Sunday, April 5, 2009

RESEPI KEK COKLAT

Resepi ini dipostkan atas permintaan ramai yang gagal untuk membuat kek coklat ini, terutama Mr. Murali. Semoga dengan resepi bergambar ini akan dapat membantu warga AlBajuri membuat kek yang tidak sepertinya ini. Jika berjaya, hulur2 lah pulut kuning, ayam panggang dan kopi secawan kepada yang penat buat posting ni.


BAHAN-BAHAN



i) Buttercup 500 gm
ii) Gula halus 2 cawan
iii) Esen vanilla 1 sudu kecil
iv) Telor 8 biji
v) Tepung naik sendiri 2 cawan

ADUNAN KOKO UTK DI MASAK

i) koko 2 cawan
ii) gula 2 cawan
iii) air 2 cawan

Cara-caranye :

a) siapkan adunan koko, dimasak dan sejukkan
b) Putar buttercup dan gula hingga kembang




c) masukkan esen vanilla (gambar tak ada)
d) masukkan telor satu persatu hingga habis

e) masukkan adunan koko yang telah masak


f) akhir sekali masukkan tepung naik sendiri



g) bakar selama 45 minit suhu 180C


h) kek coklat yang telah siap dibakar

j) Cadangan hiasan
- topping -coklat masak dicairkan n tabur coklat rice jika suka
- SELAMAT MENCUBA -

9 comments:

Yunus Badawi said...

Lain kali kalau Intan buat kek ni lagi hantarlah barang sebijik ke rumah paman. hehehe

zawal said...

Perhhh...nampak macam dah ada yang siap..apa kata hantar le..kat Banting..

♥Syamelia♥ said...

thx kak anim coz share 'secret recipe' ni...

2 abg intan, thx coz tolong buat posting :)

RaYaLaRa said...

hahahaha...

mr.murali mintak resepi?
yang awok n aku wat tu mende..kengkadang je aku wat jadi bingka..sebab mixer n oven x sama dalam gambar.. ;)

p/s: adunan kelihatan seperti adunan jompot pisang je kan... tapi hasilnya... ya ampunn...!

farahadriza said...

cantik lah ! tq abg intan & kak anim !

♥Syamelia♥ said...

lepas ni kalau sapa2 mintak lagi resipi, kak anim JANGAN BAGI ok...
suh dorg refer dkt blog...
so secara xlangsung boleh menaikkan ranking n menggalakkan org bukak blog kita ni...

betul x?

secara x langsung dpt menjimatkan penggunan kertas, dpt kita mengurangkan 'global warming'...
hahahhahaah.... terlebey sudah!!!!

apapa pun, lepas 2 drop komen la...
cian k anim, penat amek gambar...

RaYaLaRa said...

Testimoni 1:
Resepi ni tak tipu punya. Komfem jadik sebijik hasil dalam gambar, tinggal malas @ rajin nak buat. Kepada pembaca diluar sana, cubalah resepi ini gerenti hubungan kekeluargaan anda akan bertambah erat. =))

Cik Suraya
Lot 2676

drafz said...

Wahai jiran, alamat kami 446 jalan b4....

S-a-B-r-I-n-A said...

Testimoni 2:

Very delish (bak kata Jamie Oliver) yet very, very simple recipe. Dah beberapa kali bawa kek ni pergi perjumpaan "Cat Lovers", semua puji. Siap dah ada yg order pun.

Sabrina GF