Wednesday, December 31, 2008

Perutusan Tahun Baru YDP


Salam warga AB...

Semoga tahun baru 1430H & 2009 lebih bermakna dari tahun lalu. Tingkatkan amalan & ketakwaan. Rebut peluang di depan mata, jangan jadi orang lain pula meraih faedah dari usaha kita. Ambil aktibar dan contohi kejayaan ahlikita untuk achievement kita pula. Jadilah insan yang luhur, pemaaf dan hargai sumbangan orang lain.

Bersihkan serta lapang dada untuk terima teguran dan nasihat yang membina.

Selamat tahun baru.

Salam & maaf ;
Paman Zabir & family

ps : chumeells x 'logo new year'??? (yg ni bukan sebahagian dari perutusan ek)... hehheheheee

Palestine Relief Fund

“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh

Pertama sekali maaf, tetapi izinkanlah saya mengambil ruang ini sedikit untuk cuba membantu keluarga/saudara Islam kita di Palestin. InshaAllah luangkan masa sedikit :)

Palestine Relief Fund

MERCY Malaysia appeals to the public to donate to the PALESTINE RELIEF FUND

MERCY Malaysia has initiated an emergency response assessment team on the 30th December 2008 to Egypt in response to the humanitarian crisis resulting from the Israeli attacks on the Gaza Strip, which has killed more than 300 people and wounded more than 1,500 people.

The team, aimed at conducting a rapid assessment of the humanitarian needs, will be led by MERCY Malaysia President Datuk Dr. Jemilah Mahmood and EXCO Member Norazam Ab Samah.

We appeal to concerned Malaysians to send in cash donations.

MERCY Malaysia's basis of assistance to the beneficiaries relies on the support and generosity of individuals such as you to contribute to the PALESTINE RELIEF FUND.

It will support our efforts to procure emergency surgical kits, additional medicine and hospital equipment which will be channeled to the affected communities in Gaza.

PALESTINE RELIEF FUND

Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053

Dalam pada kita bergembira menyambut tahun baru (1430H / 2009) , saudara Islam kita di Palestin menghadapi kepayahan yang amat sangat. Saya menyeru keluarga AB sekalian untuk memanjatkan doa serta jika boleh, solat hajat untuk menyelamatkan umat Islam di sana dari terus disiksa oleh Israel. Saya juga mengalu-alukan sekiranya ada warga AB yang berkemampuan menderma untuk menyokong usaha MERCY Malaysia yang akan ke Gaza pada malam ini untuk tujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Semoga Allah membantu umat Islam di seluruh dunia dari terus sengsara! Fi amanillah.

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

Hijrah means migration

The Hijrah refers to the Prophet's migration from Mecca to Madinah. This journey took place in the twelfth year of his mission (622 C.E.). This is the beginning of the Muslim calendar. The word hijrah means to leave a place to seek sancturary or freedom from persecution or freedom of religion or any other purpose. Hijrah can also mean to leave a bad way of life for a good or more righteous way.

~Salam Maal Hijrah 1430H
kepada semua Warga Al-Bajuri~


ps : Rasa seronok sgt dapat baca doa akhir & awal tahun secara berjemaah beramai-ramai, tambahan lagi diimamkan oleh YDP...

Hari Keluarga Al-Bajuri yang ke-34





Ok, let's have a brief review of yesterday's event shall we? :)

Bismillahirrahmanir rahim, alhamdulillah kita telah dapat meraikan hari keluarga al-Bajuri buat kali ke 34 dan yang lebih besar, meraikan kedatangan tahun baru Hijrah 1430 dengan penuh syahdu dan keinsafan bersama². Rasanya bukan saya seorang rasa begitu.:)

Alhamdulillah, Hari Keluarga AB dimulakan dengan sedikit ucapan dari pemangku Presiden AB, Abang Achon (Shamshul Ariffin Mashod) yang tanpanya, pasti perjalanan Hari Keluarga AB ini tidak akan selancar semalam.

YDP AB, Dato' Dr Hj Zabir kemudian melangkah masuk gelanggang memberikan kata-kata perangsang kepada seluruh warga AB dan seterusnya merasmikan pembukaan Hari Keluarga AB.
Slot berikutnya merupakan sesi Anugerah Kecemerlangan Akademik. Piala pusingan jatuh ke tangan Dr. Azmil Farid Zabir dan Has Hamezzaid yang kemudiannya berkongsi petua kejayaan mereka. Menurut Dr. Azmil, petua yang beliau amalkan adalah usaha, istiqamah dan yang penting doa restu ibu bapa. InshaAllah kami akan berusaha seperti anda.:)
Sesi motivasi Abang Hamid berdasarkan pesanan Luqman Hakim terhadap anaknya benar² berkesan. Diharap abang Hamid terus cemerlang dalam dunia motivasi dan penulisan. (Gambar di bawah ini tidak melambangkan sesi motivasi beliau, lukisan tersebut merupakan hasil bingkisan kumpulan Ayam Brand. yeah!:) )

Hari ini badan terasa penat. Suka duka seharian bersama, penat lelah bersukaneka masih lagi terasa. Mana tidaknya, mencabar betul permainan² yang dimastermind'kan oleh Kak Yam (Mariam Kamad) dan pembantunya Awok (Naz Azwa). Tak kurang hebatnya juga permainan kanak² kelolaan trio Shah Alam; Mak Ude (Fariza Zabir) , Kak Farah dan Kak Emi.



Tambah menarik Hari Keluarga merupakan 'jumble sale' tajaan YDP sendiri yang merelakan samping-samping, kasut-kasut dan baju²nya dijual dengan harga yang sangat ekonomikal. Wang perolehan akan disalurkan ke tabung AB. Cukup seronok!:)


Pada sebelah malam,setelah solat maghrib berjemaah , kita dihidangkan dengan nasi ambeng yang enak mbangeti. (Aryssa kata 'Yummy yummy' sambil menjilat jari makan serunding) . Setelah itu , kita juga dihidangkan dengan memori warga AB yang telah kembali ke rahmatullah yang dipaparkan menerusi slide show. Dan seterusnya perkongsian lambaian Baitullah oleh presiden AB, Abang Intan (Fathulmubin Sajadi) betul-betul memanggil untuk kami ke sana. InshaAllah bila ada rezeki ! Sesi nashid kanak² AB bimbingan Kak Ijot (Zawiyah Kamad) memang menenangkan hati semua yang mendengar..InshaAllah jadi anak soleh / solehah bila besar. :)

Sesi berkenalan bersama ahli baru AB, tidak dapat saya tunjukkan di sini( tak keluarkan kamera, maaf). Tetapi yang penting , seluruh warga AB mengalu²kan kehadiran Kak Arizan, pasangan Agus (dan baby inshaAllah) serta saudara Aris Hj Sahid (suami kak Aizun). Kami minta maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang perkenalan dan gurau senda yang mungkin mengguris .. Harapnya takdelah:) Semoga ikatan keluarga yang terjalin bertambah erat inshaAllah..

Itu sahaja laporan bergambar saya. Credits to Kak Emi yang rajin ambil gambar semalam!:) Dan juga, Terima kasih yang tak terhingga seluruh warga AB kepada Wak Mon, Epong dan Aya selaku tuan rumah berjaya untuk Hari Keluarga AB yang ke-34! We love your emper ;)

(Gadis-gadis , Mak-mak gadis Melayu/Jawa manis mengenakan batik) ;)

Friday, December 26, 2008

Lunch @ Lot 10, Jalan Berlian 7/1A

Sambungan kepada post sebelum ini, berikut adalah gambar2 drpd camera Jln. Berlian.. Harap maaf gambar tak banyak !Anak2 dara pingitan Athirah, Asyikin, Idina & Arisya..

Irfan x 2..


Pengantin baru !

Gorgeous moms (plus gorgeous babies) !! heheK.Aizun sebagai seorang ibu ! :)



Thursday, December 25, 2008

Luncheon bersama tamu dari Borneo

Dato' Hj Zabir serta keluarga telah mengatur satu jumuan makan tengah hari (luncheon) di kediaman mereka di Jalan Berlian, Shah Alam untuk meraikan tetamu dari Sabah dan Sarawak :

Dari Sabah:
- En. Asliari
- Puan Tom Malawati Mashod (Kak Atie)
- Nur Asyikin
- Nur Athirah
- Aiman Irfan

Dari Kuching, Sarawak :
- Pn. Dayang Miyachi ( Nenda Pn. Linawati)
- Mak Oat
- Jay

serta meraikan pengantin baru :) Pn. Aizun Nizar Mashod & En. Mohamad Aris bin Hj. Sahid

Ini bukan tamu dari Kuching, tapi mereka dilahirkan disana... LOL...
Faaiq Adnan & Faaris Aqeel...

Dari Kuching : Mak Oat (kanan) & Nenek

Pn. Aizun, Syikin & Athirah...

Abg Aris, Arissa & Kak June...

Kak Atie & Abg As...

Menu of the day :
Nasi Kerabu Kak Ros yang maha karya sedap...

Note :
Penulis ingin memohon maaf jika ada terdapat kesilapan pada ejaan nama & tak banyak amek pics coz camera battery running low LOL... Sebagai Alternatif, kita tunggu sahaja dari camera Jalan Berlian... :)


Monday, December 22, 2008

SAMBUTAN HARI KELUARGA AL-BAJURI KE-34( 2008 )

Tarikh : 28hb. Disember 2008 ( 30 Zulhijjah 1429 ) -Ahad

Tempat : Rumah Wak Mun, Olak Lempit


Aturcara:

7.30 pagi ~ ZIARAH KUBUR
- membersihkan kubur keluarga
- bertahlil dan doa diketuai oleh YDP

8.30 pagi ~ SARAPAN
- di rumah Wak Mun

9.00 pagi ~ UPACARA PERASMIAN
- nyanyian beramai-ramai lagu Al-Bajuri
- ucapan Pemangku Pengerusi G2
- ucapan dan perasmian oleh YDP

9.30 pagi ~ ACARA KANAK-KANAK
- kelolaan dan kendalian oleh Pn. Farah Adriza, Sdri Ifa dan Pn. Emilia

~ CERAMAH MOTIVASI
- penyampai Sdr. Hamid

12.tghari ~ MAKAN TENGAHARI

1.30 ptg ~ SOLAT DZOHOR
- Imam G2

2.00 ptg ~ ACARA BERKUMPULAN
- kelolaan dan kendalian Pn. Yam

4.00 ptg ~ MINUM PETANG

4.30 ptg ~ SOLAT ASAR
- Imam G2

5.00 ptg ~ AKTIVITI SUKAN
- bola tampar / futsal

6.30 ptg ~ REHAT

7.15 ptg ~ SOLAT MAGHRIB
- Imam G2
- doa Awal Muharram diketuai oleh YDZ
- Bertahlil dan doa

8.30 mlm ~ SOLAT ISYA’
- Imam G2

9.00 mlm ~ MAKAM MALAM

9.30 mlm ~ ACARA KELUARGA
- Tayangan slide oleh Sdr. Achon
- Nyanyian nasyid kanak-kanak
- Anugerah Kecermerlangan oleh Yayasan DZB
- “Salam Kaabah” - bersama Tn. Hj. Fathul Mubin

10.00 mlm ~ ACARA PENUTUP
- Ucapan penutup YDP

11.00 mlm ~ BERKEMAS DAN BERSURAI



Nota :

~ Setiap keluarga besar (9 keluarga) dikehendaki menyediakan satu (1) hadiah sumbangan manakala ahli-ahli lain yang ingin menyumbang adalah dialu-alukan

