Friday, April 29, 2011

Persiapan menjelang Bengkel Tombo Ati 2011




Thursday, April 28, 2011

TABUNG KEBAJIKAN ALBAJURI

AsSalam Warga AlBajuri,

Saya ingin memaklumkan bahawa satu Tabung Kebajikan AlBajuri akan dilancarkan pada 30hb April 2011 semasa Bengkel Tombo Ati dijalankan. Idea penubuhan tabung ini antara lain ialah bagi menyediakan satu dana bagi membantu dan meringankan beban kewangan warga AlBajuri jika ditimpa musibah atau bencana.

Tabung Kebajikan AlBajuri ini akan dikendalikan oleh Puan Zubaidah Kamad dan sebagai permulaan, satu kutipan secara spontan akan dilakukan pada hari tersebut dan memohon sumbangan ikhlas dari warga AlBajuri yang hadir. Oleh yang demikian, jika warga AlBajuri yang hadir pada hari tersebut dan berhasrat untuk menyumbang, sila bawa bersama sumbangan anda. Sumbangan dalam bentuk idea bagi pengisian tabung pada masa akan datang juga dialu-alukan.

Semoga hasrat murni ini akan mendapat sokongan dari warga AlBajuri serta mendapatkan keredhaanNya.

Terima kasih.

Yang menjalankan tugas

Fathulmubin Sajadi


Wednesday, April 27, 2011

biarkan mereka

Alam ini luas
mengapa disempitkan
Hati kita besar
kenapa harus dikecilkan
Akal kita panjang
perlukah dipendekkan
Ilmu lagilah tidak terbatas
lalu mengapa dicetekkan

telinga kita mendengar
mereka tidak
biarkan mereka tuli
mata kita melihat
mereka tidak
biarkan mereka buta
hati kita merasa
mereka tidak
biarkan mereka alpa
lisan bisa berbicara apa sahaja
lalu biar iman membatas kata

-awok-
27042011:9:11@taiping

Tuesday, April 26, 2011

SILA AMBIL PERHATIAN


As-salam semua warga KAB..
Berikut adalah tentetif program BENGKEL TOMBO-ATI/TAHLIL/MESYUARAT 04/2011..


Masa/ Program

8:00-8:15 pagi PENDAFTARAN/TAKLIMAT
8:15-8:45 pagi SARAPAN/BERKUMPUL DI DEWAN/
BACAAN DOA/NYANYI LAGU KAB.
9:00 pagi KETIBAAN PENCERAMAH
9:15 pagi UCAPAN Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir Bajuri
9:25 pagi-10:30pagi SLOT PENCERAMAH/SESI SOAL JAWAB
10:30-10:40 pagi REHAT
10:40 pagi - 12:30thari PRAKTIKAL (Solat Dhuha/Taubat/Hajat/
Tasbih)
12:30 thari-1:45 petang MAKAN THARI/ZOHOR BERJEMAAH/
TAHLIL ARWAH
2:00 - 5: 00 petang MESYUARAT KAN 4/2011

ADALAH KAMI JAWATANKUASA PENGANJUR BERHARAP AGAR PARA PESERTA KHUSUSNYA,DAPAT MENEPATI MASA SEPERTI YANG TELAH TERTULIS SEPERTI DI ATAS,INI BAGI MELANCARKAN PERJALANAN PROGRAM YANG TELAH DI ATUR.KERJASAMA WARGA KAB ADALAH AMAT DIHARAPKAN DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

PAKAIAN:-
  • YANG BERSESUAIAN DENGAN MAJLIS.(kepada yang mempunyai baju F1 KAB,Tuan/Puan adalah digalakkan untuk memakainya)
  • TELEKUNG/SONGKOK

awasilah.....anak kita


Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti.
Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,” katanya.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Sunday, April 24, 2011

