Saturday, March 20, 2010

PERADUAN WARKAH KEPADA YDP

SEPERTI YANG TELAH DIWAR-WARKAN!!!
Pastinya ramai warga ALBAJURI yang ternanti peluang ini muncul.
Mengimbas kepada HKAB'36 yang telah lalu, banyak iktibar yang boleh diambil pengajaran, banyak lompang yang perlu diperbetulkan, banyak ruang yang boleh ditambahbaik.
Maka inilah peluang buat seluruh warga AB untuk memberi idea , cadangan, pandangan yang membina
bagi menambah baik fungsi AL-BAJURI sebagai sebuah keluarga yang harmoni.

KATEGORI PERADUAN
1. DEWASA
2. SEKOLAH MENENGAH
3. SEKOLAH RENDAH

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
· Mestilah ahli keluarga AL-BAJURI
· Menghantar penyertaan mengikut kategori
· Tema bebas yang berbentuk idea, cadangan, pandangan yang membina atau luahan hati tentang apa sebenarnya yang anda semua harapkan dari AL-BAJURI
· Penulisan dalam bentuk surat mengikut kreativiti
· Dihantar sebelum 31.05.2010

· Ke alamat berikut :
PERADUAN WARKAH KEPADA YDP
DATO` DR. HJ ZABIR BAJURI
NO. 10, JALAN BERLIAN 7/1A
40000 SHAH ALAM SELANGOR

HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!! NANTIKAN IKLAN SELANJUTNYA =)

UNTUK KETERANGAN LANJUT :
Sila jangan segan silu untuk menghubungi
Saudari NAZ AZWA @ awok 0129040184
Facebook : naz azwa supuan
wellazo_soledad@yahoo.com
nazwellazo.blogspot.com
YM : puterirembulanbiru

Thursday, March 18, 2010

MESYUARAT ALBAJURI 02/2010

Salam AlBajuri,

Notis mengadakan Mesyuarat AlBajuri 02/2010 yang sepatutnya diadakan pada 27.03.2010 akan dipercepatkan dan akan diadakan seperti berikut :

tarikh : 20.03.2010 (Sabtu)
masa : 5.00 ptg
tempat : Villa DZB

pertukaran ini dibuat selepas program 'Sepetang Bersama Mak Ude Iffah'dan memberi kemudahan kepada semua untuk hadir.

Seperti notis sebelum ini, semua AlBajuri yang berkesempatan dijemput hadir dan sila war2kan. Jumpa di sana...................

Yang menjalankan tugas

Fathulmubin Sajadi

SEPETANG BERSAMA MAK UDE IFFAH

Salam...

YDP akan menganjurkan program 'SEPETANG BERSAMA MAK UDE IFFAH' bagi mengenali beliau dengan lebih dekat, mencontohi kejayaannya dan belajar ilmunya...

tarikh : 20hb March 2010 (Sabtu)
masa : 3-6 petang
lokasi : Villa DZB

Warga AB 5-12 tahun adalah dijemput...

Sila hubungi Puan. Suhaila / En. Yanto untuk pendaftaran...

Wednesday, March 17, 2010

Arwah Abby dlm kenangan

berdiri.. Kanan sekali.. pakai baju belang2 merah putih...


Bagi yang belum lagi, ni lah Arwah Abby / Firdaus... Cucu Embah Piah.. Anak Paman Mazlan / Cik Siti... He is 24.. meninggal dalam tido... UiTM final year student... Sangat baik n soft spoken...


Al- Fatihah...

picture taken from Facebook : Donna Ismail ... thx...

Monday, March 8, 2010

Tahniah Fariza Ariffah !

Fariza graduan cemerlang Kolej Islam Antarabangsa


GOMBAK: Sarat mengandung lapan bulan dan sudah bekerja sebagai penyelidik kejuruteraan bioperubatan di Universiti Malaya bukan alasan untuk Fariza Ariffah Zabir (kanan), 27, berhenti mencari ilmu sehingga membolehkannya meraih Anugerah Pencapaian Akademik Cemerlang pada Konvokesyen kelima Kolej Islam Antarabangsa di sini, semalam.

Beliau yang memiliki Ijazah Kejuruteraan BioPerubatan Universiti Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat menyifatkan sudah menemui cinta baru sepanjang enam bulan mengikuti program sijil montessori.

Anugerah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Seramai 1,072 menerima sijil dan diploma masing-masing kepada bekas penuntutnya yang sepatutnya menjadi graduan, semalam.

Bagaimanapun, Muhamad Nur Salam Husin Salamon meninggal dunia Mac tahun lalu ketika menyelamatkan nyawa dua rakan sekelasnya yang hampir lemas dalam tali air berdekatan Taman Batu Muda. Anugerah itu diterima oleh bapanya Husin Salamon.

Bagi penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Keseluruhan, Muhammad Nabil Mohd Ghouse, 20 pula tiada kaedah pembelajaran khusus dipraktikkan bagi menamatkan pengajian dalam Diploma Pentabdiran Perniagaan yang diikutinya.

Kaedah pembelajarannya sama seperti rakan-rakan lain, malah mengakui dia kerap mengulang kaji di saat-saat akhir.

Buat kali pertama tahun ini, kolej itu menganugerahkan Hadiah Kemanusiaan kepada bekas penuntutnya yang sepatutnya menjadi graduan, semalam.

“Bagaimanapun saya kerap mengadakan perbincangan dengan kawan-kawan dan belajar bersama. Selain itu saya sangat berminat dalam bidang ini mungkin ia lebih memudahkan proses pembelajaran,” katanya.

Terdahulu, Jamil Khir dalam ucapannya berkata keseimbangan ilmu dunia dan akhirat yang ditekankan dalam silibus pengajian di kolej berkenaan mampu melahirkan golongan Muslim profesional.

“Saya percaya dengan adanya golongan muslim profesional begini, ia akan mengubah persepsi negatif dunia barat khususnya mengenai Islam,” katanya.

tamat