Saturday, September 8, 2012

Nak kaya tak? Haaa ni ada jalan.. free aje

Amalkanlah ye.. sekadar berkongsi.. yang dah jasi Jutawan pun masih amalkan.. nikan pula kita..jom...



Biro Maklumat Keluarga Al-Bajuri

Jemputan Khas

Assalamualaikum warahmatullah, Kami sekeluarga amat berbesar hati menjemput  Tuan/ Puan sekeluarga hadir ke majlis kami pd:
9 SEPT 2012 jam 5pm di No.51 JLN TERATAI 2/7G, TMN BUKIT TERATAI, AMPANG SGOR sempena Majlis:--Smbtn  Eidulfitri
- kesyukuran anak kami yg akan berangkat ke New Castle UK & anak memasuki Politeknik Shah Alam
- anak sulung kami yg sedang mengandung agar selamat sehingga melahirkan cahaya mata
- kesyukuran atas urusan merisik anak lelaki kami Hafizul Haziq
- tahlil arwah anak lelaki kami Hafizul Hakim yg telah kembali ke rahmatullah pd 30 april 2012
Smoga kehadiran tuan/puan semua akan memeriahkn lg majlis ini kelak. Jazakumullah. Drp Hj Daud & Hajah Norliza sklga..




Biro Maklumat Keluarga Al-Bajuri

Friday, September 7, 2012

Rahsia disebalik rahsia...



Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Tuesday, September 4, 2012

Kunci RM kita..

Kunci Duit Anda! Kab boleh

Kunci duit??
Salam hormat Kab, bagaimana dengan anda? Harap berada 
dalam keadaan yang bahagia tanpa kekangan kewangan! 

Tajuk hari ini ialah kunci duit, jangan biar duit anda lesap. Saya tak tipu 
Kab, kalau anda ada 'kunci' yang bagus, keadaan kewangan 
anda pasti 'sihat'. 'Kunci' terbaik ialah Jangan Tambah Hutang! 
Langsaikan dulu hutang sekarang jika boleh dan jangan tambah 
hutang Kab. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang. 
Jangan mudah terpedaya dengan skim belian ansuran, kemudahan 
kad kredit dan sebagainya. Beli hanya yang perlu, tangguhkan 
atau batalkan pembelian yang bersifat 'kehendak' dan bukan 'keperluan' 

Jimat + Alternatif = Kunci duit;

Berjimat adalah perkara senang tetapi diabaikan. Bukan bermakna 
Kab kedekut, tetapi berhemah. Contohnya belian ubat 
gigi, cari semasa harga promosi seperti pembelian 2 percuma 1. 
Begitu juga dengan barangan lain, cuba cari alternatif yang 
lebih murah, contohnya anda boleh berjimat dalam pembelian Kasut 
Adidas dengan pembelian di rangkaian al-Ikhwan berbanding di 
butik Adidas sendiri. Anda juga boleh memilih alternatif jenama 
lain yang lebih murah. Jadi alternatif bukan sahaja aspek
'tempat pembelian' tapi juga 'fungsi/tujuan' dan 'banding harga'. 
Jika tujuan atau fungsinya sama, mengapa Kab 
bayar lebih hanya kerana jenama? Ada sesetengah perkara 'jenama' 
penting, tapi banyak  yang tak penting. Contohnya apa perlu jenama  
untuk pisau cukur, pen, wallet? Untuk fungsi yang biasa, anda 
boleh berjimat  dengan mencari alternatif! Kab jangan 
pandang remeh tentang 2 perkara penting ini, kerana inilah antara 
rahsia bagaimana orang kaya kekal kaya! Lakukan sedikit 'survey' 
sebelum membeli

Kisah Teladan;

Pernah satu ketika seorang hartawan menaiki kapalterbang 
'Kelas Ekonomi' yang biasanya diduduki oleh orang-orang biasa. 
Tidak sesuai langsung dengan status nya seorang hartawan terkenal. 
Lalu ditanya kepadanya, kenapa tuan tidak menaiki 'Kelas Pertama' 
tetapi memilih 'Kelas Ekonomi' sedangkan tuan seorang yang kaya? 
Jawapannya simple dan bermakna, "Sebab itu lah saya kaya.." Kab 
nampak jawapannya, walaupun lebih dari mampu, tetapi dia 
memilih untuk menjadi orang kebanyakan dan itulah kunci 
bagaimana dia menjadi kaya, hanya kerana dia mengamalkan 
'JIMAT' dan 'ALTERNATIF'. Alternatif yg dimaksudkan ialah, 
tujuannya ialah sampai ke destinasi, yang mana adalah sama jika 
dia menaiki kelas pertama atau ekonomi, keduanya membawanya ke 
destinasi yang sama. Jadi dia memilih alternatif melalui 
'fungsi/tujuan' dan 'banding harga'. Bila lagi Kab 
nak bertindak sepertinya?

Bagaimana Menambah Duit Kab?
Nilai dulu keadaan kewangan anda, dan cuba akses kemampuan 
anda melalui catatan perbelanjaan bulanan. 

Setelah itu bincang dengan pasangan anda bagaimana keluarga 
anda boleh berjimat. Ketahui bagaimana cara anda boleh kawal 
dan optimasi kan wang bulanan anda. KWSP contohnya boleh dioptimasikan!

Nantikan posting seterusnya dari kami nanti dan mula belajar 
bagaimana mahu me'ngetat'kan duit kewangan anda. Kalau anda 
ada akaun KWSP, ketahuilah banyak benda yang anda boleh 
manfaatkan dengannya. 

Jumpa lagi Kab! 




Biro Maklumat Keluarga Al-Bajuri

Saturday, September 1, 2012

Allah lebih menyayanginya..

Daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali..sudah menjadi ketentuan Ilahi..setiap yang bernyawa pasti akan mati.Dikesempatan ini,mewakili seluruh warga Keluarga Al Bajuri,ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Paman Wan di atas pemergian kekanda beliau awal pagi ini.Semoga Allah swt menempatkan arwah bersama dengan orang-orang yang solehah serta segala amalan beliau sepanjang hayatnya diterima dan diberkati olehNya,insyaAllah.
Sesungguhnya Allah amat menyayangi beliau. 
Al-Fatihah.




Biro Maklumat Keluarga Al-Bajuri