Nampak menarik betul menu seperti di atas.Ringkas dan berkhasiat,tapi macam bukan Malaysia je..Ya..sememangnya bukan dinegara kita.Foto ini dikirimkan oleh YDP sewaktu beliau serta rombongan KOSAS berkunjung Cambodia dan beliau serta rombongan telah berkesempayan iftar di Seam Reap Cambodia.
YDP bersama rombongan ke sana kerana menyampaikan sumbangan Kosas untuk pembinaan asrama dan dewan kosas di Cambodia pada tanggal 8.Ogos yang lalu.Sumbangan tersebut telah diterima oleh Imam Negeri atau Mufti Negeri,Alhamdulillah..Semoga Allah melipat gandakan lagi rezeki seleruh ahli-ahli KOSAS serta YDP yang telah merealisasikan impian anak-anak di sana untuk mendapatkan asrama mereka sendiri.Walaupun sepuluh sen yang kita sumbangkan,ganjarannya besar di sisi Allah swt,lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan ini.
Biro maklumat KELUARGA AL-BAJURI
No comments:
Post a Comment