Thursday, January 31, 2013

Febuari muncul lagi..

 
Ydp,Pengerusi serta barisan AJK KAB 2013 serta warga KAB ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada:
01) Ainur Fateha 20 Feb 2013
02) Al Zunurain Mubarak 08 Feb 2013
03) Shamshul Ariffin 06 Feb 2013
04) Salasiah Said 01 Feb 2013
05) Syafiq Achon 17 Feb 2013
06) Siti Sarah Shamshul Ariffin 03 Feb 2013
07) Eqin Da 23 Feb 2013
08) Hjh Zalina Mashod 01 Feb 2013
09) Rafidah Damirin 01 Feb 2013
10) Mariam Kamad 09 Feb 2013
11) Suhaimi Yusoff 10 Feb 2013
12) Surianim Satari 26 Feb 2013
13) Amy Basri 28 Feb 2013
14) Eila Suri 28 Feb 2013
15) Rozlinda Samsuri 02 Feb 2013
16) Hjh Farah Adriza 19 Feb 2013
17) Hj Shaik Mohamed Imran 19 Feb 2013
18) Ijaz Zarif 15 Feb 2013
19) Azwar Mustafa 20 Feb 2013

SEMOGA ALLAH [ANJANGKAN USIA,LUASKAN REZEKI SERTA AMALAN DITERIMA & DIBERKATI ALLAH swt
-biro maklumat KAB_

Wednesday, January 30, 2013

Mari Mengaji Quran


Minggu ke 2 Kelas Mengaji Al-Quran Keluarga Al-Bajuri telah pun selesai dilaksanakan.Alhamdulillah.Cuma,bermula minggu ini,kelas diadakan pada setiap hari Rabu malam Khamis selepas Solat Isya',dimana Ybhg Ustaz Arip akan menjadi tenaga pengajarnya.

Sesi permulaan dimulakan dengan pengenalan  huruf "Mad".Minggu ini Ustaz menerangkan apa itu huruf "Mad"
Huruf =          Terdiri daripada 3 huruf iaitu :
ي
و
ا
Makna =          Memanjangkan suara pada huruf-huruf mad dengan kadar 2 hingga 6 harakah
i.       Alif ( ا ) sebelumnya huruf berbaris di atas    =   قال
ii.      Wau ( و ) sebelumnya huruf berbaris di hadapan   =   يقول
iii.      Ya’ ( ي ) sebelumnya huruf berbaris di bawah    =    قيل
Bahagian         = Bagi Mad terdapat 2 jenis hukum iaitu :
  1. Mad Asli (Tabi’i)
  2. Mad Far’i

1.       MAD ASLI (TABI’I)
Makna =          Tidak ada huruf Hamzah ( ﺀ ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.
Hukum =          Kadar bacaannya ialah 2 harakah
Makna =          Tidak ada huruf Hamzah ( ﺀ ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.
Terdapat 3 Keadaan Mad Asli, iaitu :
  1. Wakaf Dan Wasal
  2. Wasal
  3. Wakaf

1.1       Mad Asli : Wakaf dan Washal
Huruf Mad tetap ada ketika washal atau wakaf samada :
i.    Huruf Mad itu terletak di tengah
ii.   Huruf Mad terletak di akhir

1.2       Mad Asli :  Washal (Shilah Shugra)
Mad Asli juga terjadi pada Washal (dan hilang ketika wakaf) –    pada Shilah Shughra, iaitu :
i.      Huruf Wau Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Dhammah
-    Untuk Ha Dhamir disambung dengan Wau,
disyaratkan agar huruf itu harus terdapat di antara 2 huruf yang berharakat
ii.      Huruf Ya Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Kasrah.
-    Untuk Ha Dhamir disambung dengan Ya,
disyaratkan agar huruf itu harus terdapat di antara 2 huruf yang berharakat

1.3       Mad Asli: Pada Wakaf
Mad Asli juga terjadi pada huruf Mad yang ada ketika Wakaf (dan hilang ketika Washal, iaitu jika disambung dengan kalimah sesudahnya). Hal ini terjadi pada huruf Alif Pengganti Tanwin (fathatain).

Selepas itu,Ustaz mendengar setiap pelajarnya membacakan Surah Al_Fateha dan Al-Baqarah..

1001 MAKSUD..TERSURAT dan TERSIRAT KELUARGA HJ.KAMAD

SUKA DUKA KELUARGA AL-KAMAD

Sedang ADMIN menguruskan tugasan harian,secara tiba-tiba phone ADMIN berbunyi..Lihat nombor,memang tak kenal,akan tetapi pangkal nombor tu ADMIN tahu bahawa ianya panggilan dari sekitar Putrajaya dan kawasan yang sama waktu dengannya.
Apa pun ADMIN ucapkan terima kasih kerana yang menelefon ADMIN sekadar bertanya bila nak buat posting baru,ADMIN berkata masih "belum"ada idea,cerita dah ada,cuma menunggu "Q" untuk disiarkan sahaja.
Sewaktu warga KAB berkunjung ke kediaman ayahanda Hj.Kamad baru-baru ini (ziarah) sambil borak-borak bersama ahli keluarga ayahanda Hj.Kamad admin terpandang ke arah satu sudut.hingga membuatkan admin pergi melihat dengan lebih jelas.SubhanAllah..cantiknya!Punyai idea yang di luar jangkaan atau lebih senang kalau admin katakan ianya amat kreatif!
Hanya sebuah lukisan tapi punyai 1001 makna yang tersurat dan tersirat.Sesuai sangat dengan "motto"keluarga ayahanda Hj.Kamad,iaitu GUYUP,PRIHATIN dan REDHA.

Sunday, January 27, 2013

SIZZLING MEE

Hari ni admin berkesempatan menikmati Sizzling Mee buatan Paman Wan..perghhh...memang menarik dn enak...Harga..boleh tahan..RM5.00 kosong kalau nak enak lagi tambah pulak dengan telur mata..perghh..terangkat beb..harga RM5.50 jer..Belum try..belum tau..jadi..trylah..



Team biro maklumat KAB

Wednesday, January 23, 2013

Kami prihatin


Alhamdulillah..program kunjungan mesra KAB ke Rumah Amal Asnaf Al-Barakh telah pun selamat dilaksanakan.Kunjungan "mengejut" ini di hadiri oleh Cikgu Hamid,Encik Bakar serta admin bukan bertujuan untuk mencari salah atau silap sesiapa,namun kunjungan ini lebih kepada kunjungan bersifatkan kekeluargaan.Kami solat berjemaah bersama,solat sunat hajat bersama dan paling utama Cikgu Hamid telah menyampaikan tazkirahnya.Alhamdulillah..Insya Allah program ini akan diadakan setiap bulan..demi mendidik anak-anak ini menjadi anak yang cemerlang dan gemilang yang berjasa kepada agama,bangsa dan negara.