Monday, March 25, 2013

Insan yang baik,sudah pasti mendapat balasan yang baik.

Insan yang baik,sudah pasti mendapat balasan yang baik.Samada balasan itu nampak didunia mahupun nampak diakhirat kelak.Semuanya telah ditetapkan oleh ALLAH swt.Maka segala-galanya terletak dihati kita,samada hendak berbuat baik atau sebaliknya.
Sebagai seorang hamba ALLAH swt,sudah pastilah kita inginkan yang balasan yang terbaik terutama ketika kita "telah"kembali kepadaNya,dan mustahillah kita tidak mempunyai keinginan untuk meninggal dalam keadaan yang baik lebih-lebih lagi meninggal pada malam atau hari Jumaat.Ini kerana di dalam petikan sebuah Hadis Riwayat Ahmad ada menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw bersabda"Barangsiapa yang meninggal dunia pada hari ATAU malam Jumaat,maka terpeliharalah daripada fitnah kubur"Masya Allah..
Tanggal 22 Mac 2013 seawal jam 5:58 pagi,admin serta warga KAB telah dikejutkan dengan berita mengenai ayahanda Haji Kamad bin Bajuri telah kembali kerahmatullah.Innalillah...Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali.










Seawal jam 7:00 pagi,ramai sahabat-sahabat arwah sudah mula hadir.Tidak ketinggalan juga sanak-saudara.
Bacaan Yaa-sin dan Tahlil kedengaran.Sementara diluar sanak-saudara sibuk menyediakan tempat "mandi".
Antara yang hadir bagi menziarah  

Dalam kesibukan,sempat juga YB ziarah.
Di Tanah Perkuburan
Dikesempatan ini,YDP,Pengerusi serta warga KAB ingin mengucapkan salam TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham Haji Kamad,semoga tabah menghadapi ujian ini.Insya Allah,arwah akan ditempatkan bersama-sama dengan golongan syuhada'.AL-FATIHA

No comments: