Sedarkah anda betapa pentingnya Solat Subuh berjemaah di dalam membina peribadi kehidupan masyarakat mukmin. Tonggak kekuatan ummah itu sendiri bermula dari Solat Subuh berjemaah. Sekiranya kita mengetahui betapa besarnya nilai solat ini kemudian kita saksikan ada orang yang meninggalkan solat subuh berjemaah di masjid maka kita akan mengetahui betapa besar musibah yang telah menimpa mereka.SabdaRasulullah SAW " sesungguhnya dua solat iaitu isyak dan subuh adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yana ada dalam solat subuh dan isyak maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." HR Ahmad dan An-Nasa'iGanjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim).Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. Sesungguhnya ini adalah ujian yang sukar, namun bukan sesuatu yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini iaitu bagi seorang lelaki adalah solat subuh secara rutin berjemaah.Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya." Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?
Friday, April 5, 2013
KENAPA PERLU MENYALAHKAN ORANG LAIN DALAM HAL INI???
Selalu sangat saya suka mencari salah orang lain atau salah perkara lain bila berlaku sesuatu keadaan yang tidak menyenangkan.
Kata mereka yang pakar dalam bidang motivasi, hal seperti ini bukan berlaku kepada saya seorang sahaja, malah ramai yang bersikap begitu.
Bila ramai yang bersikap begitu, bukan bermakna saya akan menganggap itu perkara normal dan membiarkannya sahaja. Sikap begitu adalah sikap mazmumah yang wajib bagi saya untuk tidak bersikap sebegitu lagi.
Sememangnya amat jarang seseorang itu menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku pada dirinya. Bukan salah saya!
Situasi yang dicatatkan di bawah adalah situasi biasa. Berlaku di sekitar kita. Mungkin berlaku pada kawan kita, saudara kita atau mungkin kita juga ada mengalaminya.
1 # Kereta kita berlanggar dengan kereta di hadapan. Kita meluru keluar dan marah-marah pada pemandunya, kenapa berhenti tiba-tiba?
Kita tidak marah pun pada diri sendiri, mengapa kita mengekori kereta di hadapan dengan jarak yang terlalu rapat?
2 # Kita mahu cepat ke destinasi yang dituju. Tapi kita terlewat sampai dan kita marah-marah pada lalu lintas yang sesak teruk.
Kita tidak menyalahkan diri sendiri pun, mengapa tidak keluar awal? Sedangkan kita teramat tahu, lalu lintas yang kita akan lalui itu memang terkenal dengan kesesakannya tanpa mengira waktu?
3 # Bila markah ujian menunjukkan kita gagal, kita marah dan mengkritik guru tidak pandai mengajar.
Kita tidak mengkritik diri sendiri, mengapa selepas kelas kita asyik bermain hingga lupa mengulang kaji pelajaran?
4 # … Selain 3 di atas, cuba perhatikan perkara atau situasi yang berlaku di sekeliling kita, di mana orang yang mengalaminya akan marah-marah tanpa memarahi dirinya sendiri.
5 # … Selain 4 di atas, cuba senaraikan peristiwa yang kita sendiri alami. Kita marah pada perkara yang lain dan kita tidak marah pada diri sendiri pun.
Sikap suka menyalahkan orang lain tanpa mahu bertanggungjawab bahawa perkara yang berlaku itu berpunca dari diri sendiri adalah tembok penghalang seseorang untuk terus maju ke hadapan dalam hidupnya.
Satu sebab utama mengapa manusia bersikap suka menyalahkan orang atau perkara lain, seperti kata Brian Tracy dalam bukunya No Excuses ialah kerana itulah jalan yang mudah. Tidak perlu difikir-fikir dengan mendalam kenapa kejadian itu berlaku.
Menyalahkan orang lain menyuburkan sikap negatif iaitu membuat alasan. Bila sesuatu perancangan tidak berjalan seperti yang dirancang, kita akan mencipta alasan untuk ‘membenarkan’ kenapa perancangan itu gagal.
Satu alasan paling mudah ialah menyalahkan orang lain. Inilah yang menjadi penghalang untuk seseorang itu terus bergerak laju dan terus maju ke hadapan.
ALLAH berfirman dalam surah ar-Ra’d dalam sebagian ayat 11 yang bermaksud, “….Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan suatu kaum kecuali jika mereka mengubah keadaan mereka sendiri…..”
Firman ALLAH ini jelas menerangkan untuk mengubah nasib keadaan diri sendiri, kitalah yang perlu berubah bukan menyalahkan orang lain atau mahukan orang lain yang berubah. Sesungguhnya kita sendiri yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Kita perlu berani mengakuinya.
Bila berani bertanggungjawab pada apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan sendiri, akan muncul perasaan ‘dapat mengawal’. Hanya orang yang dapat mengawal dirinya yang dapat merancang apa yang ingin dilakukan dalam hidupnya.
Dan itulah tangga pertama mencapai kejayaan.
# Nota ini adalah peringatan untuk diri saya dengan niat mahu mengubah diri sendiri. Bila ada yang mendapat manfaat dari nota ini, saya amat bersyukur kepada ALLAH.
Monday, March 25, 2013
Insan yang baik,sudah pasti mendapat balasan yang baik.
Insan yang baik,sudah pasti mendapat balasan yang baik.Samada balasan itu nampak didunia mahupun nampak diakhirat kelak.Semuanya telah ditetapkan oleh ALLAH swt.Maka segala-galanya terletak dihati kita,samada hendak berbuat baik atau sebaliknya.
Sebagai seorang hamba ALLAH swt,sudah pastilah kita inginkan yang balasan yang terbaik terutama ketika kita "telah"kembali kepadaNya,dan mustahillah kita tidak mempunyai keinginan untuk meninggal dalam keadaan yang baik lebih-lebih lagi meninggal pada malam atau hari Jumaat.Ini kerana di dalam petikan sebuah Hadis Riwayat Ahmad ada menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw bersabda"Barangsiapa yang meninggal dunia pada hari ATAU malam Jumaat,maka terpeliharalah daripada fitnah kubur"Masya Allah..
Tanggal 22 Mac 2013 seawal jam 5:58 pagi,admin serta warga KAB telah dikejutkan dengan berita mengenai ayahanda Haji Kamad bin Bajuri telah kembali kerahmatullah.Innalillah...Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali.
Seawal jam 7:00 pagi,ramai sahabat-sahabat arwah sudah mula hadir.Tidak ketinggalan juga sanak-saudara.
Bacaan Yaa-sin dan Tahlil kedengaran.Sementara diluar sanak-saudara sibuk menyediakan tempat "mandi".
Dikesempatan ini,YDP,Pengerusi serta warga KAB ingin mengucapkan salam TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham Haji Kamad,semoga tabah menghadapi ujian ini.Insya Allah,arwah akan ditempatkan bersama-sama dengan golongan syuhada'.AL-FATIHA
Sebagai seorang hamba ALLAH swt,sudah pastilah kita inginkan yang balasan yang terbaik terutama ketika kita "telah"kembali kepadaNya,dan mustahillah kita tidak mempunyai keinginan untuk meninggal dalam keadaan yang baik lebih-lebih lagi meninggal pada malam atau hari Jumaat.Ini kerana di dalam petikan sebuah Hadis Riwayat Ahmad ada menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw bersabda"Barangsiapa yang meninggal dunia pada hari ATAU malam Jumaat,maka terpeliharalah daripada fitnah kubur"Masya Allah..
Tanggal 22 Mac 2013 seawal jam 5:58 pagi,admin serta warga KAB telah dikejutkan dengan berita mengenai ayahanda Haji Kamad bin Bajuri telah kembali kerahmatullah.Innalillah...Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali.
![]() | |||||||||
Bacaan Yaa-sin dan Tahlil kedengaran.Sementara diluar sanak-saudara sibuk menyediakan tempat "mandi".
![]() | ||||
| Antara yang hadir bagi menziarah |
![]() | |
| Dalam kesibukan,sempat juga YB ziarah. |
![]() |
| Di Tanah Perkuburan |
Sunday, March 17, 2013
Harga Diri!
APAKAH HARGA DIRI ANDA?
APAKAH NILAI DIRI ANDA?
APAKAH MARUAH DIRI ANDA?
-HANYA ANDA SENDIRI DAPAT JAWAPAN NYA.
PERIBADI INSAN YANG ADA HARGA
RAUT MUKANYA TAMPAK SERINYA
TUTUR KATANYA MERENDAH DIRI
BUTIR UCAPNYA PENUH BERMAKNA
ATONASI SUARANYA TIDAK BANGGA DIRI
BICARA ORANG LAIN DIHORMATI
KENAL DAN SEDAR BETAPA KURANGNYA ILMU DIDADA.
HIDUP BERKELUARGA INSAN YANG ADA NILAI DIRI
ANAK ISTERINYA TERBELAI MESRA
SANDANG PANGAN NYA CUKUP WASPADA
ILMU DAN KEBAJIKAN AMPUH DIJAGA
KASIHSAYANGNYA TERTUMPU SENTIASA
MASA DEPANNYA TERANCANG DAN BERPETA.
TATACARA INSAN BERMARUAH DIRI
DIRINYA TERURUS,WAJAHNYA BERI HARAPAN
GAYAHIDUPNYA DICONTOHI
AMAL AGAMANYA PENUH TAQWA DAN ISTIQAMAH
KELUARGA SENDIRI DIKINDUNG,ANAK ISTERINYA DILINDUNG
KERA DIHUTAN TIDAK DISUSUKAN
ANAK DIRUMAH TIDAK MATI KELAPARAN.
KERJAYA HIDUP INSAN PUNYA HARGA DIRI
YANG MUDA DISAYANGI,YANG TUA DIHORMATI
SETIAP PERATURAN DAN ARAHAN DITAATI,BILA BERTINDAK SAMPAI HUJUNGNYA
BUKAN IKUT NAFSU NAFSI SENDIRI
SEDARLAH AKAN KEMAMPUAN DIRI
ILMU DI DADA SEKELUMIT CUMA
LAUT SAMUDERA USAH DIDUGA
KELAK KECUNDANG MERANA SEGALA.
HARGA DIRI INSAN BIJAK MENJAGA PERASAAN
JANGAN LEPASKAN EMOSI TANPA FIKIRKAN KESAN
JANGAN ANGGAP ORANG LAIN TAK BERPERASAAN
HARGAI SUARA DAN HARGADIRI PIHAK YG LAIN
EMOSI DIRI TAK SENTIASA BIJAKSANA
HAKIKAT PERLU KITA TERIMA
TAK PERLULAH PAKAR DIUNDANG BICARA
UNTUK MERAWAT KECAMUKNYA JIWA RAGA.
DARI ITU
CARILAH HARGA DIRI,NILAI DIRI DAN MARUAH SENDIRI
DUNIA TELAH PERHATI
DUNIA TELAH SIMPATI
DUNIA AKAN BUAT KEPUTUSAN
NILAILAH HARGA DIRI .
SHAH ALAM
17.3.13
APAKAH NILAI DIRI ANDA?
APAKAH MARUAH DIRI ANDA?
-HANYA ANDA SENDIRI DAPAT JAWAPAN NYA.
PERIBADI INSAN YANG ADA HARGA
RAUT MUKANYA TAMPAK SERINYA
TUTUR KATANYA MERENDAH DIRI
BUTIR UCAPNYA PENUH BERMAKNA
ATONASI SUARANYA TIDAK BANGGA DIRI
BICARA ORANG LAIN DIHORMATI
KENAL DAN SEDAR BETAPA KURANGNYA ILMU DIDADA.
HIDUP BERKELUARGA INSAN YANG ADA NILAI DIRI
ANAK ISTERINYA TERBELAI MESRA
SANDANG PANGAN NYA CUKUP WASPADA
ILMU DAN KEBAJIKAN AMPUH DIJAGA
KASIHSAYANGNYA TERTUMPU SENTIASA
MASA DEPANNYA TERANCANG DAN BERPETA.
TATACARA INSAN BERMARUAH DIRI
DIRINYA TERURUS,WAJAHNYA BERI HARAPAN
GAYAHIDUPNYA DICONTOHI
AMAL AGAMANYA PENUH TAQWA DAN ISTIQAMAH
KELUARGA SENDIRI DIKINDUNG,ANAK ISTERINYA DILINDUNG
KERA DIHUTAN TIDAK DISUSUKAN
ANAK DIRUMAH TIDAK MATI KELAPARAN.
KERJAYA HIDUP INSAN PUNYA HARGA DIRI
YANG MUDA DISAYANGI,YANG TUA DIHORMATI
SETIAP PERATURAN DAN ARAHAN DITAATI,BILA BERTINDAK SAMPAI HUJUNGNYA
BUKAN IKUT NAFSU NAFSI SENDIRI
SEDARLAH AKAN KEMAMPUAN DIRI
ILMU DI DADA SEKELUMIT CUMA
LAUT SAMUDERA USAH DIDUGA
KELAK KECUNDANG MERANA SEGALA.
HARGA DIRI INSAN BIJAK MENJAGA PERASAAN
JANGAN LEPASKAN EMOSI TANPA FIKIRKAN KESAN
JANGAN ANGGAP ORANG LAIN TAK BERPERASAAN
HARGAI SUARA DAN HARGADIRI PIHAK YG LAIN
EMOSI DIRI TAK SENTIASA BIJAKSANA
HAKIKAT PERLU KITA TERIMA
TAK PERLULAH PAKAR DIUNDANG BICARA
UNTUK MERAWAT KECAMUKNYA JIWA RAGA.
DARI ITU
CARILAH HARGA DIRI,NILAI DIRI DAN MARUAH SENDIRI
DUNIA TELAH PERHATI
DUNIA TELAH SIMPATI
DUNIA AKAN BUAT KEPUTUSAN
NILAILAH HARGA DIRI .
SHAH ALAM
17.3.13
Saturday, March 16, 2013
Wednesday, March 13, 2013
Segalanya telah tertulis..
Berita kehilangan anak buah keluarga Paman Wan dan Ucu Pah pada hari Sabtu lalu memang tidak disangka dan ianya satu berita yang mengejutkan kita semua,namun kita sebagai umat harus menerima Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Nya,dimana setiap yang hidup,sudah pasti akan kembali kepada penciptanya,yang membezakan cuma cepat atau lambat,namun ianya pasti datang.
Mewakili Yang Di-Pertua,Pengerusi serta seluruh jawatankuasa dan ahli Keluarga Al-Bajuri,merakamkan ucapan TAKZIAH kepada seluruh ahli keluarga Paman Wan dan Ucu Pah,semoga dapat hadapinya dengan tabah.
Walaubagaimanapun,kedukaan yang menyelubungi keluarga,terubat pabila mendapat perkhabaran gembira.
Tahniah!diucapkan terutama kepada Mamat dan Uya di atas kelahiran puteri mereka semalam.Alhamdulillah.Bertambah lagi umat Nabi Muhammad saw dan makin bertambah lagi ahli keluarga Al-Bajuri.
Subscribe to:
Posts (Atom)









