Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

cepat sebelum terlewat....

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat kita yea…

Jika berpuasa amalan kita direct terus pada Allah…

tapi jika bersolat ada “Posmen” pula untuk hantar

amalan kita pada Allah….

Kisahnya….

Setiap kita ada malaikat…

Malaikat yang hantar amalan solat kita pada Allah.

Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga. ..

Jika solat di awal waktu, Tolnya “free”… Tiada sekatan tol… Tiada “jem”…
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah… untuk dinilaikan….

Tapi Jika solat di akhir waktu, Tol free juga… Tapi sekatannya… MasyaAllah….

Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita… Kenapa lewat poskan
amalan kita… Merayu-rayu posmen malaikat kita… Minta diberi laluan…

Tetapi… Penjaga langit pertama tidak heran… Dicampakkan amalan lewat solat tadi ke bumi. Maka. Jatuh berderai….

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita…. Satu persatu dikutip….

Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua.

Dilangit kedua….. Samalah juga…. Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan… Merayu lagi posmen kita. Tapi masih tidak dipedulikannya…

Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi jatuh berderai lagi….
Dikutip satu persatu amalan kita… Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Allah…

Dilangit ketiga… Laaaa…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita….

Kenapa lewat hantar amalan tersebut…. Tiada kompromi… Terus dibaling amalan kita… Jatuh berderai amalan kita…. Tak ade nilai…. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi… Maka, Tak sampailah amalan kita kepada Allah…
Seolah-olah kita tak solat juga…

Maka…. bersedialah kita menerima pembalasannya….

Tak di dunia di akhirat pula….

Hilang duit…. Hati risau…
Tender ditolak…. Ujian bertimpa-timpa….Ishhhh….

Tak berbaloikan kita buat amal…. Tapi tak sampai….
Dahlah tu…Tak de nilai….. Kena azab lagi nanti….

Ya Allah !!!Ampunkan kami kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami, suka solat di
awal waktu. Gentarkan hati kami selagi kami tak segerakan…
Biarlah kami gentar di dunia… Agar kami tidak gentar lagi di hari akhirat..

Ameen….

Saturday, September 20, 2008

Tazkirah Ramadhan by Dato' Zabir

Salam Semua warga Albajuri.

Kita akan memasukki 10 mlm terakhir Ramadhan. Akan hadir Malam Al Qadar. Dijangka malam 21 dan malam 27 Ramadhan. Semoga lipat gandakan ibadat dari maghrib to subuh.

Banyakkan doa mohon redha Allah utuk masuk syurga. Lakukan sembahyang sunat tasbih, hajat, witir, selain terawikh.

Selamat beribadat.

Tuesday, August 26, 2008

Tazkirah Senin 26 - by Dato' Zabir


Salam semua warga Al-Bajuri.

Ramadhan Al-Mubarak akan menjelang minggu depan. Bulan yang dinanti-nantikan kedatangannya.

Marilah kita bersama mempersiapkan diri, jasad & rohani kita, agar Ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna kepada diri dan keluarga kita. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja.

Berubahlah agar ibadat kita sempurna zahir & batin, mengikut hukum & dilaksanakan dengan penuh ketaqwaan kepada ALLAH serta penuh harapan agar ALLAH ampunkan dosa kita & menerima amal ibadat kita.

Selamat berpuasa, bertarawikh , bertadarus & beramal bersama keluarga.

- Paman Zabir

Monday, August 11, 2008

Tazkirah Senin 25 - by Dato' Zabir

Salam. Tazkirah kali ini untuk renungan.

Ada empat perkara dianggap sebagai IBU :

1. Ibu dari segala ubat ialah sedikit makan

2. Ibu dari segala adab ialah sedikit berbicara

3. Ibu dari segala ibadah adalah takut buat dosa

4. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar

Semoga ada manfaatnya

- Paman Zabir

Monday, August 4, 2008

Tazkirah Senin 24 - by Dato' Zabir

Jauhkan diri kamu daripada dengki, kerana dengki itu memakan segala amalan kebajikan seperti api memakan kayu-kayu.

- Riwayat Abu Daud


Never look at what you have lost, always look at what you have got.

- Salam buat warga Al-Bajuri

Monday, July 28, 2008

Tazkirah Senin 23 - by Dato' Zabir

Salam untuk semua. Semoga tazkirah mingguan ini tidak menjemukan anda yang membacanya.

ISLAM adalah agama yang mudah dan indah.

Apa jua yang kita lakukan seharian begitu indah dan menyoronokkan, namun ia hendaklah mengikut hukum-hukum dan peraturan tertentu.

Umpamanya kita boleh makan dan minum, tapi mestilah barang yang baik, halal dan tak berlebihan.

Kita boleh berhibur, tapi mestilah tak melalaikan dan tak bermaksiat.

Kita boleh cari harta kekayaan, tetapi mesti halal, bayar zakat,dan bantu orang yang perlu bantuan.

Kita diwajibkan tuntut ilmu, tapi mestilah untuk kebajikan dan ummah dan Allah, bukan untuk kerosakkan.

Dan banyak lagi. Agar kita ambil iktibar.

- Paman Zabir

Monday, July 21, 2008

Tazkirah Senin 22 - by Dato' Zabir

Tazkirah kali ini lain sikit :

NEVER ASK THINGS TO BE EASIER,

ALWAYS ASK YOURSELF TO BE BETTER

- DZB

Saturday, July 12, 2008

Tazkirah Rejab

Sorry lambat tazkirah...

Amal ibadat yang paling utama dan besar ganjarannya ialah berpuasa sunat.

Antaranya kalau puasa sehari diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun & diberi pahala seperti beribadat seumur hidup.

Kalau 3 hari akan dibinakan benteng menghalang masuk neraka dan kalau 20 hari, diampunkan dosa-dosa lalu.

Juga digalakkan solat sunat Rejab, tasbih, tahajjud, witir dll.

Banyakkan istighfar, berzikir dan berselawat selain berdoa dan membaca Al-Quran.

Semoga dapat diamalkan dan tekad agar Rejab tahun ini lebih baik dari tahun lalu.

-Salam, DZB-

Sunday, June 22, 2008

Tazkirah Senin 21 - by Dato' Zabir

Ada tiga bentuk jiwa manusia :

1. Jiwa yang tenang :
iaitu jiwa yang tenang terhadap janji Allah, redha dengan Qada' dan Qadar, tak dukacita kalu terlepas dan tak sangat gembira apa yang dapat.

2. Jiwa yang setiasa perlu disedarkan

3. Jiwa yang sentiasa menyuruh melakukan kejahatan


- harap memberi manafaat
- DZB

Monday, June 16, 2008

Tazkirah Senin 20 - by Dato' Zabir

Antara petanda insan bahagia :

1. Zuhud di dunia dan berpengharapan di akhirat
2. Perihatin beribadat dan baca Al-Quran
3. Tidak banyak cakap kecuali yang perlu sahaja
4. Sentiasa solat lima waktu
5. Bersahabat dengan orang-orang soleh
6. Tawaduk dan tidak takbur
7. Memberi manafaat kepada orang lain
8. Pemurah
9. Belas ehsan
10. Ingat MATI

- harap memberi manafaat
- DZB

Tuesday, June 10, 2008

Tazkirah Senin 19- by Dato' Zabir

Salam semua warga Al-Bajuri,

Firstly nak cakap sorry sebab lama tak update blog... Bz skt la... And sorry coz tazkirah keluar lambat, atas sebab-sebab teknikal...

So, tazkirah mgu ni, lain sikit, kt buat dalam bentuk youtube :


Monday, June 2, 2008

Tazkirah Senin 18- by Dato' Zabir

Tazkirah bentuk pepatih pepatah :

Berlayar dengan bernakhoda,
berjalan dengan yang tahu,
berbicara dengan bijaksana...

Maknanya,
untuk berjaya dan selamat,
segala kerja kita mesti dipimpin oleh orang yang pakar dalam bidang yang berkaitan.

-DZB-

Sunday, May 25, 2008

Tazkirah Senin 17- by Dato' Zabir

Antara perkara yang bolah merosakkan hati :

1. Cakap-cakap yang berlebihan
2. Memandang secara berlebihan
3. Makan minum berlebihan
4. Bergaul secara berlebihan

Bagaimanapun, untuk menghidupkan hati, kita perlu :
1. Zikrullah dan baca Al-Quran
2. Istighrar atau mohon ampun pada Allah
3. Berdoa pada Allah
4. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
5. Qiyamullail
6. Berzuhud di dunia itu mengalihkan keinginan ke sesuatu yang lebih baik.

Semoga ada manafaatnya.

-DZB-

Monday, May 19, 2008

Tazkirah Senin 16- by Dato' Zabir

Antara kekangan yang menyukarkan laluan untuk capai perubahan diri ialah :

1. Hubungan dua hala Allah dan insan yang tidak stabil
2. Institusi keluarga yang tidak tenteram
3. Persekitaran kerja yang tidak sihat
4. Amalan pengurusan tidak beretika
5. Kurang keterikatan dengan agama dan moral

-DZB-

Monday, May 12, 2008

Tazkirah Senin 15- by Dato' Zabir

Nabi Muhammad SAW bersabda :

Orang Mukmin akan berdepan dengan 5 Cabaran ;

1. Orang Mukmin yang dengki dengannya
2. Kafir yang sentiasa ingin memusnahkannya
3. Orang munafik yang sentiasa membencinya
4. Syaitan yang sentiasa menyesatkannya
5. Jiwa yang sentiasa berkonflik dengannya

Tuesday, May 6, 2008

Tazkirah Senin 15 - by Dato' Zabir

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa kecil kamu dan akan akan memasukkan kamu ke tempat yang mulia, syurga.
-Surah An-Nisa- Ayat 31-

Sunday, April 27, 2008

Tazkirah Senin 14 - by Dato' Zabir

Orang yang hebat ialah orang yang banyak berzikir, banyak beribadat dan banyak berfikir.

-Imam Nawawi-

Monday, April 21, 2008

Tazkirah Senin 13 - by Dato' Zabir

Hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang dari segala yang buruk dan keji.

Mereka itulah orang yang berjaya.

-Ali Imran : ayat 104-

Monday, April 14, 2008

Tazkirah Senin 12 - by Dato' Zabir

Nabi Muhammad SAW bersabda :

Peliharalah Allah, neascaya Allah akan menjaga dirimu.

Peliharalah Allah, nescaya kau akanmendapatnya di hadapanmu.

Kenalilah Allah di waktu kamu senang, nescaya Allah mengenalimu pada waktu kesusahan.

-Riwayat Ibnu Abbas-

Monday, April 7, 2008

Tazkirah Senin 11 - by Dato' Zabir

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya
-Al-Baqarah- Ayat 286-