Wednesday, March 13, 2013

Segalanya telah tertulis..

Berita kehilangan anak buah keluarga Paman Wan dan Ucu Pah pada hari Sabtu lalu memang tidak disangka dan ianya satu berita yang mengejutkan kita semua,namun kita sebagai umat harus menerima Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Nya,dimana setiap yang hidup,sudah pasti akan kembali kepada penciptanya,yang membezakan cuma cepat atau lambat,namun ianya pasti datang.
Mewakili Yang Di-Pertua,Pengerusi serta seluruh jawatankuasa dan ahli Keluarga Al-Bajuri,merakamkan ucapan TAKZIAH kepada seluruh ahli keluarga Paman Wan dan Ucu Pah,semoga dapat hadapinya dengan tabah.
Walaubagaimanapun,kedukaan yang menyelubungi keluarga,terubat pabila mendapat perkhabaran gembira.
Tahniah!diucapkan terutama kepada Mamat dan Uya di atas kelahiran puteri mereka semalam.Alhamdulillah.Bertambah lagi umat Nabi Muhammad saw dan makin bertambah lagi ahli keluarga Al-Bajuri.


Team biro maklumat KAB

No comments: