Monday, December 28, 2009
MAJLIS WALIMATUL URUS ABOB - HALEENA
Dicadangkan sempena Majlis Walimatul urus Abob-Haleena pada 1&2 Jan 2010 ni AlBajuri dikehendaki hadir dengan pakaian seperti berikut :
1hb Jan 2009 (malam) : Baju Melayu lengkap
2hb Jan 2009 (siang) : Baju Batik (kalau boleh ikut konsep warna hitam-pink - kalau tak ada - janji batik.
Diharapkan agar semua yang berkelapangan untuk hadir sama memeriahkan majlis tersebut dan berperanan sebagai tuan rumah mewakili Paman Wan dan Ucu Pah melayan tetamu. Anggaplah majlis tersebut sebagai Majlis AlBajuri.
Jumpa disana...............
TAHNIAH KEPADA SEMUA!
Salam buat semua warga Al Bajuri yang dikasihi.. Agak lama Kak Imang tidak menulis. Almaklumlah orang yang banyak "menyibuk" di tempat bertugas. Buat makluman semua Kak Imang akan memulakan sesi persekolahan 2010 di sebuah sekolah baru iaitu SMK Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Ledang, Johor. Ini merupakan sekolah ke-7 dalam jangka masa 22 tahun bertugas. Kak Imang telah pun meletakkan jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan akan menjalani kehidupan sebagai seorang guru biasa... Insya Allah ini akan memberikan sedikit kelapangan untuk Kak Imang menulis sama ada di blog ini atau pun di blog sendiri..
Pertamanya, tahniah kepada AJK sambutan Hari Keluarga ke-36 khasnya dan semua warga Al Bajuri amnya atas kejayaan sambutan tahun ini. Kak Imang kira sambutan kali ini berjaya kerana di samping kita berseronok, bersilaturrahim, makan sedap, kita juga telah di"sentap" dengan beberapa teguran yang agak "panas" oleh Ucu dan YDP. Kak Imang harap semuanya akan mengambil iktibar daripada teguran itu. Kak Imang juga ingin mengucapkan tahniah kepada individu yang telah "mencetuskan" emosi yang kurang disenangi itu. Ini adalah kerana tanpa "cetusan" itu, kita tidak mungkin akan mencermin diri kita dan akan perasan bahawa diri kita ini sentiasa "bagus".. "Cetusan" itu juga telah membuatkan Kak Imang secara peribadi ingin menyumbang beberapa idea kepada AJK agar keluarga kita ini akan lebih teratur dan pergerakan "persatuan" kita ini akan lebih "organised". Terima kasih sekali lagi kepada indivudu tersebut.. Mungkin pada ketika itu anda merasa "sakit" kerana "dihentam" tetapi yakin dan percayalah bahawa anda adalah penyumbang besar kepada kami, agar kami bangun dan bergerak dengan lebih "bermakna" lagi di masa akan datang...
Kak Imang yakin dan percaya bahawa individu yang telah "mencetuskan" emosi kurang senang kita itu tidak bermaksud seperti apa yang dikatakan. Perkataan terungkap mungkin disebabkan perasaan yang "tertekan" kerana perkara yang hanya empunya diri sahaja yang tahu. Kak Imang menyeru kepada semua warga Al Bajuri yang terguris agar memaafkan keterlanjuran itu dan kepada yang empunya diri, Kak Imang harap akan menginsafi diri dan beringat untuk tidak mengulangi kesilapan ini di masa mendatang.
Telah lama Kak Imang fikirkan untuk Al Bajuri mempunyai satu "data base" yang teratur supaya kita tidak perlu berulang kali mendapatkan makluman berkaitan ahli keluarga setiap tahun. Kak Imang secara peribadi sedang membangunkan satu program yang ringkas untuk menyimpan maklumat-maklumat asas ahli AlBajuri sekalian. Untuk memulakan itu, Kak Imang minta kerjasama daripada semua warga yang mengunjungi blog agar dapat memberikan maklumat keluarga masing-masing dan hantarkan ke emel Kak Imang (mardi_azlin@yahoo.com) pada bila-bila anda mempunyai kelapangan.
Maklumat yang Kak Imang perlukan ialah nama (dengan ejaan seperti dalam MyKad @ MyKid), tarikh lahir, tempat lahir, anak ke berapa dalam keluarga, nama panggilan (nickname), no telefon (rumah dan @ mobile)*, pekerjaan (jika berkenaan), institusi pekerjaan (jika berkenaan), latarbelakang pendidikan (sekolah rendah, menengah @ universiti - jika ada).
*maklumat sangat diperlukan, yang lain-lain adalah voluntary
Semoga kita semua akan menjadi satu keluarga yang sentiasa "BAHAGIA"
Salam sayang buat semua!!
Saturday, December 26, 2009
HARI KELUARGA KALI-36 (2009)
(Ucu Pah sewaktu memberikan ucapan)
(antara ahli AB yang hadir)
(Sesi mendengar taklimat dari YDP)
(Abg.Achon serta Paman Wan)
(Antara acara kanak-kanak yang dijalankan)
Makan malam ni memang special..nasi ambeng..perh!!!Alhamdulillah..
Kemuncak sambutan hari keluarga ialah,ucapan penutup oleh YDP.Ringkas tapi PADAT.YDP menghuraikan satu-persatu maksud huruf B.A.J.U.R.I dan Y.A.T.I.M.A.H.Jadi kepada warga AB yang hadir..renung-renungkanlah ye..
(YDP sedang memberi ucapan dan amanat)
Sebelum lupa:-
Antara yang menarik untuk aktiviti tahun 2010,
(1) Kejohanan Boling - sekitar Jan-Mac
(2) Trip ke Langkawi dengan keretapi-sekitar Jun/Julai 2010
Friday, December 25, 2009
Alhamdulillah..Selamat sudah
Wednesday, December 23, 2009
KUMPULAN UNTUK HARI KELUARGA 2009
DEWASA
KUMPULAN 1
1. Hjh.Aminah bt.Hj.Omar
2. En. Supuan b. Ramlan
3. Shamshul Ariffin. Mashod
4. Dr.Azmil Farid Zabir
5. M.Azlin bt. Sajadi
6. Suraya Aiani bt.Jumari
7. Datin Hjh. Saodah bt. Malik
8. Hjh. Zalina bt. Mashod
9. Hamimah bt.Samsuri
10. Amirulazmi @ Murali Supuan
11. Azmi Hashim
12. Agus Salim Samsuri
13. Surianim Satari
14. Rafidah Damirin
15. Jubaidah Mashod
16. Zahirudi Sajadi (Kudut@Rudy@BEE@siam)
17. Atan Samat (S.Atan)
18. Suhaimi Yusof
19. Mohd.Aris Hj.Sahid
20. Mohd.Hairi Abd.Ghani
21. Khamizan Hamdin
22. Ainor Fateha Basuki
23. Ahmad Afiq A.Rahim
24. Fahim Hafidzi
KUMPULAN 2
1. Hj. Kamad Bajuri
2. Datin Hjh. Sabariah Zainudin
3. Masripah Bajuri
4. Sulasmiwati Satari
5. Mariam Kamad
6. Hishamudin Abd.Rashid
7. Azwar Mustaffa Supuan
8. Shaharim Satari
9. Shaikh Mohamad Imran
10. Sarah Kamad
11. Dr.Suhaila Omar
12. Munawirah Samsuri
13. Mohamed Nazree Shah
14. Ismail Shah Hamzah
15. Fariza Ariffah Zabir
16. Halimaton Kasran
17. Mohd Hefny
18. Maznah Jukari
19. Linawati ismail
20. Norazrimahton
21. Arizan Mohamad
22. Nabhan Naqiuddin S.Atan
23. Zairi Yasmin Sihabudin
24. Hafizul Haziq
25. Amira Adlin A.Rahim
KUMPULAN 3
1. Hjh. Munjiah Bajuri
2. Juariana Samsuri
3. Sihabudin Sajadi
4. Siaful Hasbullah Jumari (Cempong)
5. Tom Malawati Mashod
6. Suhaila Samsuri
7. Hj. Fathulmubin Sajadi
8. Mohd.Ikram Basri
9. Naz Azwa Supuan
10. Aizun Nizar Mashod
11. Azhan Mashod
12. A.Suandi Kamad (Berrrr…..)
13. Ariff Firdaus Zabir
14. Idham Khalid Samsuri
15. Norliza Suleiman
16. Hjh. Norhanim Kasim
17. Rosli Ismail (Abe)
18. Salasiah Said
19. Umar Abd. Wahab
20. Zubaidah Kamad
21. Mohd.Bakar Hariyanto (MBH)
22. Ahmad Azim A.Rahim
23. Ainul Afiqah
24. Nabila Nurr S.Atan
25. Muhammad Syafiq Shamshul Ariffin
KUMPULAN 4
1. Dato’ Dr.Hj. Zabir Bajuri
2. Hjh.Sumiyati Muridan
3. Hjh. Siti Saerah Yatim
4. Emilia Basri
5. Hamid Asanar
6. Farah Adriza Zabir
7. Zaleha Kamad
8. Khairol Baroyah Sajadi
9. Rozlinda Samsuri
10. Bilal iLhan
11. Suraili Satari
12. Hj. Zawalajam Mashod
13. Hjh. Zawiah Kamad
14. Yeemeeta Mohd.Khairi
15. A.Rahim Aziz
16. Sabrina Sajadi
17. Abd.Malik Syarif
18. Asliari Hj. Tamid
19. Muhamed Rizal Mustafa
20. Azila Hashim
21. Fahim Hafifi
22. Has Hamezzaid Hamid (HHH)
23. Hafizul Hakim
24. Ahmad Akil
25. Nabiha Nurr S.Atan
KANAK-KANAK
KUMPULAN 1
1. Ahmad Alif A.Rahim
2. Amni Filzah
3. Ahmad Afif
4. Elisa Shafina
5. Qisrina Karmila
6. Faiq Adnan
7. Arif Afif
8. Ammar Husaini
9. Amir Haikal
10. Fuad Ainuddin.
11. Mohd.Shareeq Iqbal
12. Nur Irdina Zahirah
13. Airil Luqman
KUMPULAN 2
1. Zunurain Mubarak
2. Elia Natasha
3. Freida
4. Qistina Khadijah
5. Muhammad Shuhail
6. Nur athirah
7. Muhammad Imran
8. Amira Alia
9. Fikry Aminuddin
10. Suri Batrisha
11. Shaikh Ahmad Firzan
12. Aryssa Fateha
KUMPULAN 3
1. Tareeq Eizwan
2. Ahmad Abid
3. Fahim Haftri
4. Softiana Aishah
5. Siti Syarafina
6. Nur Asyiqin
7. Faaris Aqil
8. Has Rauhah Zahirah
9. Fahmi Izzudin
10. Shaikh Irfan Zikry
12. Aqif Farhan
KUMPULAN 4
1. Husna Fazira
2. Wardah
3. Fahdah Nur
4. Softia Umairah
5. Siti Sarah
6. Nur Syakila
7. Mohd.Aiman Irfan
8. Has Hamezzakwan
9. Anis Adriana
10. Muhammad Amal Hamdhy
11. Asfa Hazirah
12. Shaikh Izzubair
13. Ariff Farhad
Kumpulan tersebut di atas masih belum bernama. Ahli kumpulan sila mula memikirkan nama yang sesuaiii untuk kumpulan anda.
Tuesday, December 22, 2009
Undangan Majlis Perkahwinan & Pertunangan
UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN
Dengan besar hati Paman Wan & Ucu Pah ingin menjemput seluruh warga AB hadir ke majlis perkahwinan anak sulong kami Azwar Mustaffa Supuan dengan pasangannya Haleena Hj Bujang serta Majlis pertunangan Naz Azwa Supuan
Sunday, December 20, 2009
Alhamdulillah...
Sedar tak sedar,sudah 50 tahun usia perkahwinan mereka ini ye.Alhamdulillah,BAHAGIA hingga ke anak cucu..keintiman pasanga ini memang tidak dapat dinafikan..
Majlis berlangsung jam 2.00 hingga 5.00 petang.alhamdulillah juga cuaca amat mengizinkan,selain dari aku sekeluarga,dari pihak Al-Bajuri,E'pong dan isterinya juga turut hadir.
Ramai juga kenalan dan sahabat handai kedua-dua pasangan yang diraikan ini hadir.Menu pun banyak..Pada majlis ini juga,Embah Mail sempat bercerita tentang sejarah detik-detik manis berkenalan dengan Embah Gayah..
Dikesempatan ini,sempat juga aku merakamkan foto-foto untuk tatapan kita bersama.
Kepada Embah Mail dan Embah Gayah,Selamat menyambut ulangtahun yang ke 50 tahun aku ucapkan..
Saturday, December 12, 2009
MAKLUMAN dan ATURCARA HARI KELUARGA
Salam,bagi pihak AJK sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri 2009,berikut disertakan makluman dan aturcara sepanjang berlangsungnya majlis untuk panduan dan tindakan kita bersama,
Friday, December 11, 2009
perjalanan ku-malaysia ke madinah (02)
Thursday, December 10, 2009
perjalanan ku-malaysia ke madinah (01)
Kali ni penulisan aku hanya sekitar cerita perjalanan musafir selama 45 hari aku merantau serta mengabdikan diri kepada Dia yang satu.
Mudah-mudahan paparan aku,serba sedikit dapat ku kongsi bersama dengan kalian.Maklumlah,entah bila lagi aku akan dapat ke sana.Tapi,azam aku,pasti suatu hari akan ku jejakkan kaki bersama anak serta isteriku..InsyaAllah.
Tanggal 23hb Oktober 2009 (Jumaat),maka perjalanan musafir aku bermulalah..Di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya,maka berkumpulah seluruh jemaah Haji Malaysia,KT15.Ramainya..Hujan mengiringi perjalanan ku ke sana.Hujan rahmat.Adik-beradik serta sahabat handai aku,turut serta menghantar ku ke sana,jutaan terima kasih aku ucapkan.Pilu,sebak serta bermacam-macam jenis perasaan ada pada ketika itu,namun aku cuba tenangkan hati,beristighfar banyak-banyak.Niat aku cuba tanamkan sepadu-padunya,iaitu aku nak buat ibadah Haji!
Jam 9.30 malam,perhhh!!saat-saat berpisah ni yang buat aku cair..Namun aku kembali kepada niat asal aku tadi,aku lawan dan terus lawan.Kita nak buat perkara baik ni bukannya senang..SYAITAN dan IBLIS tu tugasnya asyik nak mengganggu manusia aje....Jam 12.00 malam,jemaah haji telah diiringi oleh pihak PDRM menuju ke KLIA..Terima kasih PDRM!20 buah bas kesemuanya..Setibanya di KLIA,pesawat milik Kerajaan Arab Saudi,telah menunggu kami untuk diterbangkan ke Madinah..Alhamdulillah,jam 1:15 pagi,kami berlepas.Perjalanan mengambil masa sekitar 8 jam.
Tiba di Lapangan Terbang di Madinah,terus bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu'.Sempat lagi..Maklumlah masanya kena tolak 5 jam dari waktu di Malaysia.Selepas solat,kena tunggu lagi 3-4 jam.Nak kemana-mana pun tak boleh.Urusan pasport belum settle lagi..Jadi,bacalah apa yang patut.
Setelah segala urusan selesai,bas telah sedia menanti kami untuk dibawa ke tempat penginapan kami di Kota Madinah,masa ni,emak,ina dan Kak wan telah terpisah dari jagaan aku,oleh kerana masa urusan pasport tadi lelaki dan wanita telah diasingkan,jadi mereka telah selesai awal.Untuk makluman,kami di Madinah kira-kira 8 hari,nak dapatkan solat 40 waktu..sabda Rasulullah saw (riwayat Ahmad dan Thabrani) yang bermaksud; "Sesiapa yang solat dimasjidku 40 waktu TANPA luput 1 waktu pun,nescaya akan dibebaskan dari neraka,dibebaskan dari azab seksa dan dibebaskan dari sifat munafik"MasyaAllah....Renung-renungkanlah
aku terus bergegas ke bilik,Alhamdulillah,selesa betul.Aku bertuah kerana sebilik dengan mantan Imam Masjid Wilayah,Ybhg.Dato'Kamaruddin....Rehat jap..nak turun lepas tu nak turun bawah cari ahli keluarga dan nak ke Masjid Nabawi yang terletak 20 meter je..