Thursday, October 1, 2009

"TERIMA KASIH CIKGU"

Anakku ( zakwan) pulang dari sekolah bersama cerita dengan beberapa titis airmata.Nak tahu kenapa? Hari ini merupakan sambutan rasmi hari persaraan Tok Cu Masripah di SKOL.Baru kutahu bhw tok cu bermakna dlm rutin harian anakku. Bersungguh dia nak aku sediakan present, brsemangat dia nak sampaikn pd tok cu dan aku nampak dia lebih ceria pergi ke sekolah. (x sangka balik nangis pulak!)

Di kesempatan ini aku ingin ucapkan terima kasih buat Ucu Pah atas budinya mendidik Zaid & Zakwan sepanjang beliau bertugas di SKOL. Aku doakan Ucu Pah bahagia menjalani rutin harian sepanjang tempoh persaraan ini. Moga Allah membalas segala jasa baikmu dgn sebaik-baik ganjaran. Kpd warga AB yg lain lebih2 lagi yg pernah menjadi anak didik Ucu Pah, ucapkanlah terima kasih kalian utk kesekian kalinya (walaupun dulu ucu Garannggg)............

" SELAMAT BERSARA UCU PAH "

4 comments:

azhaN said...

Selamat Bersara Ucu!

Walaupun pernah menjadi 'pendidik' a.k.a. guru sandaran tidak terlatih untuk tempoh yang pendek i.e. <6 bulan (suatu ketika dahulu), saya cukup kagum dengan pengorbanan, kesetiaan, amanah, keikhlasan, kesabaran guru2 kita membimbing anak2 yang dahagakan ilmu pengetahuan dan 'sentiasa aktif'. Juz imagine, Ucu menjadi guru since Pak Epong masih bayi (mungkin)!

Jasa pengorbanan seorang guru, semoga ALLAH dapat membalasnya. Kami hanya dapat mendoakan kesejahteraan guru2.

mari sama2 kita menghayati lagu guru malaysia:

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

awok said...

bagi pihak UCU PAH, terima kasih atas ingatan kalian.. semoga warga AB yang bergelar pendidik harini terus ikhlas mendidik anak bangsa..

p/s : mak susah hati, asyik pikir ape nak wat dah tak sekolah=p

S-a-B-r-I-n-A said...

Awok, ajar le Ucu blogging. Kalau tak tau apa nak buat, leh share experience kat blog. Hehehe..

DZB165 said...

UCU tersayang,Selamat bersara.Setiap bermula ada akhirnya.Walaupon akhir bertugas sbagai guru,namun sebagai insan dan hamba Allah masih ada lagi.Banyak boleh dilakukan selepas bersara,yg dulunya tak terfikir pon sebabb tak ada masa.Tapi kini ada masa,dan fikiran pun lapang.Umpamanya masa untuk kesihatan diri,masa utk kedapur,masa untuk lebih beribadat,masa untuk join klrga dan masyarakat,surau dan masjid,shopping dan macam2lagi.So,relax dan ambil peluang untuk bahagiakan diri dan klrga dan rapatkan diri untuk Maha Pencipta,Allah swt.Semoga lebih bahagia lepas bersara.Salam Wak seklrga.