ZIKRULLAH

SABDA RASULULLAH SAW YG DIRIWAYATKAN OLEH ABU HURAIRAH R.A.
MAKSUDNYA,ALLAH SWT BERFIRMAN"AKU ADALAH MENURUT SANGKAAN HAMBAKU KEPADAKU DAN AKU AKAN TETAP BERSAMANYA SELAMA MANA IA BERZIKIR KEPADAKU.JIKA DIA BERZIKIR ATAU MENGINGATIKU DI DALAM DIRINYA,MAKA AKU AKAN MENGINGATINYA DALAM DIRIKU.JIKA DIA MENYEBUT NAMAKU DALAM SEBUAH PERHIMPUNAN,MAKA AKU MENGINGATINYA DIDALAM PEEHIMPUNAN YANG LEBIH BAIK DARI PERHIMPUNANNYA." HADITH RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM

2.KKAAB AL AKBAR MENYATAKAN "PERISAI BAGI ORANG MUKMIN DARI GODAAN SYAITAN IALAH DENGAN TIGA PERKARA,IA ITU MASJID,ZIKRULLAH DAN MEMBACA ALQURAN".

3.IBNU QAYYIM AL JAUZIYAH MENYATAKAN"TIDAK DIRAGUKAN LAGI BAHAWA HATI AKAN BERKARAT SEPERTI BERKARATNYA BESI DAN PERAK.SESUNGGUHNYA ALAT UNTUK MEMBERSIHKANNYA IALAH ZIKRULLAH.BERKARATNYA HATI MELALUI DUA PERKARA IA ITU DOSA DAN LALAI.DAN YANG DAPAT MEMBERSIHKANNYA IALAH ZIKIR DAN ISTIGHFAR. "

4.SHEIKH SAHL ABDULLAH AL TUSTARI PULA BERKATA"SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MENGETAHUI ADANYA MAKSIAT YANG LEBIH BESAR DAN LEBIH BURUK SELAIN DARI LALAI MENGINGATI ALLAH"

SUBHANALLAH.BERZIKIRLAH DAN INGATLAH ALLAH SETIAP DETIK DAN KETIKA,SEBUK ATAU LAPANG,SUSAH ATAU SENANG,...SEMOGA ALLAH AKAN SENTIASA MENAUNGI DAN MELINDUNGI ANDA.INSYAALLAH.




Friday, April 22, 2011

dari meja penyelaras...


Syukur alhamdulillah,sehingga 19 APRIL 2011,penyertaan untuk Bengkel tombo ati ini masih lagi mendapat sambutan dari kalangan warga KAB..seramai 9 orang dari G1,45 orang dari G2 dan 23 orang dari G3 telah mengesahkan penyertaan.Alhamdulillah..
Namun begitu,kepada warga KAB yang mana namanya tiada dalam senarai ini,janganlah berkecil hati atau sebaliknya,kami warga Urusetia masih lagi menerima penyertaan anda pada hari berkenaan..saya secara peribadi mengalu-alukan kehadiran serta penyertaan anda,dengan hati yang terbuka..ni majilis ilmu..sesiapa sahaja boleh sertainya..sama-samalah kita perbaiki apa yang lemah agar kita menjai muslim/muslimah yang berkualiti di dunia mahupun diakhirat kelak.
Akhir kata,saya mewakili jawatankuasa penganjur,memohon ampun dan maaf,andaikata surat jemputan,jemputan sms,facebook atau bbm yang dihantar kepada warga KAB sekelian terlewat sampai,pohon maaf juga andaikata program yang bakal berlangsung nanti TIDAK memenuhi kehendak serta citarasa warga KAB,juga pohon maaf atas segala-galanya...anda ikhlas,kami lagi ikhlas...semoga kita semua berada di bawah lindunganNya serta mendapat keberkatan.Jutaan terima kasih saya ucapkan buat Ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir (YDP KAB)kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program ini,Pengerusi serta Timbalan Pengerusi,terima kasih di atas sokongan moral dan mental yang diberikan,juga kepada seluruh jawatankuasa bengkel tombo ati yang bakal melaksanakan tugas pada akhir bulan ini,hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalas jasa baik anda,terutama kepada saudara Amirul Azmi..dan terima kasih juga kepada keluarga arwah Paman Sam yang telah sudi menyumbangkan.........untuk jamuan makan tengahari..tidak ketinggalan juga kepada keluarga saya sendiri,mak serta adik-beradik yang menyokong program ini..serta TERIMA KASIH SEMUA WARGA KAB.

Saya yang benar dan ikhlas..
Hj.Zawalajam Hj.Mashod (Pengerusi Penyelaras Program Tombo Ati 2011)

Wednesday, April 20, 2011

Sebaik-baiknya

ABUL LAITS. ASSAMARQANDI meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin.Masud r.a, berkata:

1.Sebenar2 KETERANGAN ialah kitab Allah

2.Semulia2 PERKATAAN ialah zikrullah

3.Seburuk2 BUTA ialah buta hati

4.Yang. SEDERHANA MENCUKUPI lebih baik dari yang banyak tapi melupakan

5. Sejahat2 PENYESALAN ialah menyesal pada hari qiamat

6.Sebaik2 KEKAYAAN ialah kaya hati

7.Sebaik2 BEKAL ialah TAQWA

8.Seburuk2 PENGHASILAN ialah riba

9.ARAK adalah penghimpun segala dosa

10.Sebesar2 DOSA ialah lidah PENDUSTA

PETIKAN DARI KITAB TANBIHUL GHAFILIN.


Semoga Tazkirah ini Ada manafaatnya.


Zabir Bajuri
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Terfikirkah kita...

Ahli Sufi Dan ulama' agung Ibrahim adham,mrnyatakan mengapa doaAhli Sufi Dan ulama' agung Ibrahim adham,mrnyatakan mengapa doa
Tidak dikabulkan Allah..
1.kamu mengakui kekuasaan allah,tetapi kamu tidak memenuhi hak-haknya.
2.kamu membaca alquran setiap hari,tapi kamu tidak mengamalkan isi kandungannya.
3.kamu mengakui cinta pada rasulillah,tetapi kamu tinggalkan sunah-sunahnya.
4.setiap hari kamu memohon dari Allah berlindung dari syaitan,tapi perbuatan kamu sering seolah mengikut langkahnya.
5.kamu sering berkata Mahu masuk syurga,tetapi perbuatan kamu begitu bertentangan dengan keinginan tersebut.
6.kamu mengatakan takut masuk neraka,tapi tindakan kamu seperti kamu mencampakkan dire sendiri kedalamnya.
7.kamu mengakui mati adalah pasti,tapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8.kamu sibuk mencari kesalahan orang lain,tetapi lupa terhadap kesalahan sendiri yang kamu tak mampu melihatnya.
9.kamu menikmati kurniaan Allah setiap masa Dan ketika,tapi kamu lupa mensyukurinya.
10.kamu sering mengkebumikan jenazah,tapi tidak mengambil pengajaran darinya.
DOA DOA KAMU TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH KERANA HATI KAMU TELAH MATI DALAM PERKARA PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS.

(Sumber:ayahanda YDP)
Sent by albajuri from my BlackBerry® smartphone

Sunday, April 17, 2011

Nak hadiah!

Haritu kita jalan sekali , best kan jalan sambil bergurau .Tapi lagi best bila awak bagi hadiah tu , tu lah hadiah paling saya tak boleh lupa . Senyuman manis awak . Esok2 bila saya tak boleh jalan , saya nak awak mengiringi saya , masa ni saya dah tak boleh nak panggil awak macam selalu , awak yang kena datang .Masa ni jugak saya ...............nak hadiah lagi tapi saya dah taknak senyuman awak tu . Saya nak Al-Fatihah . Awak bacakan untuk saya k, sebab saya dah tak boleh baca sendiri . Lepastu , bila ada orang letak saya bawah papan , awak jangan menangis atau cari saye sebab saya dah tak boleh tegur awak . Janji okay :) Bagi balik pada saya jika saya salah sorang daripada orang-orang yang penting dalam hidup atau mati awak .Tengok berapa banyak kamu dapat balik ♥
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Room 322 Wad 3A.jpg

Berita terkini
Sent by albajuri from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 15, 2011

TERKINI BENGKEL TOMBO-ATI

Assalam,berikut dipaparkan Senarai nama peserta bengkel Tombo Ati yang telah mengesahkan penyertaan kepada saya,samada melalui e-mail (hj.zawal@gmail.com) atau melalui sms (019-2033585). G1:-

  1. Ybhg Dato Dr.Hj.Zabir

  2. Ybhg Datin Hjh.Saodah

  3. Pn.Hjh.Aminah

  4. Pn.Hjh.Mariamah

  5. Datin Hjh Sabariah

  6. Pn.Hjh Sumiati

  7. Pn.Masrifah

  8. En.Supuan

  9. Pn.Hjh.Siti Saerah
G2:-

  1. Hj.Zawalajam

  2. Pn.Rafidah

  3. Hj.Fathulmubin

  4. Hjh.Hanim

  5. Pn.Suhaila

  6. En.Bakar (Yanto)

  7. En.Zahirudi

  8. En.Azmi Hashim

  9. Pn.Khairul Baroyah

  10. Pn.Aizun Nizar

  11. En.Shamshul Ariffin

  12. Pn.Salasiah Said

  13. Hjh Norliza Suleiman

  14. Hj.Daud Mohamed Salleh

  15. Hjh.Farah Adriza

  16. Hj.Sheikh

  17. En. Hamid

  18. Pn.Mimi

  19. En.Sihabudin

  20. Pn.Halimaton

  21. En.Agus Salim

  22. Pn.Izan

  23. En.Amirul Azmi

  24. Hjh Zawiah

  25. En.A.Suandi

  26. Pn.Jubaidah

  27. En.Umar

  28. En.Azhan

  29. Pn.Linawati

  30. Pn.Maryam

  31. Hjh Zalina

  32. Cik Mona

  33. Cik Suraya

  34. En.Saiful Hasbullah

  35. Pn.Nora

  36. Pn.Hamimah

  37. En.Nazree

  38. En.Azwar

  39. Pn.Halina

  40. En.Idham Khalid 165

  41. En.Rizal

  42. Pn.Hjh.Emilia

  43. Pn.Fariza Ariiffah
  44. Pn.Rozlinda
  45. En.Khamiszan
G3:-

  1. Hafizul Haziq

  2. Hafizul Hakim

  3. Ainul Afiqah

  4. Muhammad Syafiq

  5. PP

  6. PG

  7. P3

  8. Husna

  9. Zaid

  10. Eilia Natasha

  11. Eilisa Shafina

  12. Al Amirul Mukminin

  13. Al Zunurain

  14. Syazwani Wardah

  15. Amni Filzah

  16. Beeha

  17. Bibi

  18. Tareeq

  19. Farhana

  20. Iqbal
  21. Amir Haikal
  22. Amira A'lya
  23. Zairi Yasmin
  24. Zakuan
PENYERTAAN YANG TELAH DITERIMA SETAKAT 19/APRIL 2011 (07:00 malam) KEPADA WARGA KAB YANG BERMINAT,TARIKH TUTUP DILANJUTKAN HINGGA 15 APRIL 2011,60 PESERTA TERAWAL AKAN MENERIMA SIJIL PENYERTAAN.

Janganlah marah sayang..

JANGAN MARAH1.Sifat MARAH amat dibenci Allah Dan Rasulullah.2.Dari Abu Hurairah mengatakan Ada seorang lelaki berkata kpd Nabi saw "berpesanlah kepada ku".Lalu baginda bersabda"Jangan MARAH,Jangan MARAH,...Jangan MARAH".Riwayat Bukhari.3.Walaupun MARAH tidak salah,kalau kena tempatnya,dengan tujuan baik,seperti menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah Dan Rasulnya,TETAPI yang sebaik baiknya ialah elakkan dari MARAH,KERANA ia menimbulkan keburukan Dan permusuhan,bukan sahaja kepada orang lain malah kepada diri sendiri.4.Oleh itu,jika MARAH,cepatlah ambil wuduk supaya tenteram Dan tenang.Amalkan sifat SABAR Dan  berilah MAAF kepada orang lain.5.Rasullah bersabda "Sesungguhnya MARAH itu daripada syaitan,Dan syaitan itu dicipta dari API,Dan API terpadam dengan air,dari itu apa Ada orang MARAH,hendaklahnia berwuduk".Riwayat Abu Daud.6.Menjauhkan diri dari MARAH,punya hikmah,antaranya,mengamalkan sifat dengki,dendam,buruk sangka,memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dll.7.Menjauhkan diri dari MARAH juga bermakna kita mencontohi akhlak mulia Rasulullah seperti bersopan santun Dan bersedia memaafkan orang yang bersalah.Ia Akan menimbulkan perasaan kasih sayang Dan kemesraan.8.Orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat MARAH,akan mendapat balasan syurga.9.Dari Abi Darda,yang bertanyakan Rasullulah suatu amalan yang boleh menyebabkan kita masuk syurga.Rasulullah bersabda "Jangan MARAH,nescaya engkau Akan masuk syurga".Riwayat AtTabarani.10.Firman Allah swt dalam Surah Ali Imran,133-134 bermaksud "Dan segeralah kamu  kepada mengerjakan amalan amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu Dan mendapat syurga yang bidangnya seluas langit Dan bumi yang disediakan bagi orang orang yang bertaqwa ia itu orang orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah Dan orang orang yang menhan kemarahannya Dan orang orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan ingatlah Allah mengasihi orang orang yang berbuat PERKARA PERKARA yang baik.Waullahu A'lam.
Dipetik dari tazkirah: Ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir Bajuri
Sent by albajuri from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 14, 2011

Dari KPJ

Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 13, 2011

Kita yang terlena

Kitab IMAM GHAZALI,kitab penenang jiwaketamaan solat malam1.rasuulullah bersabda"solat dua rakaat ditengah malam,adalah Lebih baik dari dunia seisinya.jika ia tidak memberatkan umatku,tentu aku mewajibkan keatas mereka solat malam".2.dari Jabir r.a,nabi bersabda "Ada waktu DI sebahagian malam,apabila seseorang memohon,pasti Allah akanmengabulkannya."3.rasulullah s.a.w bersabda,semasa kamu tidur,syaitan mengikat tiga ikatan.jika kamu ban gun Dan berzikir pd Allah,leaps satu ikatan.jika berwuduk,leaps ikatan kedua.Dan jika solat selepas itu,leaps satu lagi ikatan.kamu Akan bangun pada paginya,penuh semangat Dan berjiwa lapang.kalau tidak,jiwamu sempit Dan malas".4.Rasulullah beribadah DI tengah malam sampai bengkak kakinya,isterinya bertanya bukankah Allah menjamin mask syurga Dan mengampunkan dose baginda yang terdahulu Dan yang terkemudian.Baginda menhaden,tidak kah sepatutnya aku menjadi hamba yang bersyukur.5.Rasulullah bersabda"hendaklah engkau beribadah malam,itu kebiasaan orang soleh,sesungguhnya qiamulail itu mendekatkan diri kepada Allah,menghapuskan dosa,menghilangkan penyakit dari jasad,Dan menghindarkan dosa.6.Allah mengasihi lelaki yang ban gun tengah malam lalu solat Dan membangunkan isterinya,jika ia menolak,jirus air kemukanya,,demikian Rasulullah bersabda.7.Juga Rasulullah bersabda "Siapa bangun tengah malam lalu membangunkan isterinya dan solat dua rakaat,Allah menulis keduanya termasuk orang yang banyak berzikir kepada Allah".
semoga tazkirah ini memberi ingatan Dan iktibar untuk kita semua.

