Wednesday, October 31, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Doa Seorang Hamba...
HADIRKU MENYAHUT UNDANGANMU
HADIRKU SEBAGAI TAMU MU
AKU DATANG DENGAN DOSA BERTIMBUN
AKU DATANG DENGAN AMALAN HINA DAN SERBA BURUK.
AKU POHON BELAS KASIH MU
AKU POHON LUAS KEAMPUNAN MU
AKU POHON TERIMALAH HAJATKU
AKU POHON MAKBULKAN IBADAHKU
AKU POHON PENOLAKAN SEGALA BENCANA.
JADIKAN KAMI CINTAKAN IMAN
HIASKAN IMAN DIHATI KAMI
JADIKAN KAMI BENCI KEKUFURAN
HADIAHKAN KAMI KEPIMPINAN DIKALANGAN KAMI
LINDUNGI KAMI DARI SYAK WASANGKA
JAUHKAN KAMI DARI BURUK PERANGAI
LINDUNGI KAMI FITNAH DUNIA DAN AKHIRAT
JAUHKAN KAMI DOSA DAN MAKSIAT.
KU POHON AMAL YANG DITERIMA
KU POHON USAHA YANG TERPUJI
KU POHON DOSA YANG TERAMPUN
KU POHON AMAL SOLEH YANG MAQBUL
KU POHON DAGANG YANG TIDAK MERUGIKAN.
JADIKAN KAMI REDHA DENGAN KURNIAAN MU
BERKATI KAMI DENGAN AANUGERAH MU
GANTIKAN YG HILANG DENGAN YG LEBIH BAIK DARI MU
AKU MOHON KEBAJIKAN YANG DIMINTA PARA NABI
AKU POHON PERLINDUNGAN DARI KEJAHATAN SPT DIPOHON NABI
AKU POHON SYURGA MU DAN NIKMATNYA
AKU POHON APA JUA YG HAMPIRKAN DIRI KAMI KEPADA MU
TUTURKU,AMALKU DAN PERBUATANKU.
AKU MOHON PERLINDUNGAN DARI SEKSA NERAKA JAHANM MU
AKU POHON PERLINDUNGAN YG HAMPIRKAN KAMI KPD MU
TUTURKU,AMALKU DAN PERBUATAN KU.
SEGALA DOSA KU TERHADAPMU,AMPUN DAN GUGURKAN YA ALLAH
SEGALA DOSA TERHADAP MANUSIA,TOLONGLAH TANGGUNGKAN UTK KU
KAYAKAN DAKU DENGAN YANG TAAT BUKAN YANG MAKSIAT
KAYAKAN DAKU DENGAN KURNIAAN MU BUKAN DARI SELAIN DARI MU
KAYA KAN KAMI DRNGAN SIFAT MAHMUDDAH DANNJAUHKAN MAZMUMMAH.
AKU YAKIN ATAS KURNIAAN MU
ATAS IMAN YANG SEMPURNA
ATAS KEYAKINAN YANG SEBENAR
ATAS REZEKI YANG BANYAK DAN LUAS
ATAS HATI YANG KHUSYUK
ATAS KEJAYAAN MENDAPAT SYURGA
ATAS KESELMATAN DARI NERAKA
BERILAH PELUANG KAMI BASAHI LIDAH MENYEBUT NAMAMU
BERILAH PELUANG KAMI BERTAUBAT SEBELUM MAUT MENGGAMIT
BERILAH AMPUN DAN RAHMAT MU SESUDAH MATI
BERILAH KEMAAFAN SEMASA KAMI DIHISAB AMALAN
BERILAH KAMI ANUGERAH SYURGA MU YA ALLAH...
KASIHANILAH KAMI
MAAFKAN KAMI
AMPUNILAH KAMI......
KAMI POHON IHSAN DAN KASIH SAYANG MU
SETULUSNYA HATI, SEIKHLAS NALURI ,SEMURNI HARAPAN
JANGANLAH BIAR KAMI DI SINI..
MELAINKAN KAU SEGALA DOSA KAMI TELAH DIAMPUN
JANGANLAH BIARKAN KAMI SEDIH DAN DUKACITA...
MELAINKAN TELAH ENGKAU RUNGKAIKAN MASAALAH KAMI
JANGANLAH BIARKAN HAJAT KAMI ....
MELAINKAN TELAH KAU TUNAIKAN
JANGANLAH BIARKAN KAMI BERMASAALAH....
MELAINKAN KAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI
JANGANLAH SEMPITKAN DADA KAMI...
MELAINKAN KAU TELAH LAPANGKAN DADA KAMI
JANGANLAH KAMI DI TIMPA AIB KAMI...
MELAINKAN KAU TELAH TUTUPKAN DENGAN AMALAN KAMI
BERSIHKAN HATI KAMI....
HIDUPKAN HATI KAMI....
