Sunday, July 11, 2010

Terima Kasih

(aluan dari Tuan Rumah)

Mesyuarat AB kali ke 5 telah pun melabuhkan tirainya pada 10.Julai 2010 dengan kehadiran yang begitu baik.Pihak keluarga faham ada dikalangan kita yang menghadiri ESQ165 di Kompleks Tabung Haji bermula dari hari Jumaat hinggalah ke hari Ahad,Syabas dan Tahniah diucapkan,semoga mendapat sesuatu daripadanya.Berkisar tentang mesyuarat AB,banyak keputusan dan perbincangan telah dibuat dan diputuskan,antaranya Bengkel Kenali Warga Al-Bajuri yang akan diadakan pada 7 Ogos 2010 (Sabtu) dimana penyertaannya telah diwajibkan kepada G2 dan G3,tempat di Surau sek. 3,Shah Alam dan pada sebelah petangnya sekitar jam 5,warga AB yang berkelapangan dijemput hadiri program "sepetang bersama penghuni rumah Asnaf dan penyampaian van oleh YDP.Mengenai sesi atau slot tak kenal makan tak cinta,pada mesyuarat kali ini telah menampilkan seorang lagi warga G1,tak lain dan tak bukan Ucu Pah,banyak yang kita semua tak tahu perit getir Ucu Pah mengharungi dunia perguruan,bagaimana Ucu Pah dilabelkan sebagai seorang yang "garang".tapi pada malam ini,segala persolanan telah terjawab.
Mengenai baju pula,seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat semalam,tempoh 2 minggu telah diberikan untuk menempah dan bayaran penuh hendaklah dibuat semasa tempahan.
Mesyuarat ditangguhkan sekitar jam 11.40 malam,
akhir kata,bagi pihak keluarga,jutaan terima kasih diucapkan buat seluruh warga AB yang sudi hadir pada malam berkenaan.Jumpa lagi di mesyuarat AB kali ke-6 di kediaman Paman/Wak Kemat pada 21 Ogos 2010,kita mesyuarat,buka puasa dan terawih bersama.
(sebelum mesyuarat bermula)
(tak kenal maka tak cinta...)
(asyik mendengar kisah Ucu Pah)
( 2 wajah yang berbeza tapi 1 matlamat dan tujuan)
(mengikut fasal.....tulah kata Tuan Peguam kita ni)
(Bismillah...)
(bakal alumni ESQ)

5 comments:

Has_mimi said...

Salam

terima kasih daun keladi kpd tn rumah. Rasa mcm open house 'raya'
coz ada sate & nasi impit.

Anonymous said...

Salam buat semua warga AB.
Terima kasih pada Mak Ngah dan seluruh keluarga di Taman Seri kerana hosting perjumpaan kali ini.Semoga keakraban yang begini berterusan dan terus dapat kasih sayang Allah.YDP

mubin said...

Salam Al-Bajuri,
terharu ngan sambutan tuan tanah, mcm2 ada... yg mengharukan, permintaan utk buat mtg pada bulan puasa,tak sangka ramai yg setuju. Bab refreshment.. x de masalah la kan sebab buat kat umah syurga makanan Al-Bajuri hehehe.

nazwellazo said...

salam
terima kasih pd Tn.Hj Zawal yg menurunkan carta muke Mamat dlm blog nie=)

terima kasih juga pd Mak Ngah & keluarga.walaupon perut penuh tp hidangan2 tue mmg membuatkan saya bertambah merosak kan diet..

Alhamdulillah byk keputusan dh dibuat, harap agenda yg masih pending dpt terlaksana dan semoga HKAB tahun ini memberi kelainan dgn adenya perjumpaan kita yang semakin meriah=)

EILA said...

alhamdulillah..ketika org lain semakin ramai dtg meeting AB..aku pulak yg asyik missed jer..bkn sengaja yer..ader ajer halangan yg dtg..so, insyaallah dilain kesempatan aku pastikan dapat sama2 joint meeting AB mcm dulu..S/U tu org lain pon boleh handle,kan..tqvm to awok n aya..