Thursday, August 26, 2010

KELAHIRAN ANAK KE 3 ARIFF FIRDAUS & YEEMEETA


Alhamdulillah, semalam 25/8/2010 Pn. Yeemeeta telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 6.19pm, berat 3.36kg. Kedua-dua ibu dan anak dilapurkan sihat.

khabar dari Madinah..

jam 10.58 pagi ini (waktu Malaysia),alhamdulillah,telah terima 1 sms dari Kota Madinah..sms daripada YDP.
'Aslkm.Salam dr Madinatulmunawarah.tiga hari di bumi Rasullullah saw,ptg ni ke Makkah utk umrah,insya Allah.Kami sehat,Alhamdulillah.Doa utk anda dan warga AB yg dikasehi.Salam paman n Mak dah'

Wednesday, August 25, 2010

ZIARAH AIDIL FITRI AL-BAJURI (HARI RAYA PERTAMA)

Salam Warga AL-BAJURI,

Seperti yang telah dibincang dan dipersetujui dalam Mesyuarat AL-BAJURI 06/2010, rumah Tn. Hj. Kamad telah dipilih sebagai destinasi pertama program ziarah aidil fitri tahun ini. Cadangan ini dikemukakan bagi menyelaraskan program ziarah kerana pada tahun2 sebelum ini ianya agak tidak teratur. Rumah berikutnya adalah seperti berikut :


Rumah 2 - YDP Dato' Dr. Hj. Zabir Bajuri
Rumah 3 - Hjh. Aminah Hj. Omar
Rumah 4 - Datin Hjh. Sabariah Zainuddin (Desa Pinggir)
Rumah 5 - Hjh. Munjiah Bajuri
Rumah 6 - En. Supuan Ramlan
Rumah 7 - Hjh. Sumiyati Muridan
Rumah 8 - Hjh. Mariamah Abd. Kadir

Warga AL-Bajuri diminta berkumpul pada jam 10.00am.
Besar kemungkinan Surau AL-Bajuri akan menjadi lokasi Solat Sunat Aidil Fitri.

Semoga dengan penyelarasan ini kita dapat melaksanakan program ziarah dengan lebih teratur dan meriah.

InsyaAllah jumpa disana

Yang menjalankan tugas,

Fathulmubin Sajadi

Sunday, August 22, 2010

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH


Salam,sebagaimana yang kita sedia maklum,bahawa YDP serta isteri akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 23 Ogos ini hingga 4 September 2010 ini.Marilah kita semua mendoakan agar perjalanan YDP serta seluruh jemaah berada dalam keadaan sihat wal-afiat serta tenang melakukan segala amalan di sana.Semoga segala amalan yang dilakukan diterima dan diberkati Allah swt.Aminn

Saturday, August 21, 2010

Sinar Ramadhan-Syawal

(YDP sedang menandatangani surat watikah AJK KAB)
(sebahagian daripada peserta kelas pengajian)
(YDP bersama Tuan Nazir Masjid Kampung Olak Lempit)
(sebahagian daripada penerima sumbangan)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat At-Tarmizi)

Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti memperbanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi seperti menyediakan makanan untuk berbuka kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

Pada tanggal 11 Ramadhan 1431H (21 Ogos 2010) YDP Keluarga Al-Bajuri telah menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan golongan orang tidak berupaya.Alhamdulillah,mudah-mudahan Allah melipat gandakan lagi rezeki YDP serta ahli keluarga.
(Alhamdulillah)


BERWAJAH BARU


SALAM SEMUA WARGA AB.
LAMAN BLOG AB KINI BERWAJAH BARU DAN MEMPUNYAI CIRI-CIRI KESELAMATAN.SEBARANG BENTUK KOMEN YANG ANDA BUAT AKAN DITAPIS SEPENUHNYA.
SAYA JUGA BERHARAP AGAR ANDA DAPAT MEMBERIKAN KOMEN TENTANG WAJAH BARU INI.
TERIMA KASIH.
BAHAGIA KAMI AL-BAJURI

Tuesday, August 17, 2010

M E L A Y U

Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu,Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang

BILA KASIH SAYANG ALLAH MENGUNJUNGI MU

Bila kasih sayang Nya datang berkunjung
Kau kan tersedar betapa Agung
Malaikat hadir berbundung-bundung
Langit nan cerah tidak bermendung.

Bila kasih sayang Nya mengetuk pintu mu
Kicau burung penghibur rindu
Sepoi angin penyaman sekitarnya
Pohon yang rendang payungi bahangnya
Kita kan rasa amat bahagia.

Bila Kasih sayang Nya datang bertandang
Segala yang sukar menjadi senang
Yang gelita menjadi benderang
Segala yang kusut akan terungkai
Yang bengang kan jadi pandai
Jalan berliku lurus terbentang
Jalan yang jauh dekat mendatang.

Bila kasih sayang Nya datang menyapa
Alangkah syahdubahagianya ibu dan bapa
Sanak saudara erat bersama keluarga
Insan lain hulurkan doa
Unggas dan haiwan pun syukur melata.

Bila kasih sayang Nya menghampar salam
Lupa sibuknya hari semalam
Teramat lazatnya bila beribadah
Tangan terbuka dilimpahi pemurah
Terhindar segala hati yang gundah
Rasa tak sanggup biar sedetik
Abaikan pengabdian pada Yang Haliq.



Semoga anda kalian menghiasi Ramadan ini dengan memohon kasih sayang
Alah yang melimpah ruah dan berterusan.Amiin.

Salam Paman dan klrga..Shah Alam.

Monday, August 16, 2010

NOTIS MESYUARAT AL-BAJURI 06/2010

Salam Al-Bajuri,

Saya ingin menjemput semua warga Al-Bajuri yang berkesempatan untuk hadir dalam Mesyuarat No. 06 tahun 2010 yang telah dipersetujui akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 21.08.2010 (Sabtu)
Masa : 0530pm
Tempat : Rumah Haji Kamad
Refreshment : puasa, sesiapa yang mempunyai menu istimewa utk dikongsi semasa berbuka, tiada halangan utk dibawa bersama.


Agenda :

1) hal-hal semasa
2) 'tak kenal maka tak cinta'
3)
perkara-perkara berbangkit

Selepas mesyuarat, majlis berbuka puasa akan diadakan di venue yg sama, seterusnya solat maghrib, isya' dan sunat tarawih di Surau Al-Bajuri.

Pada paginya jam 11.00am, jangan lupa singgah di Villa DZB kerana ada acara penyampaian sumbangan oleh YDP yang memerlukan kerjasama dari warga Al-Bajuri.

Semoga kehadiran semua dapat memeriahkan aktiviti AlBajuri 2010.

Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Fathulmubin Sajadi

MAJLIS BERSAMA MEREKA YG PERLU BANTUAN

Salam warga AB,

Paman cadang mengadakan majli Bersama Mereka yang Perlukan Bantuan Kariah Surau AlBajuri pada hari Sabtu 21hb.ogos.2010 jam 11.00 pagi di Villa DZB.

Kira-kira 30 orang dijangka hadir.Pada masa yang sama juga Paman meraikan kira-kira 30 jemaah pengajian mingguan kami.

Paman harap ada warga AB yg sudi datang memeriahkan dan tolong susun kerusi meja dan bantu mengagihkan barang yang disediakan.

Semoga amalan kita adalah ibadah yang diterima Allah dan bersama mendapat barakah,rahmat dan keampunan Allah swt jua.Insya Allah.

Salam hormat Paman/YDP

Sunday, August 15, 2010

JADILAH AHLI ORGANISASI YANG BAIK

Salam Ramadan Warga AB yang dikasihi,

Walaupun kadangkala isu ini agak remeh dan diambil mudah,namun ada juga baiknya
kalau sesekali melihat kembali dan merenung peranan yang boleh kita mainkan dalam sesebuah organisasi yang kita menjadi ahlinya.Cuma,ia juga bergantung kpd jenis organisasi,jawatan yang kita pegang dan sejauh mana kita mahu menjadi ahli yg baik demi masa depan organisasi kita.

Melalui pengalaman sebagai ahli berbagai organisasi,sukalah Paman berkongsi sedikit ilmu ini untuk,kalau difikirkan relevant,dijadikan panduan kearah menjadi ahli organisasi yang baik:

1.Pilihlah organisasi yang sesuai dengan kerjaya,lokasi,bakal sumbangan,peranan yg nak kita mainkan,sebelum kita jadi ahli.Seperti PIBG,Politik,Sukan,Keluarga dll.
2.Perlu ada fikiran yg positif untuk memain peranan dan memberi sumbangan yg bermakna kpd organisasi itu.Berilah pandangan dan sumbangan yg membina demi membaiki dan melancarkan perjalanan organisai itu.
3.Belajarlah menjadi pendengar yang baik,hormati pandangan ahli lain,dan yg penting jua ialah cara penyampaian pandangan dan sumbangan kita biarlah berhemah,berhikmah dan sopan,esp utk menjaga perasaan orang lain.
4.Elakkan dari menyampaikan pendapat atau idea secara emosional dan bijak melihat suasana ketika itu.Kalau tidak rational dan tidak kena pada konteknya,ia boleh mencerminkan peribadi dan tahap keintelekcualan kita.
5.Ahli yg baik selalu punya niat yg murni,tidak emosi,tidak sinis,bersangka baik,berhujah membina dan punya daya meyakinkan pendengar yg lain(bukan syok sendiri),berani akui kesilapan dan memandang kehadapan utk kebaikan.
6.Ahli yang baik,akan memberi pandangan,pendapat dan berhujah sebaik mungkin,walaubagaimana pun sekiranya ia tidak diterima oleh majlis/mesyuarat apa yg disarankannya,dia wajib menghormati,akur dan memberi sokongan kpd keputusan yang dipersetujui oleh organisasi(jauhkan bercakap buruk di belakang pertikai keputusan).Ini agak sukar dipraktik,tapi ia jadi pengukur tahap kebijaksanaan atau wisdom seseorang dikaca mata ahli yg lain.
7.Ahli yg baik,tidak akan mensiasiakan tenaga,waktu,sumbangan orang lain,malah menghargai,mengucapkan terima kasih dan menyanjung sumbangan mereka dgn cara2 yang tertentu.Berilah pujian bila perlu(give credit when its due),pujian yg kita hamburkan tak perlu bayarpon,tapi kesan yg mendalam kepada penyumbang.

Rasanya,cukup dulu buat pagi minggu ini leteran dari Paman yang otai ni.Mudah2an ada faedahnya kpd warga yang di kasihi.Segala pujuan dan kebesaran hanya bagi Allah swt.

Salam hormat Paman./YDP

Thursday, August 12, 2010

SALAM RAMADAN ALMUBARAK

Salam semua warga AB yg dirahmati Allah,

Paman ucapkan selamat menyambut Ramadan almubarak kpd semua.Terimalah doa dan harapan dari Paman seklrga semua anda semua terus sehat,bertenaga dan berazam menunaikan ibadat puasa yang kita tunggu2 ini.Ia datang hanya sekali setahun,alangkah ruginya kalau kita lalai dan terlepas peluang keemasan ini.

Untuk kali ini,Paman petik sebhg Khutbah Rasulullah s.a.w mengenai Ramadan.Nabi berkhutbah sesungguhnya telah datang kpd kamu bulan Allah yg punya keberkatan,kerahmatan dan keampunan.Hari2nya adalah utama.Malam2nya paling utama.setiap detik jamnya paling utama.Inilah bulan yg kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakannya.Di bulan ini,nafas2mu adalah tasbioh,tidurmu ibada,amal2mu diterima dan doa2mu dimakbulkan.

Pohonlah kepada Allah dgn niat tulus ikhlas dan hati yg suci agar Allah bimbing kita beribadat puasa dan tilawah kitabNya.Celakalah orang yg tidak diberi keampunan Allah di bulan yg Agung ini.

Bersedekahlah pd golongan fakir dan miskin.Muliakanlah ibu bapamu,sayangilah yg muda,sambungkanlah silaturrahim,peliharalah lidahmu,tahanlah pandanganmu dari apa yg haram,hindarilah pendengaranmu dari yg haram didengar.Kasihanilah anak2yatim,bertaubatlah kpd Allah akan segala dosa kamu.Angkatlah tangan kamu berdoa kehadrat Allah.Bebaskan dosa kamu dengan banyak beristighfar.

Ramadan adalah bulan kesabaran.Sedang sabar itu pahalanya Syurga.


Sekian dulu dari Paman buat kali ini.Selamat berpuasa,beramal,berterawikh,bersedekah di bulan yang Agung ini.

Salam YDP seklarga.

Sunday, August 8, 2010

BENGKEL KENALI AL-BAJURI


(saat-saat yang dinantikan telah tiba)(salam "semut")

(aluan Pengerusi Majlis)(Hj.Fathul Mubin membentangkan kertas kerja)


(warga AB)
(pencipta logo AB )
Tahniah dan Syabas kepada SELURUH warga AB yang hadir seterusnya menamatkan kursus/bengkel separuh hari pada kali ini.Sesungguhnya tanggal 08-08-10 telah menjadi saksi bahawa setiap ahli AB tahu apa itu Al-BAjuri dan sejarah penubuhannya juga sebab kenapa dan mengapa ianya diadakan.Tahniah dan Syabas kepada pihak pengelola,alumni ESQ 165 yang lama dan yang baru..persembahan yang bergaya dan mantap.
(Trio putera hj.Mashod + Hjh Mariamah..hehehe..jangan marah ye..selingan sikit je..MAAF TELAH BERPUNYA)

Saturday, August 7, 2010

Alhamdulillah..tahniah dan terima kasih semua

(6 ogos-2010 -kerja-kerja akhir- menampal tulisan)

(ketibaan pengerusi serta warga AB)
(sebahagian warga AB yang hadir)
(Salam perkenalan YDP bersama Tn.Hj.Yusoff Noor)

(ketibaan YDP serta warga AB -disambut oleh anak-anak Rumah Asnaf Al-Barakh)
(doa dibacakan agar majlis diberkati dan diramati Allah swt)
(warga AB )
(warga Rumah Asnaf Al-Barakh)
(ucapan YDP)
(ucapan Pengurus Rumah Asnaf Al-Barakh)
(upacara penyerahan van dilakukan)
(Cenderahati dari Rumah Amal Asnaf Al-Barakh kepada YDP)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua..maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis berlangsung..semoga diberkati Allah swt.

