Thursday, June 30, 2011

Edisi khas 30 jun

Syukur alhamdulillah,genap 20 tahun usia perkahwinan hj mubin dan hjh hanim,sekejap benar masa berlalu,apa pun,tahniah diucapkan,semoga Allah memberkati serta merahmati hj mubin dan hjh hanim senantiasa.

Hj.Zawalajam Hj.Mashod
h/p:010-2318581 & 010-2762126

Wednesday, June 29, 2011

Israk dan Mikraj

Ringkasan peristiwa:
Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut,
dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda
S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam
('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya.
Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam
dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan
dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai
pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk
ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa
yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-
Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi
(ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-
tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan
bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya
berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara
tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan
melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima
wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W.
menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan
dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat
ajaib. Antaranya :
a. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil
tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru
keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku
berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail :
Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan
pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga
gandaan yang lebih banyak.
b. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu
oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut
anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan
iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh
beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai
Tuhan).
c. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala
mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh
kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-
kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
d. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan
mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka
dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api
dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-
orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
e. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging
mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi
mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-
masing mempunyai isteri / suami.
f. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan
batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
g. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak
terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata
Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi
masih menerima amanah yang lain.
h. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir
mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali
digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata
Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan
sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
i. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan
kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang
memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan
maruah (mencela, menghinakan) orang.
j. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang
sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata
Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur).
Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
k. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan
pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.
l. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan
menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak
menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang
mensesiakan umurnya sampai ke tua.
m. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah
untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran
umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq.
Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan
sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin
menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua
bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu
lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang
betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan
menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga.
Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama
lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke
langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S.
Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba`
dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa
dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina
lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit
yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S.
dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi
Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu
dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan
Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu
dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S.
Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu
dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk
70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk
langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah
yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh
beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi
Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan
Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan
terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah
umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA
QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim
A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan
beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan
tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-
HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan
WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL-
'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah
ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah
melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan
Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang
(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang
berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada
pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai
arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan
dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi
permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas
berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh
manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan
pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka
berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam
nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat
melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu
lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya
tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu
bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di
Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat
menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas
sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami
perkenankan.
Rasulullah :Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai
Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau
berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan
yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan
kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan
kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai
jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat
dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang
buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku
perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan
amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan
dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.
Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku
kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-
ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan
daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf
dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-
hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-
panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima
puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi
Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya
menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T
agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu
sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali
dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam
dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya
turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan
pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan
ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang
kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan
Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa
itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan
sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya
sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap
kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita
menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi
meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang
tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan
pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya
memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati
Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari
dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu
mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai
kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk
menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan
peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai,
malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi
bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat
yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu
Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan
bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-
Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian
dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah
Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat
1).

Hj.Zawalajam Hj.Mashod
h/p:010-2318581 & 010-2762126

Tuesday, June 28, 2011

MAKLUMAN

HJ.ZAWALAJAM HJ.MASHOD

PENYELARAS PROGRAM 1 harapan 1 keluarga AL-BAJURI

h/p : 010-2318581 dan 010-2762126

 

 

Kepada:-

 

Ybhg.Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Keluarga Al-Bajuri.

 

 

Assalammualaikum,

 

Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan

PROGRAM QIAMULAILL  dan MINI SUKAN KAB 2011

Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

 

2.  Adalah dimaklumkan bahawa Program Qiamulaill dan Mini Sukan KAB akan diadakan seperti butiran berikut:-

 

 

                        Program           :           QIAMULAILL,SOLAT SUBUH dan KULIAH

                        Tarikh              :           10 JULAI 2011

                        Hari                  :           AHAD

                        Masa                :           4:30 PAGI

                        Tempat :           DEWAN VILLA DZB,KG.OLAK LEMPIT

 

 

                        Program           :           MINI SUKAN KAB 2011

                        Tarikh              :           10 JULAI 2011

                        Hari                  :           AHAD

                        Masa                :           8:00 PAGI

                        Tempat :           ZETCOM BUSINESS CENTRE

 

3.  Sehubungan dengan itu,dengan SUKACITAnya saya mewakili urusetia program ingin menjemput Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke program tersebut di atas pada tarikh,masa dan tempat yang telah ditetapkan.Adalah kami juga amat berharap agar Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat hadir 30 minit lebih awal,dan di sini juga,pihak kami berharap agar Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat membawa sendiri pakaian solat dan pakaian sukan.

 

4.  Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan,kami juga amat berbesar hati sekiranya Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan sebanyak RM 10.00 bagi membiayai perbelanjaan sarapan pagi.Sumbangan boleh dibuat pada hari berkenaan.

 

 

5.  Segala kerjasama,perhatian,penyertaan serta sumbangan yang diberikan,saya mewakili seluruh ahlijawatankuasa program merakamkan ucapan terima kasih

 

 

 

 

BAHAGIA-BERSATU-BERMARUAH

 

 

Saya yang menjalankan tugas,

 

 

 

 

Hj.ZAWALAJAM Hj. MASHOD

 

 

 

 

 

 

s.k

  1. Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri-YDP
  2. Ybhg Tuan Hj. Fathulmubin bin Hj. Sajadi-Pengerusi
  3. Puan Suhaila binti Hj. Samsuri-Setiausaha


--
السلام عليكم
Daripada:-

Hj.Zawalajam Hj.Mashod
T-179,Jalan Anggerik,Taman Seri,
Telok Datok,42700,Banting,Selangor.
H/p : 010-2318581/ 012-3984702

http:// zawalajammashod.blogspot.com
Facebook : http://www.facebook.com/home.php#!/zawalajam.mashod

Sunday, June 26, 2011

Serikandi KOSAS-KAB

Wah,bukan main bergaya lagi serikandi kosas-kab ni berpossing di tangga,maklumlah lepas lunch,kenalah turun tangga pula.

Hj.Zawalajam Hj.Mashod
h/p:010-2318581 & 010-2762126

Mesyuarat KOSAS part 2

Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Sekitar Mesyuarat Agung KOSAS

Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Saturday, June 25, 2011

TAZKIRAH PAGI SABTU DARI YDP

SUDAH KAH ANDA MEMBACA ALQURAN HARI INI..?

PAGI INI PMN CUBA MENGINGATKAN DIRI SENDIRI DAN WARGA KAB SEMUA
TENTANG APA HUBUNGAN DAN PERANAN KITA TERHADAP KITAB SUCI ALQURAN ALKARIIM.KITA ADA ALQURAN,KITA MEMBACANYA SETIAP HARI,KITA MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN KANDUNGAN DAN AJARAN YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.MARI KITA BERSAMA HAYATI BAGAIMANA KITA BERPERANAN TERHADAP IA TERKANDUNG DALAM 7 T:

1.TILAWAH.KITA DISURUH DAN DIGALAKKAN MEMBACA ALQURAN.JADIKAN AMAL HARIAN,RAJINKAN KHATAM ALQURAN DAN BAWA BERSAMA UNTUK DIBACA BILA ADA KESEMPATAN.

2.TADARUS.AMALKAN MEMBACA SECARA BERAMAI,KALAU TAK BACA,MENDENGAR PON DAPAT PAHALA.LAGIPON,ELOK TRGUR MENEGUR.

3.TARTIL/TAJWID/TALAQI.BACALAH DENGAN BETUL,TERTIB,SEBUTAN YANG SEMPURNA SUPAYAIA BERMAKNA DAN MENEPATI MAKSUD SEBENARNYA.

4.TADDABUR.HAYATI ALQURAN DENGAN MELENGKAPKAN DIRI DALAM ASPEK PEMAHAMAN BAHASA,TAFSIR DAN SEBAB2 TURUN AYAT(ASBABAN NUZUL).

5.TAHFIZ.AMAT DIGALAKKAN UNTUK MENGHAFAZ ALQURAN.

6.TARBIYYAH.MENGAMALKAN ALQURAN DALAM SELURUH KEHIDUPAN HARIAN. DALAM AQIDAH,IBAAH DAN AKHLAK.

7.TARANNUM.MEMBACA DENGAN SUARA,LAGU YANG SESUAI DENGAN AYAT UNTUK IMPAK YANG BERMAKNA.

WAULLAHUA'LAM


SEMOGA ADA MANAFAATNYA.

SALAM YDP
SHAH ALAM 25.6.11
9.24 am







Zabir Bajuri
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 23, 2011

Peluang keemasannn

Aslkm.semua ahli Kosas dijemput hadir ke mesyuarat agung pd 26hb ini jam 8am.jadi ahli yang aktif,hargai titik peluh barisan pimpinan,ada elaun mtg,door gift menarik,rapatkan silaturrahim.Jumpa di sana.Pmn
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, June 21, 2011

Puisi Ana Kenal Seorang Bapa ...

Selamat Hari Bapa : Puisi Ana Kenal Seorang bapa ...

Ana kenal seorang bapa .........
Penulis : Tak tahu

ana kenal seorang bapa
masih muda
anak-anaknya belum mencapai usia remaja

tapi dia ada SP yang jelas untuk anak-anak dan keluarganya
dia seorang bapa penyayang
sering bermain dengan anak-anaknya
juga seorang suami romantik
memanggil isteri2nya dengan panggilan sayang
memanjakan mereka

berbelanja makan di tempat mewah
bercuti di hotel dalam negara
katanya harta disimpan untuk apa
kepada keluargalah afdal bersedekah

namun
ada rahsia yang baru-baru ini dikongsi mereka
tika datang hujung minggu
si bapa dan anak-anak serta isteri2nya
membawa baldi, sabun dan berus

ke mana mereka?
rupa-rupanya mereka ke surau-surau di sekitar KL
membersihkan tandas-tandas yang tidak terjaga
membaiki pam-pam yang rosak
agar jamaah selesa
dan Islam tidak dipandang pengotor

mereka lakukan secara sukarela
cepat-cepat beredar sebelum masuk waktu zuhur
supaya tiada siapa yang tahu angkara siapa
dan supaya ikhlas terus terjaga

di minggu lain pula
membahagiakan anak-anak yatim
membawa mereka tertawa
melihat karenah binatang di zoo
dan melupakan sebentar duka mereka
kerana masih ada insan yang peduli.....

kata beliau
mendidik anak tidak cukup dengan hanya
menghantarnya ke sekolah agama semata
dan merasakan sudah selesai usahanya
namun harus dengan tarbiah
dan inilah caranya mengait hidayah
puasa, qiamullail, sedekah, menolong orang susah
adalah sebahagian dari tarbiah
dan harus dimula dari sosok seorang ayah

pasti anak-anaknya hebat nanti kan?
kerana ayahnya benar-benar seorang Hero.......

-diplagiat dr status rakan fb utk tatapan bersama

Tau.tapi masib buat jugak..

Bismillah,
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu'anhuma, beliau berkata: Suatu saat kami menempuh perjalanan pulang bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dari Mekah menuju Madinah. Sampai akhirnya di tengah jalan kami tiba di sebuah lembah -yang terdapat mata air padanya-. Karena waktu 'Ashar sudah hampir tiba sebagian orang bergegas mendahului rombongan lalu berwudhu dalam keadaan tergesa-gesa. Setibanya kami di sana, tampak bahwa tumit mereka tidak tersentuh oleh air -dalam riwayat Bukhari perawi berkata; kami hanya mengusap kaki kami-. Melihat hal itu maka Rasulullah shallallahu 'alaihi 'alaihi wa sallam berteriak, "Celakalah tumit-tumit -yang tidak terbasuh air, pent- karena jilatan api neraka. Sempurnakanlah wudhu kalian." Dalam riwayat Bukhari disebutkan bahwa perawi berkata, "Beliau -Nabi- mengulangi ucapannya itu dua atau tiga kali." (HR. Bukhari dan Muslim, lihat Fath al-Bari [1/175] dan Syarh Muslim [3/31])
Hadits yang agung ini mengandung mutiara hikmah antara lain:

Pertama :
Wajibnya membasuh/mencuci kedua kaki dengan air secara sempurna ketika berwudhu, tidak cukup mengusapnya. Sebab seandainya dengan mengusap saja cukup niscaya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidak akan memberikan ancaman neraka bagi orang yang tidak membasuh kedua tumitnya, demikian penjelasan Ibnu Khuzaimah, Ibnu Abdil Barr, dan an-Nawawi. Dalam sebagian riwayat Muslim dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Celakalah mata kaki -yang tidak terbasuh air itu- karena jilatan api neraka." Dalam riwayat ini juga dikatakan bahwa suatu ketika Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang lelaki yang tidak membasuh kedua tumitnya lantas beliau memberikan teguran keras semacam itu. Sehingga hal ini menjadi bantahan bagi kaum Syi'ah yang hanya mewajibkan mengusap kaki. Abdurrahman bin Abi Laila berkata, "Para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sepakat mengenai wajibnya membasuh/mencuci kedua kaki." (lihat Syarh Muslim [3/29-32], Fath al-Bari [1/319-320], al-Istidzkar [2/51] pdf)
Kedua :
Perintah untuk menyempurnakan wudhu. Yang dimaksud menyempurnakan wudhu adalah menunaikan hak masing-masing anggota badan yang dibersihkan/dibasuh ketika wudhu (lihat Taudhih al-Ahkam [1/217], Syarh Muslim [3/41])

Ketiga :
Termasuk dalam perintah menyempurnakan wudhu adalah menyela-nyelai jari-jari kaki dengan air. Hal ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmidzi dan dihasankan oleh Bukhari dari Ibnu Abbas radhiyallahu'anhuma,

"Apabila kamu berwudhu maka sela-selailah jari tangan dan jari kakimu."
Hadits semakna juga diriwayatkan oleh Tirmidzi dari sahabat Laqith bin Shabirah radhiyallahu'anhu yang disahkan oleh Tirmidzi sendiri, al-Baghawi dan Ibnu al-Qaththan (lihat Nail al-Authar [1/182] dan Tuhfat al-Ahwadzi [1/149-150] ).

Sebagian ulama berpendapat bahwa amalan ini sunnah/tidak wajib, di antaranya adalah Ibnu Abdil Barr, al-Qadhi Abu Syuja', dan Syaikh Abdullah al-Bassam (lihat al-Istidzkar [2/53] , Matn al-Ghayah wa at-Taqrib hal. 31-32, dan Taudhih al-Ahkam [1/218] ).

Namun, sebagian ulama yang lain berpendapat bahwa menyela-nyelai jari itu adalah wajib -karena hukum asal perintah selama tidak ada dalil yang memalingkannya adalah wajib sebagaimana diterangkan dalam ilmu Ushul Fiqh-, di antara ulama yang mewajibkannya adalah Imam asy-Syaukani, kemudian disetujui oleh al-Mubarakfuri dan Syaikh Dr. Abdul 'Azhim Badawi (lihat Nail al-Authar [1/182] , Tuhfat al-Ahwadzi [1/151] pdf dan al-Wajiz, hal. 34).
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Ibnu Wahb, bahwa beliau berkata: Aku pernah mendengar [Imam] Malik ditanya mengenai menyela-nyelai jari kedua kaki ketika wudhu? Maka dia menjawab, "Hal itu bukan menjadi kewajiban bagi orang-orang." Dia berkata, "Aku meninggalkannya supaya orang-orang mendapatkan keringanan/tidak merasa berat."
Maka aku pun berkata kepadanya, "Kami memiliki riwayat hadits yang berbicara tentang hal itu."
Dia pun bertanya, "Riwayat apakah itu?".
Lalu kusampaikan bahwa: al-Laits bin Sa'ad menuturkan -riwayat- kepada kami, demikian juga Ibnu Lahi'ah dan Amr bin al-Harits dari Yazid bin Amr al-Mu'afiri dari Abu Abdirrahman al-Habli dari al-Mustaurid bin Syaddad al-Qurasyi -radhiyallahu'anhu-, beliau berkata, "Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menggosok dengan jari kelingkingnya apa yang ada di sela-sela jari-jari kedua kakinya."
Lalu dia -Malik- berkata, "Sesungguhnya ini adalah hadits yang hasan (sahih maksudnya, pent), dan aku sama sekali belum pernah mendengarnya kecuali saat ini."
Kemudian semenjak itu aku mendengar beliau ketika ditanya mengenai hal itu maka beliau memerintahkan untuk menyela-nyelai jari-jemari (Muqadimah Jarh wa Ta'dil hal. 31-32 pdf, kisah ini dinukil oleh Syaikh al-Albani dalam Muqadimah Shifat Sholat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, hal. 49).

Inilah bukti pengagungan Sunnah dalam diri salafus shalih!
Keempat :
Bolehnya mengeraskan suara dalam menyampaikan ilmu, yaitu ketika keadaan menuntut demikian, misalnya karena jarak yang jauh, banyaknya jumlah orang yang berkumpul, atau sebab-sebab lainnya. Imam Bukhari rahimahullah berdalil dengan hadits ini untuk membuat bab di dalam Kitab al-'Ilm yang berjudul 'Bab mengenai orang yang mengangkat suaranya dalam menyampaikan ilmu' (lihat Fath al-Bari [1/175]).

Dari sini kita juga bisa menarik kesimpulan bahwa diperbolehkan -bahkan terkadang dituntut- menggunakan pengeras suara dalam pengajian, dan hal itu sama sekali bukan termasuk bid'ah -bid'ah hasanah, menurut mereka- sebagaimana yang disangka oleh sebagian orang yang tidak paham, Allahu a'lam.

Kelima :
Bolehnya mengulangi ucapan dua atau tiga kali untuk menanamkan pemahaman pada diri orang yang diajak bicara. Imam Bukhari rahimahullah meletakkan hadits ini di dalam Kitab al-'Ilm di bawah judul 'Bab mengenai orang yang mengulangi ucapan sebanyak tiga kali supaya dimengerti…'.
Ibnul Munayyir menjelaskan bahwa dengan bab ini Bukhari ingin membantah sebagian orang yang tidak suka mengulangi ucapan -dalam ta'lim- serta mengingkari permintaan murid kepada gurunya agar mengulangi penjelasannya. Meskipun sebenarnya hal itu sangat tergantung pada kondisi yang ada (lihat Fath al-Bari [1/230])

Keenam :
Hendaknya mengajarkan ilmu kepada orang yang belum paham (lihat Fath al-Bari [1/320])

Ketujuh :
Boleh mengingkari kesalahan dengan suara keras, jika diperlukan (lihat Fath al-Bari [1/320])

Kedelapan :
Tidak boleh menunda penjelasan dari waktu yang dibutuhkan (faedah ini kami petik dari keterangan Syaikh Walid Saifun Nashr hafizhahullah dalam daurah di Kaliurang)
Kesembilan :
Bantahan bagi orang yang mencukupkan diri dengan mengusap kaki dengan dalih bacaan kasrah dalam bagian ayat wa arjulikum -mengikuti perintah mengusap kepala dalam bagian ayat sebelumnya- yang terdapat dalam sebagian riwayat. Padahal bacaan yang lebih tepat adalah wa arjulakum dengan fathah -mengikuti perintah untuk mencuci wajah dan tangan dalam bagian ayat sebelumnya- (lihat QS. al-Ma'idah: 96).

