Monday, August 13, 2012

terjahhh...alhamdulillah

Alhamdulilah,terima kasih dan moga Allah luaskan rezeki..itulah antara ungkapan yang disebut-sebut oleh anak-anak Rumah Amal Asnaf Al-Barakh,Kampung Olak Lempit pabila menerima kunjungan Pengarah Urusan Maknim Cookies si dalam satu program singkat SINGGAH SAHUR yang telah selamat diadakan sebaik sahaja selesai solat terawikh malam tadi.Kunjungan yang tanpa dijangka oleh pentadbiran serta anak-anak Rumah Amal Asnaf Al-Barakh tersebut turut disertai oleh Pengerusi Keluarga Al-Bajuri.Pada majlis berkenaan Maknim Cookies menerusi Pengarah Urusannya,Hjh Hanim,turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak berkenaan dan satu sesi cabutan bertuah juga turut diadakan bagi menghargai para pelanggan Maknim Cookies sepanjang Ramadhan ini.Semoga Allah memberkati serta luaskan rezeki Maknim Cookies.




Biro Maklumat KAB

1 comment:

mubin said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH
TERIMA KASIH ADMIN...