(Tazkirah daripada: Ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir Bin Bajuri)

Sent by albajuri from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 8, 2011

Madu dan Racun

PAGI hari. Anda menghadap segelas teh tarik dan sekeping roti canai. Tiba-tiba seekor lalat jatuh ke dalam cawan minuman anda. Apakah anda akan meminum airnya? Anda mungkin tidak meminumnya kerana jijik dengan lalat tersebut. Pada hal dari segi saintifik air itu selamat diminum setelah lalat direndam seluruhnya di dalam air kemudian dibuang. Lalat yang biasa kita temui dan dibincangkan di sini merujuk kepada lalat rumah.

Definisi

Nama saintifik lalat rumah ialah Musca Domestica. Pengelasan lalat rumah menurut ilmu zoologi diletakkan di dalam order serangga yang dipanggil Diptera, iaitu serangga bersayap dua. Lalat mempunyai enam kaki dan badan bersegmen meliputi kepala, toraks, dan abdomen.

Kitar hidup.

Seekor lalat rumah (selepas ini hanya disebut lalat) melalui empat peringkat untuk mencapai kitar hidup yang sempurna. Perkembangannya bermula daripada telur, larva, pupa dan lalat dewasa. Satu kitaran lengkap mengambil masa di antara tujuh hingga sepuluh hari di bawah keadaan mantap. Masa ini dipengaruhi oleh kelembapan, ketahanan telur, suhu dan cahaya. Seekor lalat betina mampu bertelur sebanyak 2700 biji telur dan biasanya dalam kelompok-kelompok yang berbeza. Setiap kelompok mengandungi antara 350 hingga 900 biji telur.

Telur yang matang selepas enam jam ditingkalkan dan akan berkembang di dalam kepompong sehingga berukar menjadi lalat dewasa. Pada tempat yang lembap, larva boleh mendaki ke tempat yang lebih tinggi daripada permukaan kawasan telur ditinggalkan. Dalam satu kajian kes, terdapat larva yang berjalan sehingga 150 kaki daripada kawasan pembenihan. Larva kemudian bertukar menjadi pupa yang dilindungi kepompong dan membesar dalam masa tiga hingga enam hari. Lalat dewasa kemudian keluar dan akan bertelur selepas sebulan. Jangka hayat seekor lalat pula di antara satu dan dua bulan pada musim panas.

Cara makan.

Lalat tidak menggigit tetapi menyedut zat makanan seperti nyamuk dengan menggunakan belalai. Sebelum makan, lalat merembeskan saliva untuk melembutkan makanan. Hasil tindak balas kimia di antara saliva ke atas makanan menjadikannya bertukar dalam bentuk cecair, kemudian disedut. Lalat mempunyai lidah berbentuk penyedut (straw).

LALAT PADA PANDANGAN ISLAM

Pada asasnya, lalat amat bahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan kerana menjadi vektor yang membawa dan menyebar organisma berpenyakit. Bakteria dibawa di luar permukaan badannya. Apabila hinggap di atas makanan, lalat juga meninggalkan najis yang akan menyebabkan keracunan.

Kisah lalat diceritakan dalam hadis nabi Muhammad S.A.W, pada suatu hari nabi bersabda yang bermaksud, "Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, rejamkannya ke dalam air. Satu sayapnya mengandungi racun manakala satu sayap lagi mengandungi penawar." (Hadis riwayat Bukhari, bilangan 537, jilid 4).

Perkara yang sama dicatatkan juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Abu Daud, at-Tahawi, Said bin Khalid dan Thumamah ibn Abdullah ibn Anas.

Shah Wali Allah Ad-Dahlawi mengatakan di dalam kitabnya Hujjatullaahu al-Baalighah bahawa hadis ini menunjukkan Allah bebas memberikan setiap spesies yang beracun sistem imuniti atau penawar.

Hal ini agar dapat memastikan kelangsungan hidup speasis tersebut. Racun pada lalat merupakan alat untuk mempertahankan dirinya sendiri daripada serangan musuh. Manakala penawar pula disediakan untuk memastikan keselamatan makhluk lain yang dicemari racunnya. Hukum timbal balik ini samalah seperti tindak balas di antara bes dan asid yang meneutralkan anatara satu sama lain.

