Tuesday, July 10, 2012

PANAS..Tok Abin dan Agus mengamuk di Olak Lempit...

YDP ditapak projek Taman Cenderawaih 3-Penyerahan tapak kepada kontraktor bagi membina 26unit rumah berkembar,yang dijangka siap Julai 2013

Tanggal 10 Julai 2012,Kampung Olak Lempit bakal"digegar"kan lagi dengan satu lagi projek perumahan daripada Kumpulan Zetcom,Taman Cenderawasih 3.Syukur alhamdulillah,Zetcom yang diterajui oleh Tok Abin semakin melebarkan jajahan atau empayar "wilayah Al-Bajuri"..
orang kuat zetcom niii



Warga KAB mendoakan agar projek ini berjalan dengan baik,lancar dan dilindungi oleh Allah swt daripada sebarang perkara.

biro MAKLUMAT keluarga Al-Bajuri

Friday, July 6, 2012

IMAM ambil 20 sen sahaja...


 

Beberapa tahun dahulu..ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil untuk ke Malaysia menjadi Imam di sebuah Masjid.Memang telah menjadi lumrahnya,beliau akan menaiki bas untuk ke Masjid berkenaan.
Pada suatu hari,selepas membayar tambangnya,beliau tersedar bahawa pemandu bas tersebut telah memulangkan baki lebih daripada yang sepatutnya iaitu sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan,beliau asyik memikirkannya.. "Perlukah aku memulangkan wang baki 20 sen ini"...
"Arghhh..Lebih baik aku simpan sahaja..bukannya luak pun.."kata Imam itu..
Pabila tiba berhampiran kawasan Masjid,Imam pun menekan loceng bas tersebut dan bas pun berhenti.Sewaktu melangkah keluar,secara tiba-tiba,Imam berhenti disebelah pemandu bas tersebut dan secara spontan Imam mengeluarkan wang 20 sen itu dari poketnya dan menghulurkannnya kembali kepada pemandu tersebut lalu berkata "Encik,tadi Encik telah terlebih  memulangkan baki wang 20 sen kepada saya".Pemandu bas itu tidak terkejut,dia menjawab" Ya,Imam,saya memang sengaja memulangkannya lebih,saya mahu lihat kejujuran Imam dan Agama Islam.kerana saya mahu memeluk agama Islam"
Tersentap Imam seketika pabila mendengar kata-kata pemandu bas tersebut.
Imam pun menadah tangan,"YA ALLAH,ampunkanlah aku...Aku hampir menjual keimanan dengan hanya 20 sen"....
Pengajaran:
Walaupun nilainya sedikit..INGAT itu bukan HAK kita.
Ketulusan hati
Jujur
ALLAH melihat walaupun kita berada dimana-mana.

Wednesday, July 4, 2012

Semakin menghampiri kita..

apa keistimewaan malam Nisfu Syaaban?

Malam Nisfu Sya'aban adalah malam dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama iaitu buku tahun lepas)

Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?" – Malam Nisfu Sya'aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; "Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? " Baginda menjawab: "Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka."

Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru'(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….

"Allah turun ke langit dunia", bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud "Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)"





biro MAKLUMAT keluarga Al-Bajuri

Tuesday, July 3, 2012

Madu dan Racun..


Lebah adalah diantara makhluk Allah yang terukir dalam lembaran Al-Quran. Allah S.W.T telah mencipta lebah dengan sifat-sifat istimewa yang memberikan banyak manfaat kepada manusia. Antara ayat yang merakamkan kisah tentang lebah ini ialah:

''Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang-sarang dibukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.'' (QS An-Nahl (16): 68-69)

Jadilah seperti lebah:

1- Tidak Mematahkan Dahan Tempat Bersarang

Sifat lebah ketika membina sarangnya, mereka akan memastikan dahan yang akan mereka bina sarang itu kukuh dan sarangnya itu tidak menjadi beban yang boleh mematahkan dahan tersebut. Sifat ini seharusnya dimiliki oleh setiap orang yang beriman yang sentiasa berurusan dalam organisasi. Disamping memberikan sumbangan tenaga yang maksima, kita tidak akan menjadi beban atau punca masalah kepada organisasi yang terlibat.

2- Tidak Pernah Mengambil Madu Pada Pokok Tempat Bersarang

Sifat istimewa lebah, mereka tidak pernah menghisap madu pada pokok tempat mereka bersarang. Mereka akan merantau mencari madu pada pokok-pokok lain. Sifat terpuji yang ada pada sang lebah. Tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain. 

3- Mempertahankan Diri dan Sahabat Yang Teraniaya

Sifat ini amat popular pada lebah. Menyerang mana-mana individu yang datang ingin membuat kacau dan huru-hara. Pantang diusik, mereka pasti bertindak balas. Mempertahankan organisasi apabila diserang dan bukan bertindak berkecuali atau memencilkan diri tatkala organisasi ditimpa masalah. Keterlibatan setiap individu amat penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam sesebuah organisasi.

4- Meninggalkan Madu

Madu merupakan hasil terbaik yang ditinggal oleh sang lebah. Memberikan banyak manfaat kepada orang ramai. Apabila kita meninggalkan sesuatu tempat atau organisasi, pastikan kita meninggalkan nama atau rekod yang baik kepada organisasi. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk jasa baik yang telah dibuat, tetapi setiap perkara baik yang mendatangkan impak positif kepada organisasi, secara automatiknya pasti akan dikenang. 




biro MAKLUMAT keluarga Al-Bajuri

Monday, July 2, 2012

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN



SECARA umumnya semua hari dalam Islam adalah hari yang baik dan dilimpahi dengan berbagai nikmat juga keberkatan daripada Allah SWT. Namun Allah SWT melebihkan hari tertentu berbanding hari yang lain kerana hikmah dan keistimewaan yang tersendiri. Kelebihan itu juga dapat diperhatikan kepada hadis Nabi Muhammad SAW yang berikut;
“Syaaban adalah bulan diantara Rejab dan Ramadan yang sering dilalaikan. Di dalam bulan tersebut segala amalan hamba akan diangkat naik ke langit dan aku amat suka jika amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”.

Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri diriwayatkan paling banyak berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Pernah Aisyah berkata kepada Baginda Nabi SAW, Ya Rasulullah, aku melihat kamu banyak berpuasa di bulan Syaaban. Rasulullah SAW bersabda “Ya Aisyah sesungguhnya ia bulan yang dicabut ruh disepanjang tahun itu maka aku suka jika ruhku dicabut pada bulan Syaaban”.

Walau bagaimanapun perlu diketahui bahawa hukum berpuasa pada hari 15 Syaaban secara khusus adalah makruh. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Apabila telah sampai pertengahan Syaaban maka usahlah kamu berpuasa lagi”. (Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmiziy)

Dalam hadis yang lain disebutkan “Apabila telah sampai nisfu Syaaban (pertengahan Syaaban) maka tiadalah puasa (sunat) lagi sehingga menjelang Bulan Ramadan”. (Riwayat Ibn Majah)

Justeru dapat difahami bahawa terdapat larangan berpuasa pada 15 Syaaban dan seterusnya sehingga masuk Bulan Ramadan. Lalu bagaimana pula dengan hukum mengqada puasa. Ya bagi orang yang masih ada tanggungan puasa, wajib menggantikan puasanya jika tidak akan dikenakan membayar fidyah jika sampai melompat tahun. Perlu juga difahami hukum makruh berpuasa mulai 15 Syaaban hingga akhirnya terkecuali bagi orang yang telah melazimi berpuasa sunat Isnin Khamis, juga telah berpuasa sejak daripada awal Syaaban lagi.

Adapun kelebihan malam nisfu Syaaban berbanding malam-malam yang lain, dapat diperhatikan menerusi hadis Nabi Muhammad SAW yang berikut;

“Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam Nisfu Syaaban ke langit dunia. Maka dia mengampuni setiap orang Islam melainkan orang musyrik, orang yang memutuskan hubungan silaturrahim, yang berbuat fitnah dan wanita yang tidak menjaga kehormatan dirinya”.

Diriwayatkan daripada Abu Musa daripada Nabi Muhammad SAW sebuah hadis qudsi mengenai kelebihan Malam Nisfu Syaaban yang mana Allah SWT turun ke langit dunia lalu berfirman “Sesiapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, sesiapa yang meminta rezeki maka aku akan mengurniakan kepadanya, sesiapa yang ditimpa bala bencana maka aku akan melepaskannya.”.

Justeru itu, setiap individu Muslim diseru mengambil peluang dan kesempatan ini untuk berbakti kepada Allah SWT. Antara amalan yang biasa dilakukan di Negeri Johor ialah membaca Yassin sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib, dengan niat ditetapkan iman, dipanjangkan umur dalam keadaan ibadat dan dimurahkan rezeki. Kemudian diikuti dengan membaca doa malam nisfu Syaaban.

Sayogianya umat Islam memenuhi masjid dan surau-surau yang berdekatan untuk berbakti dan beramal kepada Allah SWT. Atau setidak-tidaknya lakukanlah bersama keluarga di rumah masing-masing. Apatah lagi menjelang ketibaan Bulan Ramadan al-Mubarak dimana setiap individu Muslim disuruh melipat gandakan amal kebajikan bagi meraih pelbagai ganjaran lumayan yang hanya ada di Bulan al-Mubarak tersebut.

Malah apa yang lebih penting tanggunjawab beribadat termasuk amalan membaca al-Quran dan Surah Yasin tidak hanya tertentu kepada hari-hari yang terpilih sahaja. Ia sepatutnya sudah sebati dalam jiwa sanubari umat Islam yang ingin mengabdikan diri kepada Allah Rabbul Jalil.

Selamat beramal dan semoga kita semua terpilih sebagai insan istimewa yang sekali lagi diberi peluang dan kesempatan untuk berada di Bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba.