Wednesday, April 30, 2008
HAPPY BIRTHDAY
Tuesday, April 29, 2008
TRIVIA AB
Siapakah diantara warga Al-Bajuri yang berkongsi tarikh lahir ? Jawapannya lebih daripada satu..
Wudhu' Batin dan Solat
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?'
Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.'
Isam bertanya, 'Bagaimana wudhu zahir dan batin
itu? '
Hatim berkata, 'Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air'.
Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-
>: * Bertaubat
>: * Menyesali dosa yang telah dilakukan
>: * Tidak tergila-gilakan dunia
>: * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
>: * Tinggalkan sifat berbangga
>: * Tinggalkan sifat khianat dan menipu
>: * Meninggalkan sifat dengki.'
Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.' 'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham makna nya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.
Learn a Word a Day - 29th April - 2nd May 2008
Word that describes position
30th April 2008
1st May 2008
2nd May 2008
Monday, April 28, 2008
PERKHEMAHAN KELUARGA 2008 (edited)
kawasan perkhemahan - bersebelahan toilet
Abg. Intan & Abg. Acon sedang merangka strategi, sambil dicuri2 dengar oleh Kak Anim.
Sekumpulan jurutera Hidro sedang cuba membina empangan untuk bekalan elektrik kita kelak.
Thank you and Regards,
Azhan Mashod
HPC - Line Controller
q "Please consider your environmental responsibility before printing this e-mail" hehehehe :)20 TIPS MENDIDIK ANAK YANG CEMERLANG
( 17 - 20 / 20 )17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna .
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.
Sunday, April 27, 2008
Tazkirah Senin 14 - by Dato' Zabir
-Imam Nawawi-
Friday, April 25, 2008
Mak Yah in Mingguan Wanita
Sila click pada gambar for larger view of the images...
Please click here for my side of posting!!!
TRIVIA AB
Soalan trivia kali ini agak mencabar... pikir-pikirkan over the weekend yea...
Tubuhnya tegap, kuat menendang,
Bermata bulat, mahalnya gelak,
Tak sabar menanti, teman nan datang.
Siapa ya ....
[Tq Sdr Azhan Mashod ! ]
Thursday, April 24, 2008
TRIVIA AB
Santun orangnya, lafaz berlapik,
Rajin membantu adik-beradik,
Tenang, damai, tak mudah panik,
Siapa gerangan, 'owner' kancil unggu metalik ?
(Thx to Sdr Azhan Mashod - I couldn't agree more !)
Wednesday, April 23, 2008
TRIVIA AB
Gelarannya indah, bukan puteri,
Susuknya gagah, lagi tinggi,
Senyumannya megah, bukan meninggi diri,
Siapakah beliau, anak Wak Jadi ?
[Thx to Azhan Mashod :) ]
What month were you born in??
JANUARY=PIMP
TRIVIA AL-BAJURI
Saya masih belum mendapat sebarang soalan untuk di kongsi bersama. Oleh yang demikian, saya akan mengemukakan soalan saya sendiri untuk hari ini :
Soalan pertama : Hari ku indah, dua hati jadi satu....lalala lala...Siapakah yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam bulan Mei nanti ?
Soalan kedua : Dimanakah majlis akad nikah itu akan diadakan ?
Tuesday, April 22, 2008
Learn a Word a Day : 22nd- 25th April 2008
Word that describes parts of the body
23rd April 2008
24th April 2008
25th April 2008
TRIVIA AL-BAJURI
Salam semua warga AB,
Untuk merealisasikan idea kreatif yang telah disumbangkan oleh Saudara Shaharim Satari, saya ingin memulakan ruang "Trivia Al-Bajuri" didalam blogspot kita. Ruangan ini bertujuan antara lainnya, menambah pengetahuan ahli keluarga terhadap sejarah AB, perkembangan warga AB, mengimbau kembali suka-duka perjalanan hidup warga AB samada yang masih ada atau yang telah meninggalkan kita dan tak lupa sebagai bahan hiburan.
Contoh 1 : Siapakah ahli keluarga AB yang menetap di Sabah ? * ini soalan senang **
Contoh 2 : Siapakah nama penuh anak Farah Adriza yang ke-empat ? * ini pun soalan senang**
Contoh 3 : Apakah peristiwa penting dan tidak dapat dilupakan pada tarikh 1/1/1971 ?? * Sila jawab siapa yang tahu **
Saya ingin menyeru kepada semua untuk menyumbang soalan-soalan yang kreatif & dan yang lebih susah daripada soalan-soalan contoh di atas (beserta jawapannya !!) untuk dikongsi bersama. Email kepada farahadriza@yahoo.com
Buat masa ini jawapan yang betul akan diberikan sorakan hurray !!!!/ betul !/cayalah/angguk-angguk, geleng-geleng dan lain-lain..... Mungkin di masa akan datang kita akan memberikan mata ganjaran dalam bentuk yang lebih menarik.
Saya mengharapkan feedback daripada semua untuk menyerikan lagi ruang ini ( patutkan jawapan dalam bentuk subjektif atau objektif ? dll.. )
TQ dan Wassalam daripada - Farah Adriza Zabir
Monday, April 21, 2008
Family Updates (from shoutbox)
"Yasmin bru blik dr kem pringkat kbangsaan..yasmin dpt jd wkil s'gor utk pringkat kbngsaan.."
Dato' Zabir :
"Salam semua. Baru balek ngelencer ke Vietnam brsama family. Negara mundur lepas perang. Penuh motorsikal di jalan raya. Lawat Mekong dan terowong Vietcong. Rasa tak pegi pun tak apa. Saja kawan ajak pergi"
Suhaila :
"just to inform AB, my little sister, Muna dah selamat sampai di Mekah awal pagi tadi utk mengerjakan umrah.. doakan semoga dia sihat dan selamat pulang.."
Oneng :
"asm. cuma nk inform, mak saya tsyg, Hjh Masitah telah selamat kembali dr tanah suci 2 hari lepas. alhamdulillah, sempurna hajatnya setelah sekian lama."
Tazkirah Senin 13 - by Dato' Zabir
Hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang dari segala yang buruk dan keji.
Mereka itulah orang yang berjaya.
-Ali Imran : ayat 104-
20 TIPS MENDIDIK ANAK YANG CEMERLANG
( 15 & 16 / 20 )15. Hargailah permainan kesayangan anak anda .- Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum tidur. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh
Friday, April 18, 2008
20 TIPS MENDIDIK ANAK YANG CEMERLANG
( 13 & 14 / 20 )13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila baca ni, rasanya tak salah la anda selalu pimpin tangan anak-anak even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun , hulur je tangan pasti dia akan sambut.
Thursday, April 17, 2008
( 11&12 / 20 )
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya - Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ada sesetengah budak kena banyak kali ajar, baru dia faham. Macam iklan anmum tu.Wardina tunjuk banyak kali baru anak dia faham. Ramai anak-anak dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh kita sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jangan marah sebab kalau marah nanti terbantut la proses pembelajaran dia.
Wednesday, April 16, 2008
20 TIPS MENDIDIK ANAK YANG CEMERLANG
( 9&10 / 20 )9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa-masanya mereka akan gundah gulana.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri - Mereka akan menirunya. Jangan kita sendiri kelam kabut bila ada masalah yang menimpa. Jangan kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan gabra.
Tuesday, April 15, 2008
Karangan Si Kecil
Untuk membaca karangan tersebut, sila klik di sini.
(ps : thanx Ray!!!)
Learn a Word a Day : 15th- 18th April 2008
Word that describes parts of the body
16th April 2008
17th April 2008
18th April 2008
20 TIPS MENDIDIK ANAK YANG CEMERLANG
Assalamualaikum,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik .
Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri.Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bagi nama yang baik untuk anak.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari .
Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari terutamanya seorang ibu, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang -
pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dengan kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan -
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi.
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga -
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh -
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mahu sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda-
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Kalau sesekali layan dia cakap rasa macam kelakar. Saya penah jumpa dengan anak kawan saya umur baru tiga tahun tapi mulut boleh tahan, rasa macam tak logic je tapi seronok.
Monday, April 14, 2008
Tazkirah Senin 12 - by Dato' Zabir
Nabi Muhammad SAW bersabda :
Peliharalah Allah, neascaya Allah akan menjaga dirimu.
Peliharalah Allah, nescaya kau akanmendapatnya di hadapanmu.
Kenalilah Allah di waktu kamu senang, nescaya Allah mengenalimu pada waktu kesusahan.
-Riwayat Ibnu Abbas-
Sunday, April 13, 2008
Penerbitan Buletin Al-Bajuri
AJK Unit Maklumat/Seranta adalah di dalam perancangan untuk menerbitkan Buletin Al-Bajuri, yang akan diterbitkan 2 kali setahun.
Di minta sesiapa yang mempunyai bahan untuk dikongsi bersama di dalam Buletin Al-Bajuri ini, sila berhubung dengan AJK di bawah (selewat-lewatnya sebelum 5/5/2008).
Kami bercadang menerbitkan buletin pertama dalam bulan Jun 2008.
AJK Unit Maklumat/Seranta :
Wednesday, April 9, 2008
Words of Wisdom
Your words, your dreams & your thoughts have power to create conditions in your life.
If you keep saying you can't find someone to love you or believe in you,
our very thoughts will attract more experiences to confirm your beliefs.
you can have what you want and deserve.
Monday, April 7, 2008
Tazkirah Senin 11 - by Dato' Zabir
-Al-Baqarah- Ayat 286-
Saturday, April 5, 2008
Thursday, April 3, 2008
PERKHEMAHAN KELUARGA 2008
1) Paman Zabir sekeluarga
2) Intan sekeluarga
3) Farah sekeluarga
anda bila lagi........
Wednesday, April 2, 2008
New Blog Skin
Coz there is absolutely nothing wrong with it...
Ya... Anda masih lagi berada di laman Blog Al-Bajuri, yang indah ini...
Indah ker? Perasan nyer diriku ini...
Well... Saja nak tukar skin... Takut family member boring tengok skin yang sama jer selama ni...
Hope you like it...
ps : Walau bagaimanapun, this new skin masih lagi dalam construction coz banyak elements yang hilang.....
Warna tidak membawa apa-apa maksud yang tersembunyi...
Sekadar warna sahaja...
Health Tips - by Dr. Azmil
When was your last check up?
Quit smoking.