Monday, March 14, 2011

Tabuh berbunyi..

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak."
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..

Rasulullah S.A.W. mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit, waktu yang sangat sukar dan terlalu payah untuk bangun dari tidur. Seseorang Muslim, apabila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh Gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. Oleh sebab itu Baginda S.A.W. telah mengkhususkan solat Subuh dengan beberapa kelebihan yang tidak ada pada solat-solat yang lain.

Antaranya :

· Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).."
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

· Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"

· Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh."
(Hadis riwayat Muslim)

· Jangan tinggalkan masjid terutama di kala waktu Subuh merupakan antara sunnah Rasulullah S.A.W. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki kita ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzzin tetapi itu adalah panggilan Allah S.W.T. yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah S.W.T.

Kita semua sudah makruf mengenai peribadi Rasulullah S.A.W. yang bersifat "ma'sum". Setiap hajat yang dipinta oleh Baginda S.A.W. pasti akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Tidak ada hijab antara Baginda dengan Allah S.W.T. kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara "jasadiyah" paling dekat dengan Allah S.W.T. Waktu Subuh adalah waktu yang "afdhal" untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Tidakkah kita merasa ingin merebutnya???

Allah S.W.T. berfirman maksudnya:

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas."
(Surah Al-Kahfi ayat : 28)

Hayatilah hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik solat Subuh. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seluruh isinya. Dalam hadis riwayat Imam At-Tirmidzi:

"Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah S.A.W., dua rakaat solat Fajar (solat Subuh) pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Jadi apakah yang menghalang kita untuk tidak bersolat Subuh secara berjemaah? Atau paling kurang kalau tidak secara berjemaah pun, bukanlah kita jadikan solat Subuh tersebut dengan 'Subuh Gajah' setelah terbangun selepas pukul 7 pagi lebih atau tujuh setengah atau entahlah... "Retorik" kah kita??
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 11, 2011

JOM MELABUR..

JOM WARGA KAB KITA BUAT PELABURAN..SEPERTI YANG DIWAR-WARKAN OLH YDP DI MESYUARAT KALI KE 2 TEMPOH HARI..BANYAK KELEBIHAN SERTA FAEDAH YANG MENANTI PARA PELABUR..BONUS/DIVIDEN DIKHABARKAN LUMAYAN..APA LAGI..JOMMM

Thursday, March 10, 2011

Allah selamatkan kamu..

Selamat pergi dan selamat kembali diucapkan kepada Ybhg Dato'Dr Hj Zabir serta Datin,Hjh.Farah serta keluarga dan Hj.Fathulmubin serta Hjh Hanim..,semoga segala amalan yang dilakukan diterima,diberkati serta dirahmati Allah swt.doakan agar suatu hari nanti warga al-bajuri akan turut jejakkan kaki disana bagi menunaikan ibadah..,insya Allah..
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, March 8, 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS DOA SELAMAT DAN AQIQAH

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah Kepada Semua Warga Al-Bajuri.

Sukacita dimaklumkan Majlis Doa Selamat dan Aqiqah sempena ulangtahun kelahiran yang pertama Shazrinnaufal Nuraiman bin Saiful Hasbullah yang sepatutnya diadakan pada 27 Mac 2011 akan dipercepatkan ekoran ketiadaan ramai ahli Al-Bajuri kerana ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Umrah.

Berikutan itu, majlis tersebut akan diadakan pada :

Hari : Sabtu
Tarikh : 19 Mac 2011M (14 Rabiulakhir 1432H)
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Teratak Nyaei, Lot 2676 Jalan Sentosa, Olak Lempit.

Kehadiran seluruh Warga Al-Bajuri amat dialu-alukan bagi memberkati majlis tersebut.

Sekian. Terima kasih.

makluman:
* Shazrinnaufal Nuraiman dilahirkan pada 25 Mac 2010M (9 Rabiulakhir 1431H)
* kami tetap mengalu-alukan kehadiran tetamu yang datang selepas jam 12.30 tgh.

Thursday, March 3, 2011

SARAPAN PAGI BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH AL-ASNAF

MAJLIS

SARAPAN PAGI BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH AL-ASNAF

TMN SRI TELOK DATOK

BANTING

Tarikh : 27hb Mac 2011

Masa : 8.00pg – 11.00pg

Aktiviti : 1. Sarapan Pagi

2. Sesi Motivasi untuk warga Al-Asnaf khususnya dan warga AB amnya.

3. Penyampaian sumbangan kepada Warga Al-Asnaf .

Objektif : 1. Merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara keluarga AB dan Al-Asnaf

2. Menyuntik Semangat dan Kesedaran kepada Warga Al –Asnaf khususnya dan warga AB amnya betapa pentingnya untuk menjadi Individu yang berkualiti secara TOTAL. Merangkumi zahir dan batin. Duniawi dan Akhirat.

Tanpa persediaan ilmu dunia dan akhirat yang mencukupi, persediaan untuk menghadapi dugaan serta cabaran pada masa akan datang akan menjadi terlalu sukar dan mungkin akan kecundang di pertengahan jalan.

Penceramah : En Hamid Ansanar

Penyelaras : Pn Juariana Samsuri

Cik Suraya Aiani

Idham Khalid Samsuri

Hj Zawalajam Mashod

Nota :

Sarapan Pagi :

Pot Luck dari Keluarga Al Bajuri. Mohon sesiapa yang hendak menyumbangkan makanan/minuman sila maklumkan jenis makanan/minuman yang hendak disumbangkan. Ini adalah untuk memastikan kuantiti makanan/minuman yang akan dibawa adalah mencukupi serta tidak terlalu berlebihan/berkurangan.

Sesi Motivasi :

Tajuk yang diberikan hanyalah cadangan. Terbuka kepada idea-idea yang lebih baik dan bersesuaian dengan Objektif Sesi Motivasi itu sendiri.

Sumbangan Kepada Al Asnaf:

Terbuka kepada warga Al Bajuri yang hendak bersedekah. Sumbangan boleh dari pelbagai bentuk seperti makanan asas/wang tunai dsb.

Peringatan Bersama:

Sila maklumkan kepada salah seorang AJK :

i. Jenis makanan/minuman yang hendak dibawa untuk sarapan pagi

ii. Sumbangan kepada Warga Al Asnaf

sebelum/pada 19 MAC 2011.

__________________________________________________________________________

MAJLIS

SARAPAN PAGI BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH AL-ASNAF

TMN SRI TELOK DATOK

BANTING

CADANGAN AKTIVITI

8.00 – 8.30 Berkumpul di Rumah Al Asnaf

8.30 – 9.15 Sarapan Pagi

9.15 – 9.20 Ucapan Alu-aluan Dari Pengacara Majlis

9.20 -9.25 Bacaan Doa Dari Tn Hj Zawal Mashod

9.25 – 9.35 Ucapan dari Timbalan Pengerusi KAB

9.35 – 9.45 Demonstrasi Pencak Silat

9.45 – 10.45 Sesi Motivasi – En Hamid Ansanar

Topik 1: Belia Cemerlang, Negara Gemilang

Topik 2: Bagaimana menjadi Modal Insan yang Cemerlang

10.45 – 10.50 Ucapan Penutup dari Pengetua Rumah Al Asnaf

10.50 – 11.00 Pemberian Sumbangan kepada Rumah Al Asnaf

11.00 Bersurai