Atas permintaan Pn. Mariam Kamad sewaktu Mesyuarat AlBajuri di Gunung Ledang Resort tempoh hari, suatu Bengkel IT akan diadakan pada 27hb Februari 2011 (Ahad) bertempat di Shah Alam bermula 9.00 pagi. Aturcara dan pengisian akan diumumkan dalam masa terdekat. Penyertaan adalah terbuka kepada semua. Sesiapa yang berminat, sila berikan nama kepada Pn. Farah Adriza Zabir atau Pn. Amelia Basri dengan kadar segera bagi tujuan persiapan kelengkapan dan sebagainya. Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta-peserta.
Sehingga bertemu lagi, bersama kita ke arah masyarakat Celik IT! Insya Allah..
No comments:
Post a Comment