
Didalam solat kita akan membaca surah ini yang pertama sekali. Betul tak? Maka, mengapa Al-Fatihah begitu penting untuk dibaca serta di fahami. Shahrul cuba menyampaikan dengan sebaik mungkin, sebab ini berhubung dengan soal agama serta akidah.
Surah al-Fatihah adalah surah yang penting dalam solat. Jika bacaan surah al-Fatihah tidak betul dari segi makhrajnya atau sebutan hurufnya boleh menyebabkan solat tidak sempurna, dan jika berubah dari segi makna boleh membatalkan sembahyang. Kepentingan surah al-Fatihah dalam solat sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak dikira solat seseorang itu melainkan dengan adanya Al-Fatihah”. (Ibnu Hibban)
Jelas disitu bukan? marilah sama2 kita membetulkan apa yang tidak betul dalam pembacaan kita, mudah-mudahan kita diberkati oleh Allah s.w.t ...insyaallah..
**Tafsiran....
[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
No comments:
Post a Comment