Assalamualaikum,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik .
Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri.Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bagi nama yang baik untuk anak.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari .
Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari terutamanya seorang ibu, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang -
pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dengan kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan -
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi.
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan -
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga -
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh -
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mahu sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda-
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Kalau sesekali layan dia cakap rasa macam kelakar. Saya penah jumpa dengan anak kawan saya umur baru tiga tahun tapi mulut boleh tahan, rasa macam tak logic je tapi seronok.Ala , macam Aznil tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab, Zoo, untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga -
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh -
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mahu sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda-
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Kalau sesekali layan dia cakap rasa macam kelakar. Saya penah jumpa dengan anak kawan saya umur baru tiga tahun tapi mulut boleh tahan, rasa macam tak logic je tapi seronok.
No comments:
Post a Comment