Seandainya dibaca kasrah pun maka yang dimaksud adalah perintah untuk mengusap khuf sebagaimana dijelaskan oleh Sunnah/Hadits Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Hal ini menunjukkan kepada kita bahwasanya al-Qur'an tidak boleh ditafsirkan oleh akal/logika -terlebih lagi dalam perkara ibadat seperti sholat dan wudhu- sampai datang dalil dari as-Sunnah/hadits yang menjelaskannya (lihat Shifat Wudhu Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, hal. 30-31).

Kalau dalam masalah ibadat saja demikian, maka bagaimanakah lagi jika ayat itu berbicara perihal aqidah?! Apakah boleh seseorang menafsirkan ayat-ayat tentang aqidah dengan logikanya sembari melupakan hadits sahih dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam? Atau bahkan -yang lebih parah lagi- dengan lancangnya dia menolak hadits shahih tersebut dengan tuduhan bahwa hadits itu bertentangan dengan ayat al-Qur'an?! Subhanallah, betapa mengherankan akidah yang dimiliki oleh sebagian orang di jaman ini… Seolah-olah orang itu ingin berkata di hadapan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Saya lebih tahu tafsir ayat ini daripada anda" [?
Sungguh, ini adalah kedustaan yang sangat besar! Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam tidak berbicara dengan hawa nafsunya, berbeda dengan kita… Ya Allah ampunilah dosa kami, dan tunjukilah kami jalan-Mu yang lurus…
Aamiin...

Sumber : http://abumushlih.com/celakalah-tumit-yang-tidak-terbasuh-air.html/

Hj.Zawalajam Hj.Mashod
h/p:010-2318581 & 010-2762126

Monday, June 20, 2011

Jom kita bersukan..

10 julai ini,jom kita bersukan bersempena dengan kem 1 harapan 1 keluarga..pelbagai jenis aktiviti sukan akan diadakan..G2 akan menentang G3?biar betul?ye..memang betul..itulah yang pihak jawatankuasa kami cuba laksanakan..hubungi mamat,daam,yanto,ady serta ayim untuk keterangan lanjut..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, June 19, 2011

NAMPAK MUDA DAN SEHAT CARA DR.M

RAMAI ORANG TERTANYA TANYA BAGAIMANA DR.MAHATHIR NAMPAK LEBIH MUDA DARI USIANYA DAN MASEH SEHAT DALAM KEHIDUPAN HARIAN NYA.
ADA YANG KATA DR.M DISUNTIK DI SWITZERLAND,ADA YANG KATA DR.M MAKAN UBAT RM5000 SEHARI,ADA JUGA YANG PERGI KE FARMASI NAK BELI VITAMIN YANG DILANGGANI DR.M DAN AKAN BELI APA YANG DR.M BELI.
HEBATKAN.?

TETAPI,MENGIKUT DR.M DALAM BUKUNYA. "A DOCTOR IN THE HOUSE ", ADA
BEBERAPA PERKARA YANG DIAMALKAN OLEH DR.M YANG MEMBOLEHKAN KITA DILIHAT LEBIH MUDA DARI USIA KITA,ANTARANYA:

1.KEEPING ACTIVE IS IMPORTANT AT ANY AGE.MENGIKUT DR.M,CUBA SEDAYA UPAYA KEKALKAN PEKERJAAN YANG BIASA KITA LAKUKAN.SELAIN BANGUN AWAL PAGI UNTUK SOLAT,BERSIHKAN DIRI DAN EXERCISE RINGAN.

2.SELEPAS SARAPAN,BELIAU MULAKAN DENGAN MENULIS.MENGIKUT DR.M,MENULIS MENGAKTIFKAN MINDA DAN MENGEKALKAN KETAJAMAN PEMIKIRAN KITA.KALAU ADA MASA,BOLEH JUGA BUAT RIADAH YANG AGAK BERAT.

3.DR.M GEMAR MENUNGGANG KUDA.IA MENGAJAR KITA DUDUK TEGAK DAN TIDAK BONGKOK.BERJALAN DENGAN TEGAK TONJOL IMEJ USIA MUDA.

4.DR.M SUKA BERJALAN SEOLAH DIA MARCHING.RAMAI ORANG BILA LANJUT
USIA,MULA BERJALAN LEBIH PERLAHAN.ELAKKAN DARI DIBANTU DISOKONG
OLEH ORANG LAIN.IA PERLIHAT,PENAMPILAN MUDA DAN BAIK UNTUK MUSCLE TONE DAN BALANCE.

5.DAPATKAN WAKTU TIDUR YANG CUKUP DI ATAS KATIL YANG SELESA.BEGITU JUGA,DAPATKAN TIDUR KIRA 15 MINIT SELEPAS MAKAN TENGAH HARI,TAPI JANGAN BARING.TIDUR SELESA DIATAS KERUSI DENGAN KEPALA TEGAK KEATAS.BEGITU JUGA KALAU DALAM PERJALANAN,SEPERTI DALAM KAPAL TERBANG.

6."BUT MOST OF ALL,IF WE WANT TO LOOK YOUNG,WE MUST BE HAPPY".MENGIKUT DR.M,UNTUK HAPPY SEPANJANG MASA MEMANGLAH AGAK SUKAR,TETAPI KALAU SEMASA KITA BANGUN PAGI DAN MENGIRA NIKMAT2 DAN BLESSINGS DARI ALLAH,KITA PASTI AKAN BERSYUKUR DAN MERASA AMAT
GEMBIRA.KITA AKAN BERHADAPAN DENGAN MASAALAH,MUNGKIN MUSIBAH,TETAPI PASTI ADA SESUATU YANG BOLEH MENGGEMBIRAKAN KITA.
MENGIKUT BELIAU,BANGUN PAGI DAN MASIH HIDUP BERNAFAS,ADALAH SEBESAR2 NIKMAT.

ITULAH SEBAHAGIAN DARI FORMULA DR.MAHATHIR UNTUK KELIHATAN MUDA.

HARAP PETIKAN INI ADA PENGAJARAN DARINYA.


SALAM YDP
SHAH ALAM
JUNE.19.2011
10.23mlm

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

bertawakkallah kepada Dia..

syukur alhamdulillah,dapat sebuah buku yang bertajuk BICARA AD-DIN,hadiah daripada ayahanda YDP..agak tebal juga buku ini,sudah pastilah isinya pun tebal dan padat dengan segala ilmu-ilmu pengetahuan yang akan jadi pemangkin perjalanan kehidupan seseorang hamba Allah swt.
Benarlah kata YDP,bahawa buku ini menggunakan pendekatan bersepadu yang menggabungkan aspek ilmiah,pengalaman dan penyelidikan dan  tak hairanlah kalau ianya disampaikan pada siri kuliah subuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Dalam kehidupan seharian kita,banyak perkara yang perlu dilakukan,baik untuk kepentingan diri-sendiri mahupun untuk kepentingan sesebuah organisasi.Namun adakala setiap apa yang dilakukan itu adakala mendapat hasil yang memberangsangkan dan ada kala juga merugikan.Namun,pernah atau tidak, setiap kali apa jua yang kita lakukan itu,kita bertawakkal kepadaNya?
Bertawakkal kepada Allah swt,dan menyediakan kekuatan adalah faktor kemenangan umat.Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 166 yang bermaksud:-
"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan,maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu,dan jika Dia mengecewakan kamu,aka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)?Dan (ingatlah),kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri".
  Sebelum ayat ini dlam ayat 159,Allah berfirman yang bermaksud,
"Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu)maka bertawakkallah kepada Allah,sesungguhnya Allah Mengasihani orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya".

*sumber:bicara ad-din-148*

Hj.Zawalajam Hj.Mashod
h/p:010-2318581 & 010-2762126

Saturday, June 18, 2011

Perjalananku..khas untuk mu

syukur alhamdulillah,bermula 17 jun 2011,sebahagin daripada ahlijawatankuasa kem 1 harapan 1 keluarga telah mula menerima baju rasmi.bermula dengan fasa 1,kediaman cikgu motivasi kab,cikgu Hamid telah menerimanya,seterusnya cik bendahari,Cik Suraya dan Puan Suhaila bersama En.Bakar.Tidak ketinggalan En Amirul Azmi juga turut menerima baju T ini sebgai simbol "watikah"perlantikkan jawatankuasa.
18 jun 2011,operasi penyerahan baju diteruskan lagi,En.Malik,merupakan ajk pertama yang menerima baju T pada hari ini,seterusnya,perjalanan diteruskan ke Klang Gate,kediaman rasmi Hj.Mubin dan Hjh Hanim,terima kasih diatas layanan serta sarapan yang telah disediakan.Setelah upacara penyerahan di Klang Gate,destinasi seterusnya ke Shah Alam,kediaman rasmi Ybhg Dato'Ydp.Sepatutnya,akan berjumpa selepas waktu Zohor,tapi bila memikirkan banyak lagi destinasi,maka perubahan jadual terpaksa dilakukan,pohon maaf YDP.Disini juga,saya ada memaklumkan tentang perjalanan kem serta pindaan tarikh,berkemungkinan besar,kem akan dipinda ke 9 dan 10 julai 2011.
Setelah ke  Shah Alam,perjalanan diteruskan ke Bagan Lalang,untuk menyerahkan baju T iini kepada Timbalan Pengerusi G2 KAB.
Alhamdulillah,fasa 1 dan 2,telah selamat dilaksanakan.Maaf sekiranya terdapat kekurangan serta maaf sekiranya kehadiran saya sedikit sebanyak mengganggu tugasan harian warga KAB,namun,prinsip saya,selaku penyelaras,saya kena pastikan bahawa saya sendiri yang akan menyampaikan baju tersebut ke tangan tuan empunya baju,disamping berkunjung mengeratkan hubungan silturahim,bukan nama yang saya cari,tapi kepuasan yang saya cari,dikesempatan ini,saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato'YDP diatas kesudian menaja baju dan topi untuk kegunaan peserta dan jawatakuasa.   

Hj.Zawalajam Hj.Mashod
h/p:010-2318581 & 010-2762126

Thursday, June 16, 2011

Tazkirah YDP

SUDAH AGAK LAMA TAK KONGSI TAZKIRAH BERSAMA ANDA.DIRIWAYATKAN YAHYA BIN MUAADZ ARRAZI,BERKATA JADILAH TIGA GOLONGAN ORANG MUKMIN YANG BAIK.1.JIKA ENGKAU TIDAK DAPAT MENGUNTUNGKAN ORANG LAIN,MAKA JANGAN ENGKAU MERUGIKANNYA(MEROSAKKANNYA).2.JIKA ENGKAU TIDAK DAPAT MENYENANGKANNYA,MAKA JANGANENGKAU MENYUSAHKANNYA.3.JIKA ENGKAU TIDAK MEMUJINYA,MAKA JANGAN ENGKAU MENCELANYA.BEGITU PULA, ABU LAITS ASSAMAQANDI DALAM TANBIHUL GHAFILIN,BERKATA SEORANG HAKIM ADA MENYATAKAN,JIKA ENGKAU TIDAK DAPAT MENGERJAKAN YANG TIGA,KERJAKANLAH YANG TIGA:1.JIKA ENGKAU TIDAK DAPAT BERBUAT KEBAIKAN,MAKA JANGANLAH BERBUAT KEJAHATAN.2.JIKA ENGKAU TIDAK DAPAT BERGUNA KEPADA MANUSIA,MAKA JANGANLAH ENGKAU KEJAM KEPADA MEREKA.3.JIKA ENGKAU TIDAK DAPAT BERPUASA,MAKA JANGANLAH ENGKAU MAKAN DAGING MANUSIA (MENGUMPAT).SEKIAN.SEMOGA ADA FAEDAHNYA
.SALAM
YDPSHAH ALAM  15.6.11
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, June 14, 2011

Senarai nama jawatankuasa kem 1 harapan 1 keluarga

Senarai jawatankuasa Penaung : Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri Pengerusi : Hj.Zawalajam Hj.Mashod Peserta (L) : Hj.Fathulmubin Hj.Sajadi Peserta (W) : Pn.Halimaton Hj.Kasran Warden : En.Sihabuddin Hj.Sajadi Biro Agama : En.Arif Firdaus Dato Dr.Hj.Zabir Biro Sukan : En.Amirul Azmi Supuan En.Shahrim Hj.Satari En.Idham Khalid Hj.Samsuri En.A.SuandiHj.Kamad En.Bakar Haryanto Baharuddin Pengerusi Majlis/Motivasi : En.Hamid Mohamed Jamuan :Pn.Suhaila Hj.Samsuri Kelengkapan/peralatan:En.Agus Salim Hj.Samsuri En.Zahirudi Hj.Sajadi

Hj.Zawalajam Hj.Mashod
h/p:010-2318581 & 010-2762126

Sunday, June 12, 2011

Tahniah!anda terpilih

11/jun 2011,senarai nama peserta kem 1 harapan 1 keluarga telah diperolehi secara rasminya,pada peringkat awal,jawatankuasa kem telah memutuskan seramai 20 orang sahaja yang akan menyertai kem ini,namun di atas permintaan serta sambutan yang menggalakkan,pihak kami telah membuka lagi penyertaan kepada warga G3 yang berminat untuk sertainya.Jutaan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan saya serta jawafankuasa ucapkan kepada para ibu-bapa yang telah memberi izin untuk anak-anak mereka sertai kem yng julung kali diadakan ini.
Berikut senarai penuh nama para peserta kem:-
1) Muhammad Syafiq
2) Siti Sarah
3) PP
4) PG
5) Husna
6) P3
7) Zaed
8) Zakwan
9) Mija
10) Adah
11) Mukmin
12) Mubarak
13) Yasmin
14) Tareeq
15) Nabhan
16) Fahda
17) Frieda
18) Softhia
19) Softhiana
20) Farhana
21) Tasha
22) Lisa
23) Aqif
24) Iman
25) Dina
26) Amira A'lya

MEWAKILI SELURUH JAWATANKUASA KEM,SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA PARA PESERTA AGAR DAPAT MEMATUHI SEGALA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH WARDEN.KERJASAMA SEMUA.DIHARAPKAN DAPAT MELANCARKAN PROGRAM YANG TELAH DIATUR.
Pendaftaran para peserta bermula seawal jam 8:00 pagi 2/7/2011,dan adalah diingatkan juga bahawa para IBU/BAPA/PENJAGA hanya boleh meninggalkan anak-anak setakat di pintu pagar villa dzb sahaja.kerjasama adalah amat saya harapkan,sila pastikan juga bahawa yuran pendaftaran sebanyak rm5.00 dijeaskan semasa pendaftaran.

SILA RUJUK LAMAN BLOG/LAMAN FACEBOOK KAB/GROUP KEM G3 UNTUK SEBARANG INFO,DARI MASA KE SEMASA.

Hj.Zawalajam Hj.Mashod
h/p:010-2318581 & 010-2762126

Mesyuarat Jawatankuasa kem 1 Harapan 1 Keluarga

Alhamdulillah,11 jun 2011,telah berlangsungnya mesyuarat khas jawatankuasa perlaksana kem 1 Harapan 1 Keluarga.Mesyuarat telah diadakan dikediaman rasmi bonda Hjh Mariamah.Alhamdulillah..jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan saya secara peribadi ucapkan kepada yang hadir dan kepada yang telah mendoakan agar mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan jayanya.
Mesyuarat pada malam ini,membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan program,aturcara sepanjang 2 hari 1 malam,persiapan teknikal serta kelengkapan para pegawai dan pesertamMesyuarat juga memberi penghargaan khas buat ayahanda Dato YDP,di atas kesudian membiayai kos baju dan topi para peserta.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, June 6, 2011

warkah YDP - siri II

DAH MULA MENULIS????

jangan lepaskan peluang ini warga AL-BAJURI sekalian.. medan telah disediakan untuk anda mencurah rasa demi kesinambungan kebahagiaan kita bersama.

hantarkan warkah anda ke alamat berikut

PERADUAN WARKAH KEPADA YDP 2011
d/a Naz Azwa Supuan
No. 767, Lorong 20, Taman Kaya Fasa 2
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

atau emelkan kepada
naz.azwa@yahoo.com


* semua warkah akan dipanjangkan kepada juri2 melalui penyelaras. untuk iklan terdahulu click di sini!


HADIAH PERADUAN
WARKAH KEPADA YDP 2011

Kategori Dewasa ( 20 tahun ke atas )
Tempat Pertama  :   RM 400
Tempat Kedua     :   RM 300
Tempat Ketiga     :   RM 200

Kategori Sek. Men ( 13- 19 tahun )
Tempat Pertama  :   RM 200
Tempat Kedua     :   RM 150
Tempat Ketiga     :   RM 100

Kategori Sek. Ren ( 7- 12 tahun )
Tempat Pertama   :   RM 100
Tempat Kedua     :   RM 70
Tempat Ketiga     :   RM 50 

*Semua hadiah akan diiringi sijil penghargaan.
* setiap penyertaan akan menerima sijil penyertaan

Tempe berpotensi untuk digunakan melawan radikal bebas, sehingga dapat menghambat proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif (aterosklerosis, jantung koroner, diabetes melitus, kanker, dan lain-lain). Selain itu tempe juga mengandung zat antibakteri penyebab diare, penurun kolesterol darah, pencegah penyakit jantung, hipertensi, dan lain-lain.

 

Komposisi gizi tempe baik kadar protein, lemak, dan karbohidratnya tidak banyak berubah dibandingkan dengan kedelai. Namun, karena adanya enzim pencernaan yang dihasilkan oleh kapang tempe, maka protein, lemak, dan karbohidrat pada tempe menjadi lebih mudah dicerna di dalam tubuh dibandingkan yang terdapat dalam kedelai. Oleh karena itu, tempe sangat baik untuk diberikan kepada segala kelompok umur (dari bayi hingga lansia), sehingga bisa disebut sebagai makanan semua umur.

 

Dibandingkan dengan kedelai, terjadi beberapa hal yang menguntungkan pada tempe. Secara kimiawi hal ini bisa dilihat dari meningkatnya kadar padatan terlarut, nitrogen terlarut, asam amino bebas, asam lemak bebas, nilai cerna, nilai efisiensi protein, serta skor proteinnya.

 

Beberapa penelitian menunjukkan bahwa zat gizi tempe lebih mudah dicerna, diserap, dan dimanfaatkan tubuh dibandingkan dengan yang ada dalam kedelai. Ini telah dibuktikan pada bayi dan anak balita penderita gizi buruk dan diare kronis.

 

Dengan pemberian tempe, pertumbuhan berat badan penderita gizi buruk akan meningkat dan diare menjadi sembuh dalam waktu singkat. Pengolahan kedelai menjadi tempe akan menurunkan kadar raffinosa dan stakiosa, yaitu suatu senyawa penyebab timbulnya gejala flatulensi (kembung perut).

 

Mutu gizi tempe yang tinggi memungkinkan penambahan tempe untuk meningkatkan mutu serealia dan umbi-umbian. Hidangan makanan sehari-hari yang terdiri dari nasi, jagung, atau tiwul akan meningkat mutu gizinya bila ditambah tempe.

 

Sepotong tempe goreng (50 gram) sudah cukup untuk meningkatkan mutu gizi 200 g nasi. Bahan makanan campuran beras-tempe, jagung-tempe, gaplek-tempe, dalam perbandingan 7:3, sudah cukup baik untuk diberikan kepada anak balita.

Sent from Samsung tablet

Saturday, June 4, 2011

Majlis Pertunangan Mamat

Sebelum bertolak ke rumah pengantin. Posting ni atas permintaan Paman Wan ditujukan kpd Awok...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.