Tuesday, April 7, 2009

Renung-renungkanlah....

Salam warga Al-Bajuri...dah lama tak menulis..agak sibuk sedikit..namun saya sempat juga mencuri sedikit waktu untuk menulis dalam blog ini.Pada kali ini,saya ingin berkongsi apa yang dikatakan oleh Ybhg Dato'Dr,Hj.Fadilah Kamsah...Ceritanya amat menarik perhatian saya...dan perlu saya ingatkan bahawa ianya TIDAK ada kena-mengena dengan sesiapa pun..

"ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria,

ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada yang datang dengan perasaan serba tak kena."

Ingatlah,sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja.hasilnya adalah BIASA,namuan bagi yang datang dengan ceria,maka hasilnya akan jadi LEBIH daripada biasa ataupun luar biasa.Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang LUAR BIASA yang akan menggembirakan orang disekeliling kita...Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan..Insya Allah

Jadi...mari kita sama-sama renungkan..

1) Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab "DATANG BEKERJA" tapi hampa..hasilnya macam kita tak datang kerja.

2) Ada kala kita rasa kita BUSY..rupanya kita kelam-kabut

3)Adakala kita rasa kita perihatin??..tapi rupanya kita bUsY bOdY

4)Adakala kita openminded atau outspoken..tapi rupanya kita kurang pengajaran

5)Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS..rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS

6)Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA..tapi rupanya kita di lihat lebih mengada-ngada

7)Adakala kita suka bertanya "Kenapa dia macam takde kerja" maka adalah lebih baik kita tanya "Apa lagi kerja yang aku boleh buat??"

Jadi..marilah kita bersama-sama berfikir merenung kembali...dimanakah letaknya DIRI KITA??

Renung-renungkan dan Selamat Beramal.

4 comments:

Anonymous said...

Cukup menarik topik ini. "KERJA" perlu ada rasa "TANGGUNG-JAWAB" dan niat "KERANA ALLAH" baru seronok bekerja dan berkat. Insaya ALLAH

farahadriza said...

saya seronok pg kerja sbb ofis sendiri ! wakakaka..(harap maaf)

azhaN said...

antara sebab lain saya seronok bekerja, company sediakan makanan tghhari.... free beb! menu, order saja!
lagi pun, kerja pun satu bentuk ibadah, maaa...

farahadriza said...

abang an.. waaa ! itu idea yg menarik utk saya praktikkan di ofis saya ! :)