~ Pakaian rasmi waktu malam :

Lelaki : Baju Melayu + berkain pelekat

Perempuan : Baju kurong + berkain batik

~ Achon ~

TERIMA KASIH

Bagi pihak - keluarga Allahyarham Mashod Bajuri (Wak Nuk)& Puan Mariamah Hj. Abd. Kadir (Mak Ngah), kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan/Haji/Hajjah ke majlis kami tempoh hari (21-Dec.-2008):

Majlis pertama - pagi:
Marhaban / berzanji & cukur jambul untuk Faaiq Adnan bin Azhan

Majlis Kedua - petang:
Akad nikah / walimatul urus : Pn. Aizun Nizar Mashod & En. Mohamad Aris bin Hj. Sahid

Kehadiran ahli keluarga, rakan taulan amatlah bermakna, dan telah memeriahkan lagi majlis2 tersebut.

Terima kasih juga diatas segala sumbangan yang telah diberikan. Semoga Allah memberkati / redha usaha murni kita.

Terima kasih.

Wednesday, December 17, 2008

MAJLIS AKAD NIKAH & WALIMATUL-URUS

Assalamualaikum w.b.t., Sukacita dimaklumkan untuk kesekian kalinya Mak Ngah ( Pn. Mariamah bt. Hj. Abd. Kadir ) dan kami seisi keluarga menjemput kesemua warga Al-Bajuri hadir ke majlis akad nikah & walimatul-urus anak perempuan beliau, Cik Aizun Nizar @ Maslimah bt. Mashod dengan pasangannya En. Mohamad Aris bin Hj. Sahid yang telah dilangsungkan majlis pertunangan mereka pada 11hb. Oktober 2008 yang lalu pada hari dan tarikh seperti berikut:


Tarikh :
21hb. Disember 2008 ( Ahad )
( 23 Zulhijjah 1429 )


Tempat :
T 179, Jalan Anggerik,
Taman Sri Telok Datok,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan


Agenda :
2.00 ptg – Majlis Akad Nikah
2.00ptg – 4ptg- Jamuan Makan

Semoga dengan kehadiran semua warga Al-Bajuri nanti dapat sama-sama memberikan keberkatan dan memeriahkan lagi majlis berkenaan insya Allah. Sekian, terima kasih.

-Achon

Saturday, December 13, 2008

Kepulangan keluarga dari Sabah

Puan Tom Malawati (Kak Ati), En. Asliari (Abg. As) serta anak2 : Ashiqin, Athirah & Aiman akan pulang bercuti ke Malaya dari 14~28 Dec. 2008.

Tentunya Mak Ngah adalah orang yang paling gembira dikelilingi cucu2 dari Borneo ini, disamping cucu2 lain dari semenanjung. Menu utama untuk santapan cucu2 - Udang!

Untuk up-date (supaya tak terkezut), anak2 mereka sudah meningkat dewasa. Iqin = Form 3 (SM Sains labuan), Irah = Form 1 (MRSM Tawau) & Aiman = Tahun 5.

Dan jangan terkezut jugak, mereka berlima (Iqin, Irah, Aiman, Faaris & Faaiq) akan berkominikasi dalam bahasa yang jarang2 kita dengar!

Friday, December 12, 2008

QURBAN 2008_By Achon

AKTIVITI AL-BAJURI 2008

(due to internet security & limitation, photos are unable to be downloaded)

10 Zulhijjah 1429 ( 8hb. Disember 2008 ) tepat pukul 10.10 pagi maka tertunailah hajat dan niat Yg Bhg. Dato Dr. Hj.Zabir bin Bajuri dan keluarganya untuk melakukan ibadah qurban untuk tahun ini. Lembu qurban yang pada awalnya dijangka akan meragam dan sukar untuk dikendalikani bertindak sebaliknya seakan mengerti akan keikhlasan tuan yang empunya hajat dan niat. Ianya amat senang diuruskan seawal ketibaannya hinggalah ke upacara qurban dilaksanakan. Alhamdulillah…

Biarpun cuaca hujan seawal subuh dan kehadiran ahli-ahli yang tidak berapa menggalakkan namun acara tetap dijalankan seperti yang telah dirancang. Itulah suatu pengalaman berharga yang tidak akan dilupakan. Kalau sebelum ini saya sekadar penonton tetapi hari itu tidak lagi. Terasa sayu bila Dato Zabir melafazkan niat qurbannya, Dr. Azmil sayup-sayup bertakbir raya dan seterusnya sama-sama melaungkan kalimah takbir dikala acara penyembelihan qurban dilaksanakan. Memang terasa kelainannya dari segi semangat dan perasaan yang datang ke dalam diri. Itulah natijah ibadah QURBANi!!!



Nak dipendekkan cerita, saya mewakili ahli-ahli Al-Bajuri ammya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Dr Hj Zabir dan keluarga kerana sumbangan besar beliau untuk menjayakan aktiviti berkenaan. Tanpa keizinan dan restunya sudah pasti aktiviti berkenaan tidak akan dapat dilakukan. Kepada ahli-ahli yang bertungkus lumus untuk menjayakan aktiviti pada hari tersebut terutama kepada tunggak utamanya Paman Safuan, Sdr. Ayem, Sdr. Adi, Sdr. Atan , Sdr. Mamat dan ahli-ahli /crew-crew lain terima kasih yang tidak terhingga. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli lain yang tidak berkesempatan untuk turut sama terima kasih di atas sokongan anda.


Wassalam


SHAMSHUL ARIFFIN HJ. MASHOOD ( ACHON )

Thursday, December 11, 2008

Aidiladha 2008
















(Pengendali laman blog telah meminta saya untuk membuat laporan mengenai aktiviti terkini Al-Bajuri sempena Hari Raya Aidiladha yang baru lepas. Maaf akibat kelewatan)

Tanggal 8.12.2008 melakar suatu kenangan istimewa buat warga Al-Bajuri kerana satu lagi sejarah tercatat dalam kalender aktiviti kita iaitu aktiviti Qurban sempena Aidiladha. Dalam pada ketiadaan Pengerusi G2 kerana menyambut seruan Haji, tanggungjawab berat beliau dipikul dengan penuh dedikasi oleh Sdr Achon.

(Cadangan untuk membius lembu sebelum qurban ditolak)

Hujan lebat sepanjang hari ternyata tidak meluntur semangat para ahli yang terlibat. Seekor lembu selamat diqurban (feat: A. Suwandi) dan disempurnakan pengagihannya. Terima kasih kepada Paman Wan atas pengemudian tugasan mencabar tersebut.

Berlaku insiden kecil luka-luka terhiris pisau sendiri. Mungkin kesejukan akibat hujan menyebabkan berlaku numbness (kebas) pada jari-jarian gemalai yang tidak biasa melapah, tetapi masih bersemangat kental untuk menyambut amanah yang diberi.

Alhamdulillah, berkat iltizam dan kesepakatan semua yang terlibat, projek ini terlaksana dengan sempurna.

Monday, December 1, 2008

Lawatan Keluarga dari Kuching

Dari 29/11/2008 sehingga 03/01/2009, keluarga dari Kuching - nenek (Dayang Miyachi), Mak Oat dan Jai berada di Malaya untuk menjaga cicit / cucu mereka - Faaris Aqeel & Faaiq Adnan.

Untuk minggu pertama, mereka akan menetap di Subang Suria. Minggu2 seterusnya, sudah ada perancangan tetapi belum ditetapkan lagi.

Insyaallah, jika ada kelapangan, kami akan membawa mereka 'ngabas'(ziarah) keluarga2 di sini.

Sepanjang lawatan, kami rakamkan aktiviti mereka dan akan di VCDkan kelak untuk tatapan keluarga di Kuching.