Sunday, March 25, 2012

MESYUARAT KAB bil 3..luar biasa

 
Syukur alhamdulillah,admin baru sahaja selesai duduk bermesyuarat bulanan KAB di Telok Datok,Alhamdulillah,ramai juga yang hadir pada malam ini.Banyak juga hidangan yang telah disediakan oleh pihak "empunya: rumah,bonda Hjh Mariamah.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi KAB,Tn.Hj.Fathulmubin,manakala minit mesyuarat telah dicatat oleh Cikgu Hamid,memandangkan  Puan Setiausaha kini sedang bercuti.
Bacaan doa telah dipimpin oleh saudara Tareeq
Apa yang menariknya,sebelum mesyuarat dimulakan,sesi "jualan"telah diadakan..wah!memang menyahut cabaran Tok Abin betullah..tak sampai sebulan bengkel diadakan,warga KAB telah berjinak-jinak ke dunia perniagaan..Satu perkembangan yang sihat dan positif.Tahniah!

 
Pada mesyuarat kali ini juga,Tok Abin,selaku YDP Keluarga Al-Bajuri telah menyerahkan sekeping cek yang bernilai RM50K kepada En.Sihabudin,sebagai satu pelaburan kepada syarikat AB Farm & Services..Alhamdulillah.
 
 
Mesyuarat telah ditangguhkan dengan beberapa peringatan,antaranya:-







  1. BORANG MAKLUMAT KAB
  2. YURAN BULANAN/TAHUNAN KAB
  3. PROGRAM QURBAN
  4. TOMBO ATI 2
  5. KEMBARA PENYUCIAN JIWA
  6. KEM G3 & ASNAF
  7. MESYUARAT bil 4 YANG AKAN DIADAKAN PADA 28 APRIL 2012 DI KEDIAMAN BONDA HJH SUMIATI

No comments: