotel Kuala Lumpur yang mana telah disertai oleh lebih daripada 900 peserta daripada seluruh hotel terkemuka di MALAYSIA.
~pingat-pingat yang dimenangi~
Dengan bangganya beliau telah berjaya menggondol pingat perak dalam kategori Live Cooking dan Pingat Gangsa dalam kategori Plate Appetizer (Display) serta Diploma (atau saguhati) dalam kategori Plate Dish (Display).

Live Cooking :
Soya Glaze Cod Fish, Ginger Crust Salmon and Sweet Potato Clam Chowder










Mari kita tengok gelagat Abob ketika menyiapkan hidangan...

Bagi kategori Live Cooking peserta dikehendaki menyiapkan hidangan utama (Main Course) untuk 4 orang dalam masa 1 jam (markah diberi berdasarkan kesegaran, rasa dan cara penyediaan yang menarik). Untuk makluman, juri sentiasa berada di dalam bilik penyediaan sepanjang pertandingan berlangsung dan berlegar-legar berdekatan peserta (bayangkan la betapa nervous nya.)
Antara lain yang telah disiapkan oleh Chef Abob dari Hotel ialah:-

Plate Appetizer (Display) :
1.Chicken Roulade Compress Peach, Onion Salad and Tomato Marmalade
2.Butter Poach Baby Lobster, Pumpkin Comfit, Avocado Puree, Miso Glaze Salmon and Spinach Agar
3.Teriyaki Pepper Tuna, Fingerling Potato and Gazpacho Ball.
4. Tandori Quail Breast, Ostrich Lasagna and Vegetables ala Graque.

Plate Dish (Display)
1.Five Spice Duck Breast, Pineapple Barley Relish and Yam Dumpling.
2.Miso Marinated Salmon, Olio Linguine and Butter Poach Lobster Claw and Ratatouille Dome.
3.Tandori Lamb Rack, Capsicum Chutney, Charcoal Tapioca, Foie Gras Pakoras and Raita Sauce.
4.Soya Glaze Chicken Roulade, Pasta Gratin Chorizo and Tomato Sauce.

Bagi kedua2 kategori di atas; Plate Appetizer (Display) dan Plate Dish (Display) pula peserta dikehendaki menyediakan 4 jenis Appetizer yang disalut dengan gelatin untuk dipamerkan (hidangan ini hanya untuk pameran sahaja dan tidak buleh dimakan, markah diberi berdasarkan kekemasan salutan gelatin dan keunikan menu). Kesemua hidangan ini Abob siapkan dari Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Tahniah buat Chef Abob di atas pencapaiannya yang tertinggi sepanjang berkecimpung dalam dunia perhotelan. Ini adalah kali ke 4 penyertaan beliau dalam FHM semenjak FHM 2003. Keep up a good work!!! Jai-ho!

Saturday, August 15, 2009

Acara Berkelah Dibatalkan

Diatas sebab2 yang tidak dielakkan, acara perkelahan AB yang dijadualkan pada 16 Ogos 2009 telah DIBATALKAN... harap maklum...

- segala kesulitan amat dikesali :(

mulianya hati mu....

Salam Warga AB..agak lama juga ku tidak menulis di dalam laman blog ini ye..Maaf seribu kali maaf,kesibukan ku yang membuatkan ku jadi begini,al-maklumlah ku terpaksa kendalikan hampir 15 laman blog milik ku..namun AB punya blog aku view sahaja..

Tanggal 15 Ogos 2009,seperti yang dinyatakan oleh YDP (Paman Zabir) hari ini bertempat diperkarangan letak kereta Surau Al-Bajuri,Kampung Olak Lempit telah diadakan Majlis Penyerahan sumbangan kepada fakir miskin kariah  Wetan.Pada majlis ini seramai 20 orang yang layak telah menerima sumbangan dari Paman Zabir.Walaupun kehadiran ku lewat 30 minit dari masa yang telah ditetapkan,namun aku hadir juga..ini kerana awal pagi ini aku terpaksa menghadiri Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil untuk arwah abah yang diadakan dikawasan perumahan aku..maaf ye..

(Surau Al-Bajuri,Kampung Olak Lempit)

Terlebih dahulu satu majlis gotong-royong juga telah diadakan disurau ini,sempena kehadiran bulan Ramadhan yang akan tiba tidak berapa lama lagi.InsyaAllah..

(Cikgu Jaini,selaku AJK Surau Al-Bajuri merangkap Pengerusi Majlis)

(Ketua Kampung,Cikgu Selamat juga turut hadir serta memberikan ucapan)

(Paman Zabir sedang menyampaikan ucapan)

ANTARA PENERIMA SUMBANGAN

(kariah Wetan sedang menerima sumbangan dari Paman Zabir serta Mak Cik Adah)

(Tapi yang ni amat menghairankan..kategori apa ye..gurauan sahaja)

JUGA TURUT SERTA

(Paman Kemad)

(Kedua pasangan pengantin baru)

Semasa aku membuat liputan untuk dimuat turunkan ke dalam blog ini,rata-rata aku lihat para penerima menitiskan air mata dan tak sedar juga aku mata ku turut berlinangan..Hanya aku sahaja yang tahu apa sebabnya.

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerimanya.Mudah-mudahan Allah swt melipat gandakan lagi rezeki buat Pman sekeluarga dan anda semua.Sebelum ramadhan ini,dikesempatan ini saya ingin pohon ampun dan maaf zahir dan batin aku pohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan yang aku lakukan tanpa disedari....

Salam Ramadhan dari saya:-

Thursday, August 13, 2009

AMALAN MENJELANG RAMADHAN

ASLKM WARGA AB SEMUA.

Beberapa hari lagi Ramadhan yang kita nantikan akan menjelang tiba.
Alhamdulillah,marilah kita bersama menyiapkan diri untuk menjalani ibadah
yang sungguh banyak ganjarannya ini,agar kita mendapat sepenuh rahmat dan
barakah dari Allah swt.

Paman bercadang untuk menziarahi beberapa orang miskin di qariah Surau Albajuri.InsyaAllah
hari Sabtu ni 15.ogos,bersama warga Albajuri yang berkelapangan mengunjungi rumah2 mereka
dengan membawa sedikit sumbangan yang termampu oleh kita.Paman cadang Suhaila Samsuri tolong selaraskan(kalau ada sumbangan).Paman minta Suhaila sediakan barang2 seperti beras,gula,tepong dll dari Zetshoppe.Hj Mubin akan monitor dari atas kot.

Semoga kerjasama kita mendapat kemudahan dan rahmat dari Allah.Paman.

Tuesday, August 11, 2009

MUDAH-MUDAHAN INFO INI BERGUNA

Which groups at high risk for severe illness from Infflluenza A (H1N1) infection?

· Children younger than 5 years old
· Persons aged 65 years and older
· Children and adolescents (<>

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan
Kementerian Kesihatan Malaysia

3 Ogos 2009


Pada 3 Ogos 2009 sejumlah 17 kes baru influenza A(H1N1) dan 1 kes kematian
dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Kesemua 17 kes
yang dilaporkan hari ini, adalah kes sporadik atau terpencil.
Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 3 Ogos 2009 jam 8.00 pagi
adalah sebanyak 1,446 kes dengan jumlah kematian 7 orang. Daripada 1,446 kes yang
dilaporkan tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 872 (60%) kes jangkitan
tempatan. Daripada jumlah ini, 1,408 kes (97%) telah sembuh, hanya 29 kes atau 2%
sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 8 daripadanya berada
di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di
rumah.
Daripada 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor
risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(1) dan imuniti rendah(2).
Bagi 17 kes sporadik, 7 dirawat di wad isolasi hospital, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi
dan 9 orang menerima rawatan pesakit luar.
Kes kematian ketujuh adalah seorang wanita berusia 23 tahun yang telah disahkan
mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sejak 23 Julai 2009 dan disebabkan komplikasi
pada paruparu beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Miri sejak 22 Julai
2009 sehingga hari kematian pada 4 pagi 3 Ogos 2009. Sejarah asalnya, pesakit ini telah
bersalin di Hospital Miri pada 21 Julai 2009.
Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan
menghidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 23 Julai 2009. Simptom utama beliau adalah
demam dan batuk yang telah bermula sejak 4 hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati
selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A(H1N1). Akibat komplikasi
jangkitan yang teruk pada paruparu, pesakit telah berada di Unit Rawatan Rapi hospital
sehinggalah kematiannya pada jam 4.00 pagi, 3 Ogos 2009. Penyebab kematian
direkodkan sebagai pneumonia due to influenza A(H1N1) infection.
Merujuk kepada situasi global, sehingga 3 Ogos 2009, sejumlah 183,854 kes dengan 1,307
kematian telah dilaporkan daripada 167 negara. Peningkatan sebanyak 28 kes dengan 6
kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Tiada pertambahan negara yang terbabit.
Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi menerima banyak pertanyaan berkisar kepada
langkahlangkah yang perlu dilakukan jika mempunyai gejala jangkitan H1N1. Sehubungan
dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan langkahlangkah berikut:


a. Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas
batuk, bersin dan lainlain.
b. Menutup mulut ketika bersin dan batuk.
c. Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.
d. Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
e. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak¬anak kecil ke tempat yang sesak


Sekiranya terdapat gejala berterusan dan bertambah teruk, disarankan untuk mendapatkan
rawatan di klinik serta hospital yang berdekatan. Bagi memastikan rawatan awal dengan
antiviral influenza dapat diberikan dengan segera bagi mereka yang berisiko tinggi dan
menunjukkan simptomsimptom jangkitan influenza, Kementerian Kesihatan masih
mengekalkan ketetapan seperti berikut;


a. Bahawa semua keskes yang mempunyai simptom jangkitan influenza serta
mempunyai faktor risiko (mengandung, obesiti, asma, penyakit paruparu kronik,
diabetik dan golong imuniti rendah), hendaklah diberi rawatan antiviral influenza
sertamerta tanpa perlu membuat ujian pengesahan influenza A(H1N1). Ini adalah
untuk keskes yang dikesan dalam masa 48 jam selepas onset.
b. Ujian pengesahan jangkitan influenza hanya perlu untuk keskes yang dirawat di
hospital.
c. Pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi yang bersimptom jangkitan influenza
A(H1N1) diingatkan supaya mengelakkan diri daripada menghadiri kelas, kuliah
termasuk aktiviti berkumpulan dan pergi ke tempat tumpuan orang awam seperti
pusat membeli belah. Mereka hanya dibenarkan menghadiri aktiviti-aktiviti ini
selepas 1 hari bebas daripada gejala jangkitan influenza A(H1N1).
Maklumat semasa Influenza A (H1N1) termasuk aktiviti pencegahan boleh didapati melalui
laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan
http://h1n1.moh.gov.my ataupun melalui Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian
Kesihatan 0388810200 dan 0388810300 yang beroperasi antara 8.00 pagi hingga 5.30
petang setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.
Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan
influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk
kesejahteraan semua.


Sekian dan terima kasih


TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 3 Ogos2009

Senarai Hospital Khas (Designated Hospital) Swasta Untuk
Merawat Kes-Kes Influenza A(H1N1)


Wilayah Persekutuan KL & Selangor


1. Gleneagles Intan Medical Centre
2. Pantai Hospital Kuala Lumpur
3. Pantai Hospital Cheras
4. Sunway Medical Centre
5. Tropicana Medical Centre
6. Tung Shin Hospital
7. Sime Darby Medical Centre Subang Jaya Sdn. Bhd
8. Assunta Hospital, PJ
9. KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital KL
10. Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang


Kedah


1. Kedah Medical Centre Sdn Bhd
Pulau Pinang
1. Gleneagles Medical Centre
2. Island Hospital
3. Loh Guan Lye Specialist Centre
4. Penang Adventist Hospital


Perak
1. Pantai Hospital Ipoh


Melaka

1. Pantai Hospital Ayer Keroh


Johor
1. KPJ Johor Specialist Hospital
2. Pantai Hospital Batu Pahat


Kelantan
1. Perdana Specialist Centre


Sabah
1. Sabah Medical Centre





Monday, August 10, 2009

BERKELAH

Salam AlBajuri,

Selepas mengharungi kenduri-kendara AlBajuri sepanjang separuh tahun 2009, pihak-pihak yang bekerja keras di belakang tabir telah mendesak AJK menganjurkan sessi berkelah bagi menghilangkan kepenatan selepas banyak sinoman yang telah dilalui. Bagi memenuhi permintaan, dicadangkan kita berkelah di Sungai Lepoh seperti berikut :
Tarikh : 16hb Ogos 2009
Masa lapor diri : 8.00 pagi
Makanan : bawa masing-masing
Kemudahan : tempat mandi-manda, surau, tempat salin pakaian
Bayaran : tiada
Jika tiada aral melintang, kita jumpa di sana pada tarikh tersebut di atas.
Yang menjalankan tugas;
Fathulmubin Sajadi

Info on H1N1 (worth reading!!!)

2day my colleague Hana didn't come 2 work as she had 2 attend a friend's funeral.. who passed away bcoz of H1N1- a girl at the age of 23. Cian kan... May Allah bless her as she was a nice girl according to Hana.

Btw, talking about H1N1, just 2 an info posted at FB :



"JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS.. from experience of fren..
My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar.... No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...
Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father... First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.
Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...
EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....
I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip.... ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...
This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!! "
- sama-sama kita berdoa semoga Warga AB dijauhkan dari wabak ini... Aminnn...

Sunday, August 9, 2009

SALAM DARI TANAH SUCI

AKU SAMBUT LAMBAIAN MU..

Aku datang dengan dosa timbun berbongkal
Ku jejaki bumi suci mu dengan fakir ilmu yang mendangkal
Aku hadhir dengan maksiat tinggi menggunung
Ku kunjungimu dengan kederhakaan hamba kepada yang Agung.

Lidah yang kontang,tidak menyebut nama Mu sebanyaknya
Syukur yang longlai,tidak tergapai lautan nikmat Mu tanpa tepian
Tutur yang angkuh,bagai tidak kenal keagungan Maha Perkasa
Laku yang tempang,tidak patuhi restu Maha Pencipta yang Berkuasa.

Apa yang bawa?

Sekadar jasad tubuh berbalut daging miskinkan redha
Seraut wajah lesi mengharap Ihsan rindukan Cahaya
Sekeping hati bertitik hitam,mohon limpahan zam-zam pembersih noda
Segunung hajat,setinggi langit,mohon ampun,mohon anugerah,mohon kurnia.

Lantas,
Aku sambut Lambaian Mu.....


Ku pohon Ilmu paling sempurna
Ku pohon Keyakinan yang sebenar2nya
Ku pohon Rezeki luas Melimpah
Ku Pohon Hati yang Khusyu' dan Suci.

Ku pinta lidah yang sentiasa basah menyebut nama Mu
Ku pinta Barang yang baik dan halal
Ku harap taubat yang bersungguh-sungguh
Ku harap Keampunan dan Rahmat yang berterusan.

Ku pohon
Ku minta
Ku Harap
Kejayaan mendapat Anugerah Syurga Allah
Dan Diselamatkan dari bakaran Api Neraka.


Makkatulmukarramah.6.8.09.Salam dari Paman.

Saturday, August 8, 2009

Mama & Nazree's lil new born baby - Nuur Eshal

Taken from Munawira's facebook...
Thx Mun, nt upload lg eh...
Pas2, leh share dlm blog :D

Thursday, August 6, 2009

ramadhan dan syawal

Salam..tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu Bulan Ramadhan...Alhamdulillah...dapat juga aku menyambutnya pada tahun ini..kali ini,bertambah ceria lagi dengan kehadiran puteriku Adriana Amni...Mudah-mudahan Ramadhan kali ini beri 1000 kenangan buat aku serta keluarga juga anda sekelian...

Bercerita tentang bulan Ramadhan dan Syawal..ianya pasti akan disambut dengan 2 suasana yang berbeza oleh kita semua.Mana taknya bulan Ramadhan tiba,kita beramai-ramai memenuhi masjid,TETAPI apabila menjelangnya Syawal keadaan sudah berbeza..Masjid dan Surau yang meriah pada bulan Ramadhan seperti "berduka" kerana dianaktirikan apabila tibanya Syawal.Ia kembali seperti keadaan sebelum Ramadhan,asyik-asyik muka yang sama aje beristiqamah datang ke masjid,sementara wajah-wajah yang ada ketika Ramadhan dulu...hilang entah kemana.Aku bercakap bukan untuk orang lain...aku juga..Tapi aku berjanji akan berubah...InsyaAllah..

  Sambutan Syawal berlarutan hingga sebulan lamanya..seolah-olah "membalas dendam" kerana tidak dapat makan di siang hari sepanjang Ramadhan.Syawal menjadi Syurga makan minum sehingga mengundang pelbagai penyakit yang cukup sinonim dengan kehidupan kita.Apa dia?Penyakit jantung,kencing manis,darah tinggi dan banyak lagilah...Anggota badan yang telah berehat dan telah menjalani proses "overhaul" sepanjang Ramadhan tiba-tiba dikejutkan dengan tabiat lama tuan tubuh...Kalau sepanjang Ramadhan dapatlah mesin dalam perut kerja ikut syif tetapi menjelang Syawal,ia perlu bekerja TIDAK tentu masa,bahkan LEBIH kuat lagi kerana makanan yang masuk untuk diproses canggih-canggih dan global.Inilah realiti kepada kebanyakka orang awam tetapi tidak kepada orang-orang Allah..

Semoga paparan ini memberi seribu makna buat aku dan kalian semua.Salam Ramadhan daru diri ku serta ahli keluarga..Semoga amalan kita diterima oleh Allah...

Wassalammm

Saturday, August 1, 2009

kawan...kawan dan kawan

Bismillahhirrahmanirrahim,

Penulisan ku kali ini akan menyentuh tentang "BERKAWAN BIAR BETUL-BETUL".Ku petik dari buku DEMI MASA tulisan Abu Hassan Morad.Ku tertarik dengan buku ini..mula-mula sekadar tengok-tengok,tapi bila ku dalami akan setiap isi kandungannya,ku amat tertarik.Ku berharap dapat berkongsi dengan seluruh pembaca laman blog  ini..Mudah-mudahan kita sama-sama dapat iktibar dan pengajaran.

Tanda Allah sayangkan kita ialah Dia menguji kita dan dengan ujian itu,kita semakin dekat dengan-Nya.Ketika diuji kita ingat Allah.Kita sebut dan puji Allah.Kita beristighfar banyak-banyak apabila ditimpa musibah dan berada dalam kesusahan.

  Namun ujian susah itu MUNGKIN tak sama dengan kesusahan emak atau ayah kita,bahkan dengan datuk dan nenek kita dikampung.Darjah kesusahan itu BERBEZA.Datuk dan nenek kita dulu mungkin perlu bergelumang dengan hutan rimba sebelum mendapat tanah untuk dibuat rumah.Namun kita pada zaman ini,mungkin susah untuk mengawal nafsu.Semua perkara yang ada dihadapan mata,apa saja yang kita nak kita boleh dapat sehingga akhirnya terjebak dengan perkara yang tidak elok,membazir dan membuat dosa. 

Antara ujian yang paling sukar untuk kita hadapi ialah ujian dalam berkawan.Apabila sudah berkawan,kita sering terperangkap untuk mengambil hati kawan.Menjaga hati supaya tidak berlaku konflik dengan kawan kita.Kita ikut kata kawan.Kadangkala perkara itu TAK BETUL tetapi kerana nak jaga hati kawan-kawan kita pun kata betul.Syaitan pun berdrama dengan kita dan mengambil kesempatan atas kelemahan kita.Akhirnya kita menjadi manusia yang tidak betul dan terlajak melakukan perkara-perkara yang ditegah dan dilarang oleh agama.

Berkawanlah ikut panduan yang diberikan oleh Rasulullah SAW.Berkawan untuk ajak kawan jadi baik.Berkawan dengan niat untuk sama-sama ikut perintah Allah.Berkawan untu masuk syurga.Oleh itu niat berkawan perlu dijaga sungguh-sungguh supata TIDAK tersasar dan terpesong jauh..

Perjalanan dalam berkawan ini panjang,bukan sahaja kita hendak berbaik-baik dan tolong-menolong di dunia,TETAPI kita hendak jumpa di syurga nanti.Kita dan dia saling faham-memahami dan sering berbuat sesuatu untuk faedah bersama.Bukan berkawan untuk saling menjatuh-jatuhkan atau saling memfitnah dan hasad dengki.Ini BUKAN kawan lagi,tapi musuh dalam selimut.

Berkawan adalah suatu perjuangan.Kita berjuang untuk ajak kawan jadi baik.Kita KIta berjuang untuk wujudkan kasih sayang sesama kawan.Kita ikat tali persahabatan dengan tali Allah swt.

    Apabila berkawan,bolehkah kita gilap ikatan persahabatan itu supaya jadi elok dan bercahaya?Bolehkan kita beristiqamah dalam berkawan?Bolehkah kita bersusah-payah kerana kawan kita tanpa memikirkan ganjaran dan habuan yang bakal kita perolehi KECUALI keredhaan Ilahi?Sanggupkah kita bersusah payah ke rumahnya yang amat jauh beratus-ratus kilometer untuk menziarahinya?

Kadang-kala kita perlu bersusah payah kerana kawan.Inilah kawan sejati.TETAPI bukan mudah untuk dapat watak ini.Ia adalah anugerah ALLAH SWT kepada seseorang.

Kadang-kala,kita berkawan kerana sebab-sebab tertentu.Contohnya,kita berkawan dengan orang yang berjawatan tinggi atau ahli politik.Bila kita ada kepentingan nak guna dia,kita pun berbaik-baiklah dengan dia.Kita sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat tercapai.Hinggakan adakalanya langgar hukum-hakam...Dan bila kawan kita ni "jatuh" kita pula yang menyepikan diri darinya..

Inilah dinamakan " drama in real life",boleh kita tonton sepanjang masa.ALLAH pertontonkan kepada kita supaya menjadi iktibar dan tidak ulangi cerita-cerita tersebut.BERKAWAN BIARLAH BETUL-BETUL.