RAHMATI DAN LIMPAHKAN KAMI DENGAN HIDUP DAN MATI
DALAM ISLAM DAN IMAN
DAN DITEMPATKAN KAMI BERSAMA ORAMG YANG BERIMAN.ORANG
YANG SOLEH,PARA SUHADAK DAN SILIHIN
AMIN,AMIN ,AMIN YA RABBALALAMIN.
Monday, October 29, 2012
Seruan makin kuat didengari..menanti detik dan masa sahaja..
Sunday, October 28, 2012
Air mata seorang isteri
Bila BERGABUNG pastinya MENJADI
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Syabas...persembahan yang memukau...
Wednesday, October 24, 2012
Nak hapus dosa tahun lepas dan tahun depan tak?
Kelebihan puasa Hari Arafah
Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari 'Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" – (Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)
Niat Puasa Sunat Hari Arafah
Mungkin ramai akan tanya, "Macam mana nak niat puasa sunat hari arafah?". Ada dua pendapat tentang niat. Satu kita boleh niat dengan cara niat umum, contoh, "Sahaja aku puasa sunat". Ataupun satu lagi, dengan cara khusus, contoh "Sahaja aku puasa sunat hari arafah". Tak ada masalah untuk buat yang mana-mana.
Untuk penerangan lanjut, sila lawati entri di blog ini
Tarikh Hari Arafah Di Malaysia
Memandangkan Hari Raya Aidiladha dekat Malaysia jatuh pada hari Ahad 6/11/2011, maka hari Sabtu 5/11/2011 boleh la puasa sunat Hari Arafah. Ajak ramai-ramai puasa sunat Hari Arafah, insyaAllah ada sahamnya. Dan jangan lupa share post ni ye.
Update untuk tahun 2012:
InsyaAllah tahun ini kita akan menyambut hari raya Aidil Adha pada hari Jumaat 26 Oktober 2012, maka hari Arafah jatuh pada hari Khamis 25 Oktober 2012.
p/s : Kalau ada salah info dekat atas ni, sila komen/bagitau aku laju-laju.
pss : Jangan lupa ajak kawan-kawan, adik kakak puasa sunat. InsyaAllah kita pun akan dapat pahala extra kalau dorang puasa jugak.
Monday, October 22, 2012
KAB pun ada Puisi Musikal...
Anda BERANI? |
- KAUNTER YURAN KAB AKAN DI BUKA
- KAUNTER PEMBAYARAN DEPOSIT KEMBARA PENYUCIAN JIWA 2013 JUGA AKAN DIBUKA
Seruan Semakin Hampir..
Pengasas IRNA YAKIN Travel & Tours Sdn Bhd |
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Makluman kepada para peserta KEMBARA PENYUCIAN JIWA 2013(UMRAH KAB 2013)
SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PROGRAM INI AKAN DIADAKAN PADA 21 MAC
hingga 1 APRIL 2013 akan datang.UMRAH TERUS KE KOTA SUCI MEKAH.
Jadual Penerbangan Terus |
Bayaran
RM5890.SEHUBUNGAN DENGAN ITU,WARGA KAB YANG TELAH MENDAFTAR,DIKEHENDAKI
MENYERAHKAN DEPOSIT SEBANYAK RM500.KEPADA PENYELARAS PADA ATAU SEBELUM
27 OKTOBER INI.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI PIHAK PENYELARAS.
salinan kepada: YDP ( Tok Abin)PENGERUSI ( Mubin Sajadi)PENYELARAS ( HJH Zawiah Kamad DAN HJH Maknim Kasim)
Laman Web: klik pautan ini http://www.irna.com.my/
WASSALAM.SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH KERANA ALLAH
-biro maklumat KAB 12-
YB mana satu ni..
Sunday, October 21, 2012
TAHNIAH..ANDA TERPILIH
pengerusi penyelaras sedang memberikan ucapan aluan |
JAWATAN
|
NAMA
|
PENAUNG
|
YBHG DATO’DR.HJ.ZABIR B.BAJURI
|
PENASIHAT
|
HJ.FATHULMUBIN B.HJ.SAJADI
|
PENYELARAS
|
AMIRUL AZMI B.SUPUAN
|
SETIAUSAHA
|
SUHAILA BT.HJ.SAMSURI
|
BENDAHARI
|
SURAYA AI’ANI BT.HJ.JUMARI
|
MAKLUMAT
|
HJ.ZAWALAJAM B.HJ.MASHOD
|
SUKAN
|
KHAMISZAN B.HAMDIN
ROZLINDA BT.HJ.SAMSURI
|
LOGISTIK
|
A.SUWANDI B.HJ.KAMAD
ZAHIRUDI B.HJ.SAJADI
AGUS SALIM B. HJ.SAMSURI
MARIAM BT.HJ.KAMAD
ATAN B.SAMAD
|
PERSEMBAHAN
|
JUARIANA BT.HJ.SAMSURI
HALIMATON BT.HJ.KASRAN
HJH ZAWIAH BT.HJ.KAMAD
|
JAMUAN
|
SURAYA AI’ANI BT.HJ.JUMARI
SUHAILA BT.HJ.SAMSURI
|
PERTANDINGAN
|
SURAILI BT.HJ.SATARI
NAZ AZWA BT.SUPUAN
|
HADIAH
|
HALIMATON BT.HJ.KASRAN
NURUL NADIA BT.OTHMAN
ZAIRI YASMIN BT.SIHABUDIN
|
PENGACARA MAJLIS
|
*
|
PENDAFTARAN
|
NORAZRIMAHTUN BT.ZAHARI
NURUL NADIA BT.OTHMAN
|
WARTAWAN
|
HJH.NOR HANIM BT.MOHAMED KASIM
|
Dalam ucapan aluannya,beliau telah mengemukakan senarai barisan ahlijawatankuasa kecil pelaksana sambutan dan tentetif program sepanjang berlangsungnya Hari Keluarga tersebut.Pelbagai kejutan akan dilakukan demi memastikan Hari Keluarga 2012 ini menjadi yang terbaik dan terhebat.
Pengerusi KAB,Tuan Haji Fathulmubin dalam ucapan beliau menyarankan agar AJK yang telah dilantik memainkan peranan agar setiap program yang telah diatur berjalan dengan lancar dan berharap juga agar kehadiran warga KAB pada tahun ini lebih baik daripada tahun lalu dan percaya kejutan yang bakal dilakukan akan memberi kesan kepada seluruh warga KAB.
Antara Jawatankuasa yang hadir |
Penyerahan Cenderahati oleh wakil TM kepada Penyelaras |
PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN-BENDAHARI & JAMUAN |
PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN-PERTANDINGAN |
PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN-LOGISTIK |
PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN-LOGISTIK |
Thursday, October 18, 2012
pertarungan yang menaik
seperti yang kita sedia maklum,Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia akan diadakan pada 20 Oktober 2012 ini..antara Pasukan KELANTAN menentang Pasukan ATM di Stadium Shah Alam..
Ayuhh semua..kalau tak dapat tiket,tak mengapa,anda dijemput untuk menyaksikannya di layar GERGASI.
Apa yang menariknya,ianya bakal diadakan di kem TUDM Jugra bermula seawal jam 8:00 malam.Sebelum perlawanan bermula,satu majlis meraikan 3 anggota TUDM Jugra yang telah menyertai misi berenang ke Selat Inggeris.Sekiranya anda berhasrat untuk tonton bersama,sila berikan nama,no kenderaan anda kepada BIRO MAKLUMAT KAB,ditalian 017-2037472 dengan kadar segera bagi urusan pas masuk.Sila pastikan anda memakai pakaian awam,kemas,serta berkasut.
Sunday, October 14, 2012
Car Sticker KAB-Tawaran Istimewa-Terhad
pelekat kereta.. |
Tahniah kepada pembeli terawal,Puan Tom Malawati Haji Mashod,Tuan Haji Fathulmubin Haji Sajadi serta Encik Amirul Azmi Supuan...
Pengerusi KAB melancarkan pelekat kereta sambil diperhatikan oleh isteri beliau, |
UNTUK MENDAPATKANNYA,SILA HUBUNGI ENCIK YANTO atau PAK U.G
Bagi yang ingin diposkan ke alamat rumah,SILA TAMBAH RM 2.00 BAGI KOS PENGHANTARAN
Thursday, October 11, 2012
Monday, October 8, 2012
mudah-mudahan ianya dapat membantu
- Solat hajat
- Berdoa
- Mohon Restu Ibu Bapa
- Pakaian yang hendak diguna telah disterika
- Alat tulis pastikan mencukupi
- Air Mineral untuk diminum ketika exam atau selepas exam
- Jam bagi memastikan masa kita mencukupi, xlebih, xkurang
- Gula-gula untuk elakkan kita panik
- lain-lain keperluan yang dirasakan perlu
- Elakkan menonton TV hingga lewat malam
- Pasang jam Penggera untuk pastikan kita bangun awal ke sekolah.
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.
Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.
Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.
Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.
Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.
Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.
Sunday, October 7, 2012
KITA SEMAKIN MATANG UNTUK MELAKSANAKANNYA
Aturcara pada malam ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah yang telah dipimpin oleh ayahanda YDP.Sebaik sahaja solat Isyak,maka bermulalah Mesyuarat.
Kepada warga KAB,berikut admin paparkan beberapa perkara penting yang harus kita ambil maklum.
- Malam Sayembara Puisi (berkonsepkan KETUHANAN) akan diadakan pada 27 OKTOBER 2012 (SABTU) bertempat di Villa DZB
- Hari Keluarga AL-BAJURI akan diadakan pada 22 DISEMBER 2012 (SABTU)
- Tarikh akhir untuk menjelaskan bayaran penyertaan Ibadah Qurban adalah pada 15 OKTOBER 2012 dan MASIH TERDAPAT 3 bahagian lagi yang kosong.