Thursday, August 5, 2010

belum boleh dapat cop SAH JAWA

salam..
saje sy nak happeningkan lagi blog kita nie. asyik PENGUMUMAN dan info je..hehehe
teringat pada entry2 lama..KAK IMANG..hidupkan lah balik kelas bahasa jawa kita.
supaya AB yg lahir dari darah JAWA embah lanang dan embah wedok tak lupa asal usul atau malu nak mengaku asal mereka. 


al-kesah nya,
ada seorang kenalan , bila dia tahu sy orang jawa, terus dia ngomong jowo dengan saya. mula-mula sembang macam bangga la, sy pon boleh cakap jawa


kawan : naz,koe rabi kapan?taun ngarep yo?


naz: yo lah=) insyaAllah angger orak eneng masalah=)


 kawan : i'allah ora eneng opo2...aku donga'ne paringi selamat kabeh..
bulan piro?



naz : orak paham la..hahhaha paringi kui opo ek?


kawan :  paringi ora paham??


huhuhu..balik umah terus sy tanya mak.. PARINGI tu apa?? sekarang dh tau dh apa=)

Monday, August 2, 2010

SEPETANG BERSAMA PENGHUNI RUMAH ASNAF AL-BARAKH

Salam seluruh warga AB.Seperti yang telah diwar-warkan 1 program amal akan diadakan pada 7 Ogos 2010 (Sabtu).Sehubungan dengan itu SELURUH ahli keluarga AB dijemput untuk menghadirkan diri.

Untuk makluman juga,seluruh warga AB dikehendaki berkumpul di Masjid As-Syariff sebelum masuknya waktu Asar.Ia bertujuan agar SELURUH ahli keluarga AB dapat bergerak serentak.Kerjasama SELURUH warga AB adalah amat diharapkan demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Bersama ini saya lampirkan tentetif acara untuk panduan kita bersama.


Masa/ Program

4.35 petang -Berkumpul di Masjid As-Syariff,Taman Seri,Telok Datok


4.45 petang -Solat Asar berjemaah


5.00 petang -Bergerak ke Rumah Asnaf Al-Barakh


5.10 petang -Bacaan doa oleh :-

Adik Faqqrul Razzi bin Mat Yatim


5.15 petang -Ucapan dari:-

Ybhg Dato’Dr.Hj.Zabir bin Haji Bajuri

( Yang Dipertua Keluarga Al-Bajuri/Pengerusi Zetcom)


5.30 petang -Ucapan dari:-

( Tuan Haji Yusuf bin Hj.Noordin,Timbalan Presiden)


5.45 petang - Upacara penyerahan van dan sumbangan oleh

Pengerusi Zetcom kepada Pengurusan rumah Asnaf


5.50 petang -Jamuan ringan dan sesi beramah mesra


6.30 petang -Bersurai


Kepada ahli keluarga yang ingin menyampaikan sumbangan wang ringgit,bolehlah berbuat demikian dengan memberikan kepada Pengerusi G2 sebelum waktu Asar pada hari berkenaan.Juga sekiranya warga AB yang ingin menyerahkan buku-buku ilmiah,pakaian yang tidak dipakai lagi,bolehlah berbuat demikian.



Sekian,saya yang menjalankan tugas


Penyelaras Program Al-Bajuri-Rumah Asnaf Al-Barakh

Sunday, August 1, 2010

BENGKEL KENALI AL-BAJURI - pertukaran tarikh

Salam Al-Bajuri,

Merujuk kepada posting saya pada 26.07.2010 yang lalu dan jemputan melalui warkah, diumumkan bahawa Bengkel Kenali Al-Bajuri akan ditangguhkan sehari, dari tarikh asal 07.08.2010 kepada 08.08.2010 bagi memberi laluan kepada sekolah ganti pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, program Sepetang Bersama Penghuni Rumah Asnaf Al-Barakh akan diadakan seperti yang dirancang, iaitu pada 5.00ptg bertarikh 07.08.2010. Mohon maaf atas kesulitan yang timbul dan harap maklum.

Yang menjalankan tugas,

Fathulmubin Sajadi

Ahli Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada hari Selasa , 27 Julai 2010 yang lalu adik saya Surianim selamat melahirkan puteri kedua di Hospital Putrajaya. (Maaf, tak sempat maklumkan segera.)

Memperkenalkan, Aiza Harisah Bt. Mohd. Hairi



Baby sejurus balik ke rumah nenek (27/07/2010)














Baby semalam (31/07/2010)