Tempat cadangan :
Sungai Lepoh, Hulu Langat (2km sebelum Pangsun)Kemudahan : Tapak khemah, 5 buah chalet, tempat bbq, kedai makan, kolam pancing, tandas, sungai untuk mandi dan karaoke (optional)
Tarikh cadangan : sekitar hujung minggu bulan April
Suhu : siang 29 C, malam 16C, selimut dan baju sejuk dicadangkan
Dicadangkan chalet dikhaskan untuk G1 yang akan join, yang muda2 kita pacaklah khemah. Makanan boleh oder kat kedai tokey chalet @ kita pot lak.
Tangga untuk ke chalet dan sungai
Kedudukan chalet yang mengadap sungai
Sungai yang diempang, sesuai dan selamat untuk kanak-kanak berendam
Malam pun boleh mandi......
Juge mesra warga emas...
Memancing/menjala dibenarkan secara percuma... tapi dapat ikan kena timbang, sekilo 8 rial... talapia, tongsan dan haruan bodoh boleh di bbqkan disitu juga. Pancing tidak disediakan
dan mesra untuk para ibu menganyam ketupat......
Ini merupakan satu cadangan dan akan dibawa ke meja mesyuarat selepas pembentukan kabinet baru kelak...