Lalat dilengkapkan penciptaannya oleh Allah dengan kandungan penawar pada sayap sebelah kanan dan racun di sayap kiri. Apabila merasa terancam, seperti kakinya terlekat di dalam air mekanisma pertahanan diri akan bertindak secara spontan. Sayap sebelah kiri dikepak mencecah air agar racun yang dimiliki berupaya menewaskan musuh. Namun begitu, biasanya air yang melekat pada sayapnya tidak mampu memberi kekuatan kepadanya untuk terus terbang. Ketika itu, sayap sebelah kanannya masih lagi tidak mencecah air. Justeru kitalah yang terpaksa menyelamkan lalat ke dalam air bagi memastikan racun yang terserak dineutralkan semula.

Dr. Gyath Hassan Al-Ahmad di dalam bukunya At-Tibb An-Nabawi fi Daw Al-'Ilm Al-Hadith (Perubatan Kenabian dalam Sains Moden) melaporkan bahawa Dr. Nabih Da'ish menjalankan eksperimen di Universiti Raja Abdul Aziz, Riyadh. Dr. Nabih menyediakan sampel sepuluh kultur bakteria daripada air steril yang dimasuki lalat tanpa menyelamkan lalat. Sepuluh sampel yang ditenggelamkan lalat sekali, dua dan tiga kali masing-masing. Kemudian kesemua 40 sampel diperhatikan kandungan bakteria. Hasilnya, beliau mendapati koloni bakteria berkurang apabila jumlah selaman meningkat. Air yang tidak diselam lalat mengandungi paling banyak bakteria, manakala air yang diselam lalat sebanyak tiga kali mengandungi bilangan bakteria paling sedikit.

Selain itu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Jamaal Haamid dari Jabatan Mikrobiologi Perubatan, College of Science Qassim University menjalankan kajian penentuan jenis bakteria yang terdapat pada sayap lalat. Beberapa spesies lalat diambil untuk kajian. Dua piring petri diletakkan air steril, lalat dijatuhkan dalam piring kedua tanpa menenggelamkannya. Sebaliknya lalat dijatuhkan dan ditenggelam sepenuhnya dalam piring pertama. Hasil kajian mendapati lalat yang dikaji mempunyai bakteria E. Coli sp. (baca 'e-kolai') yang diperoleh dalam piring petri kedua. Manakala dalam piring petri pertama, sejenis antibiotik Aktinomiesis (Actinomycis) diekstrak. Antibiotik ini merupakan antigen dalam sistem imun yang memusnahkan fungsi bakteria yang bertindak selaku patogen.

Penemuan yang menarik ini menentusahkan kehadiran racun dan penawar yang terdapat pada kedua-dua sayap lalat. Kajian oleh kumpulan Dr. Jamaal juga mengambil kira speasis lalat selain lalat rumah. Keputusan menujukkan walau pun jenis bakteria yang dimiliki berbeza, jenis antibiotik tetap sama. Antara jenis bakteria yang diperoleh dalam kajian ini termasuklah Staphylococcus sp., Salmonellas sp., Proteus sp., dan Coynibacterium Dephheroid.

Perkembangan teknologi perubatan akhirnya menggerakkan saintis sama ada Islam atau Barat untuk mengkaji kesasihan hadis rasulullah S.A.W ini. Dua penemuan sains yang dijalankan oleh saintis Islam mengesahkan kebenaran hadis nabi Muhammad S.A.W. Kita selaku orang yang beriman kepada kerasulan nabi Muhammad harus merasa takjub, lantas meningkatkan lagi keyakinan kita terhadap ajaran yang dibawa oleh baginda. Perkara ini sekurang-kurangnya menjadi hujah kepada orang yang beriman bagi menolak tohmahan kononnya nabi seorang ahli sihir atau seorang yang pandai mereka-reka perkara yang tidak pasti.

Bagaimana nabi Muhammad S.A.W mengetahui perkara ini sedangkan pada waktu itu belum ada teknologi yang canggih untuk mengesahkan kesahihan hadis baginda? Hal ini tidak lain melainkan nabi Muhammad S.A.W mendapat ilham daripada Allah secara langsung. Sesuailah dengan sifat baginda apabila bercakap. Allah menegaskan di dalam ayat 3 dan 4 surah an-Najm, mafhumnya;
"Dan dia (Muhammad) tidak bercakap mengikut hawa nafsunya. Melainkan apa yang diwahikan oleh pemberi wahyu (Allah)"

Glosari

Ø Antigen – Antibodi yang menjadi agen perencat kepada keaktifan virus dan bakteria yang menyerang sistem tubuh.
Ø Patogen – Bendasing yang hadir dalam bentuk bakteria atau virus yang mengganggu sistem pertahanan tubuh.
Ø Kultur – proses pembiakan bakteria yang digunakan dalam bidang biokimia, bioteknologi dan perubatan.
Ø Steril – bebas daripada sebarang bakteria atau bendasing.
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 6, 2011

Live dari KPJ

Petang ni berkesempatan ziarah cik mon di KPJ,hari ni cik mun ditempatkan di wad ICU semula setelah menjalani pembedahan kecil di kepala bagi mengeluarkan air di otak.warga KAB,marilah kita semua berdoa dan terus berdoa..
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 5, 2011

Sujudlah..

Firman Allah SWT yang bermaksud:- " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri" (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-

1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.

9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.

10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.

11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .

12. Mengurangkan kegemukan.

13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.

Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).

KELEBIHAN SUJUD DALAM SOLAT MENGIKUT KAJIAN SAINS

solat apabila kita mengetahui kelebihan setiap pergerakkan dalam solat akan menjadikan solat yang kita lakukan itu lebih bermakna.
contohnya sujud => jumlah sujud dalam sehari (5 waktu)

*solat 4 rakaat => 4×2 = 8 => kita ada 3 kali solat 4 rakaat (zohor,asar n Isha')=> 8×3=24 kali

*solat 3 rakaat => 3×2 = 6 => kita ada sekali solat 3 rakaat (Maghrib) => 6 kali

*solat 2 rakaat => 2×2 = 4 => kita sekali solat 2 rakaat (subuh) => 4 kali

*jumlah keseluruhan => 24+6+4=34 kali sujud sehari

Dalam satu kajian sains oleh seorang prof.(bukan Islam) dalam bidang bialogi di salah sebuah universiti di US, dia menyatakan bahawa keadaan sujud boleh menyebabkan pengaliran darah ke otak secara menyeluruh.

Ia membolehkan otak kita berfungsi mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah.(selepas membuat kajian ini prof. tersebut telah memeluk Islam)…amin

Dalam kajian yang sama dia menyatakan tindakan kita melakukan sebanyak 34 kali sujud boleh meningkatkan daya ingatan, menghapuskan kebarangkalian penyakit gila sebelum usia 40thn dan penyakit nyanyok.

disalin dari : http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk-muslim-section/43497-kelebihan-sujud.html

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 4, 2011

Rapat jangan tak rapat

PROFESOR AS MENGAKUI SOLAT BERJEMAAH TERSIRAT ASPEK SAINS FIZIK
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: "Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah swt menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah swt akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut". [HR Abu Daud No:666, "Sahih"].

SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Patutlah Tok imam selalu suruh rapatkan saf. Tapi kat Malaysia payah nak rapatkan saf. Sebab nak selesa. Lebih lagi masa duduk tahyat akhir tu. Padahal bukan wajib pun dok cam tu. Duduk macam tahyat awal pun boleh kalau dah sempit.

Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Sunday, April 3, 2011

Sambungan umrah 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Umrah mac 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Umrah mac 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Umrah mac 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 1, 2011

آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ






Alhamdulillah..majlis solat hajat telah sempurna dilakukan..mudah-mudahan apa yang warga kab hajatkan akan dimakbulkan Allah swt.Solat Hajat diimamkan oleh Cikgu Hamid,manakala Solat Isya' diimamkan oleh abg Ndol..
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone