"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak."
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..
Rasulullah S.A.W. mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit, waktu yang sangat sukar dan terlalu payah untuk bangun dari tidur. Seseorang Muslim, apabila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh Gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. Oleh sebab itu Baginda S.A.W. telah mengkhususkan solat Subuh dengan beberapa kelebihan yang tidak ada pada solat-solat yang lain.
Antaranya :
· Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).."
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
· Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"
· Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh."
(Hadis riwayat Muslim)
· Jangan tinggalkan masjid terutama di kala waktu Subuh merupakan antara sunnah Rasulullah S.A.W. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki kita ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzzin tetapi itu adalah panggilan Allah S.W.T. yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah S.W.T.
Kita semua sudah makruf mengenai peribadi Rasulullah S.A.W. yang bersifat "ma'sum". Setiap hajat yang dipinta oleh Baginda S.A.W. pasti akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Tidak ada hijab antara Baginda dengan Allah S.W.T. kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara "jasadiyah" paling dekat dengan Allah S.W.T. Waktu Subuh adalah waktu yang "afdhal" untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Tidakkah kita merasa ingin merebutnya???
Allah S.W.T. berfirman maksudnya:
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas."
(Surah Al-Kahfi ayat : 28)
Hayatilah hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik solat Subuh. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seluruh isinya. Dalam hadis riwayat Imam At-Tirmidzi:
"Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah S.A.W., dua rakaat solat Fajar (solat Subuh) pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Jadi apakah yang menghalang kita untuk tidak bersolat Subuh secara berjemaah? Atau paling kurang kalau tidak secara berjemaah pun, bukanlah kita jadikan solat Subuh tersebut dengan 'Subuh Gajah' setelah terbangun selepas pukul 7 pagi lebih atau tujuh setengah atau entahlah... "Retorik" kah kita??
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment