Saturday, March 10, 2012
Kita PERLU serius...
KAB melangkah maju setapak lagi kehadapan.Tanpa perlu menoleh kebelakang,kerana pabila menoleh kebelakang,ianya akan menjadikan KAB lebih mundur.Hentikan segala persengketaan,hentikan segala tuduh-menuduh,hentikan segala kata-kata yang negatif..Apa yang penting,KAB harus pergi LEBIH jauh lagi.Bak kata YDP,"adakala kita bersuka-ria,adakala kita perlu serius"..nah!inilah masanya untuk kita serius dalam segala hal.
Maka tanggal 10 Mac 2012,telah membuktikan bahawa warga KAB benar-benar SERIUS dalam membawa segala hal,pabila telah BERJAYA menganjurkan satu bengkel yang diberi nama Pengurusan Wang dan Perniagaan Anda Dengan Bijak.Satu topik yang amat menarik untuk dikongsi bersama tak kira yang dewasa ataupun yang masih dibangku sekolah lagi.Rata-rata yang hadir memberikan respon yang amat baik sekali terhadap program ini.Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Penyelaras Bengkel yang juga merangkap Timbalan Pengerusi KAB,Encik Sihabudin Hj. Sajadi serta barisan ahli jawatankuasanya yang telah BERJAYA menganjurkan bengkel ini.Terima kasih juga diucapkan kepada Pembentang Kertas Kerja yang juga YDP KAB,Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri yang telah sudi berkongsi pandangan,berkongsi idea serta berkongsi pengalaman bersama warga KAB.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment