Saturday, February 16, 2008

Ahli Baru

Email from Abg Acon :

Hello Emy.....

Baru hari ni abang dapat browse albajuri.blogspot... selama ni tak de masa yang terluang tapi entah macam mana tiba-tiba teringat nak browse. Anyway tahniah pada Emy dan agak teruja juga abang rasanya.

Since then, abang cuma nak buat announcement kat semua keluarga al-bajuri yang keluarga abang kini dah tambah ahli baru.

Jangan terkejut dan tertanya-tanya bila pulak kak Sal mengandung dan bersalin lagi... Sebenarnya kami dah ambil seorang anak angkat perempuan yang juga merupakan anak saudara kepada kak Sal dari kampungnya di Perak. Beliau anak yatim piatu sejak berusia lingkungan 3 tahun dan sekarang dah berusia 16 tahun.

Namanya Nur Syakila bt. Sabri dan kini menetap dan bersekolah di Puchong. Alhamdulillah semua ahli keluarga kami menerimanya... Cuma agak kekok sikit mulanya bila dia panggil kami "Ayah" dan "Ummi" sebab sebelum ni "Pakcik" dan "Makcik".

Hasrat kami ialah untuk bagi dia peluang yang terbaik mungkin sama macam kami berikan pada anak-anak kami terutamanya dari segi keadaan hidup dan pelajarannya berbanding sebelum ini. Harap-harap dia akan berjaya.....Insya Allah.

Oklah...sekian dahulu untuk makluman semua.

Wasalam.

SHAMSHUL ARIFFIN MASHOOD ( ACON )
h/p : 013-3696 702

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah Acon. kami akan menyokong usaha2 murni / ibadah tsbt. so cucu mak skrg dah jadi 12, nak masuk 13 july ni.

azhan