Saturday, June 30, 2012

Bila ada kasih..adalah perasaan Sayang...

Guraan Mesra Adik

Arahan dikeluarkan oleh Pengerusi KAB
Berkata Abu Said Al-Khudri r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersabda : Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya rumah-rumah-Ku di bumi ialah masjid-masjid, dan sesungguhnya pengunjung-pengunjung-Ku di masjid-masjid itu ialah orang-orang yang memakmurkannya.” (Hadith Riwayat Abu Nu’aim r.h).

syukur Alhamdulillah..sebaik sahaja selesai bergotong-royong di Tanah Perkuburan Islam Kampung Olak Lempit,warga KAB meneruskan program kedua,membersihkan kawasan Surau Al-Bajuri.
Penyampaian cenderahati kepada Pengerusi Surau Al-Bajuri
Pengerusi KAB menyerahkan sumbangan peralatan untuk kegunaan "moreh"kepada Pengerusi Surau Al-Bajuri,Tn.Hj.Hamzah.
Alhamdulillah...
Penyelaras-Penyelaras
YDP bersama Pengerusi Surau Al-Bajuri
Memasang permaidani dianjung luar Surau Al-Bajuri
Pokok yang diberi nama Al-Zabir

Diperbaharui
untuk gambar penuh klik pautan :Kileksi KAB 2012

Rindu..serindu..rindunya....


Ayahanda YDP KAB,mengetuai bacaan Tahlil ringkas
 Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan 1 keburukan (dosa) untuknya.” (HR Bukhari & Muslim)
Di dalam bulan Syaaban ini kita digalakkan untuk membuat seberapa banyak amalan yang baik,kerana di bulan ini merupakan bulan "latihan" kepada kita sebelum tibanya bulan Ramadhan yang akan muncul tidak berapa lama lagi.
Keluarga Al-Bajuri,melalui Biro Agama.Biro Kebajikan serta Biro Rewang telah bersepakat untuk mengadakan satu program yang cukup baik sekali,iaitu Program Gotong-Royong Perdana 2012.
Maka,pada tanggal 30 Jun 2012,bersamaan 10 Syaaban 1433H,bertempat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Olak Lempit,warga KAB seawal pagi telah berkumpul di situ bagi melaksanakan tugasan yang mulia ini.Alhamdulillah,penyertaan warga KAB sepanjang program ini amat menggalakkan,dari yang kecil hinggalah yang dewasa,masing-masing tidak melepaskan peluang merebut ganjaran pahala dengan melakukan kerja-kerja pembersihan sekitar kawasan tanah perkuburan Keluarga Al-Bajuri.
(untuk foto penuh klik pautan :KOLEKSI FOTO KAB 2012 )
Memulakan tugasan

Kasih seorang anak..
Kasih seorang isteri

Wednesday, June 27, 2012

Rumah kita kena pecah???

 


Salam warga KAB,bermula hari ini (27 Jun/2012)biro MAKLUMAT kab akan menerbitkan kisah-kisah Jenayah dan Cara Pencegahannya yang akan diterbitkan setiap hari RABU.Diharapkan agar kisah-kisah ini berguna buat kita semua,Insya Allah.

KES 1 : PECAH RUMAH

CARA MENCEGAHNYA:
 
PERLINDUNGAN SECARA FIZIKAL
·    Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.
·   Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
·    Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
·   Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.
·   Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
·   Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.

LANGKAH BERJAGA-JAGA
·   Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
·   Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.
·    Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
·    Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
·   Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
·   Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
·   Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.
·   Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

Monday, June 25, 2012

Jangan lepaskan tawaran ini




Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya:"Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."


(al-Bukhari)
Huraian
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat




biro MAKLUMAT keluarga Al-Bajuri

Notis makluman

Makluman KAB,Gotong-Royong membersihkan kubur serta surau kab akan diadakan pada 30/6/2012.berkumpul di Tanah Perkuburan Olak Lempit seawal jam 8:30 pagi.Manakala,selepas maghrib,warga kab dijemput untuk menghadiri majlis Tahlil di kediaman ayahanda Hj.Kamad selepas Maghrib.Harap Maklum.cc:YDP &PENGERUSI KAB,Pengerusi Biro Kebajikan/Biro Agama dan Biro Rewang




biro MAKLUMAT keluarga Al-Bajuri

Sunday, June 24, 2012

Tahniah YDP...syukur alhamdulilah

YDP bersama sebahagian warga KAB yang hadir

Warga KAB dikesempatan  ini  ingin merakamkan setingi-tinggi TAHNIAH kepada ayahanda YDP di atas kejayaan mengekalkan kerusi no 2 di dalam Koperasi Anak Selangor (KOSAS) dimana YDP menang tanpa bertanding,syukur alhamdulillah..
24 Jun 2012,bertempat di Bangunan SUK Shah Alam,warga KAB yang telah menjadi ahli Kosas hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan KOSAS kali ke 32.Kehadiran warga KAB telah disambut sendiri oleh YDP yang menanti dipintu masuk..
Hjh Hanim : Bob..I-pad ke Bob

Apa yang menariknya,elaun kehadiran jika tahun lalu hanya RM 150,tapi pada tahun ini,syukur alhamdulillah telah dinaikkan kepada RM200 serta agihan dividen 10%. disamping ada juga tiket perlancungan yang menanti para ahli KOSAS yang bertuah..
Orang kuat KOSAS
Kenangan bersama
Melayani sahabat

Tersenyum lebar masing-masing..alhamdulillah dividen dah masuk

Saturday, June 23, 2012

sempurna sudah..

YDP memimpin bacaan Yaasin dan Tahlil
Alhamdulillah..perjumpaan bulanan keluarga Al-Bajuri bilangan ke 5 bagi tahun 2012 telah pun selamat diadakan.Bertempat di Desa Pinggir,Kampung Olak Lempit,kediaman bonda Datin Hjh Sabariah menjadi pilihan tempat untuk warga KAB berkumpul kali ini.Aturcara dimulakan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh ayahanda Dato Dr'Hj.Zabir.
antara warga KAB yang hadir

Sebaik sahaja Yaasin dan Tahlil,solat maghrib dan Isyak berjemaah pula mengambil tempat sebelum sesi menjamu selera mengambil tempatnya.Alhamdulillah..lauk-pauk yang telah disediakan amat menyelerakan semua warga KAB yang hadir,tidak ketinggalan juga,sambutan hari lahir bagi bulan JUN 2012 turut diadakan.
Pengerusi KAB sedang memberikan taklimat kepada YDP
Puan Rumah memberikan isyarat "TERBAIK"
Bilal Muda KAB (tengah) Syabas!!
Tidak banyak perkara yang dibincangkan,kerana semua perkara telah diselesaikan.Cuma beberapa program sebelum dan semasa Ramadhan telah dipersetujui untuk diadakan,seperti gotong-royong dan tadarus Al-Quran(butiran lanjut akan dimaklumkan).Pada mesyuarat ini juga,Encik Atan Samat dengan rasminya telah dilantik menjadi Bilal KAB untuk Surau Al-Bajuri berkuat-kuasa serta-merta,dan pada malam ini juga,satu tabung khas bagi membiayai peralatan Surau Al-Bajuri telah dilancarkan.
Sebelum mesyuarat ditangguhkan,dalam ucapan penutup YDP,beliau sekali lagi telah mengingatkan seluruh warga KAB agar bersatu padu dalam apa jua keadaan dan menangkis tomahan yang dilemparkan kepada keluarga KAB dan dirinya..sekirannya anda LUPA..klik pautan ini http://albajuri.blogspot.com/2012/05/anda-ada-jawapannya.html













Sajak untuk ayahanda...

Wajah Tok Abin,semasa anak-anak mendeklamasikan sajak khas buat beliau

Tangisan berkumandang,
Menandakan seorang lagi hamba ALLAH lahir ke bumi yang fana ini,
Itulah aku..yang ALLAH kurniakan fizikal dan mental yang sempurna...
Namun...hari demi hari terasa kehidupan makin sukar..
Tempat ku bermanja,tempat ke berlindung,tempat ku meluah rasa...KINI TIADA,
Hari-hari ku lalui seperti tidak keruan..sunyi..sepi..
Tangisan ku tidak dipukuj..airmata ku tiada yang menghapus..
Jeritan batinku..meronta-ronta..
Dimana ayah..dimana ibu..
Ku kehilangan..kehilangan tawa..kehilangan senyum.
Dimana..dimana kehangatan pelukan seorang ayah??
Dimana..dimana sentuhan lembut ibu??

Namun..saudara-saudara seagamaku tak pernah lalai..
Tak pernah cuai..dalam peduli kepada anak senasib ku..
Ku dibela..ku dilindungi,ku dijaga disebuah rumah amal..
Rumah amal yang wujud,kerana keperihatinan seorang hamba ALLAH...sebuah rumah..
Sebuah rumah kesayangan keluarganya..
Telah diwakafkan tuk aku dan teman-teman berlindung..
Sebuah rumah yang punya banyak nostalgia padanya sekeluarga..
Namun demi tuk memperjuangkan nasib semalang ke...beliau rela berkorban..
Beliau yang ku layak ku panggil ayahanda..
Berinfa'dijalan ALLAH..bukan kerana nama..bukan kerana ingin kaya..
bukan sanjungan manusia..namun kerana KEREDHAAN MU YA ALLAH..
Aku tak bersalah..aku rasa seba salah..
Aku rasa tak mampu tuk membalas jasa insan-insan yang berhati mulia ini.... 
nukilan:Anak-anak ASNAF AL-BARAKH (23/6/12) 
Keluarga Al-Bajuri

Warga KAB telah diundang oleh pihak Pejabat  Daerah Kuala Langat ke Majlis Perasmian Program Komuniti Sedar dan Prihatin yang telah diadakan pada 23/Jun/2012 bertempat di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh,Kampung Olak Lempit.Alhamulillah..YDP,Pengerusi serta warga KAB berkesempatan menghadirinya.Perasmian dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Langat disamping menyampaikan sumbangan-sumbangan daripada Jabatan-Jabatan kerajaan,tidak ketinggalan juga,YDP selaku Penasihat,telah menyampaikan sumbangan kepada pihak Rumah Amal Asnaf Al-Barakh.
Sumbangan dihulur

Apa yang menariknya,anak-anak telah mendeklamasikan sajak khas buat YDP..hinggakan ada jemputan yang mengalirkan air-mata..SubhanAllah..
Pelatih-pelatih PLKN Paya Indah 

Tuan Pegawai Daerah Kuala Langat bersama YDP

 

Thursday, June 21, 2012

Notis PERINGATAN



PERINGATAN:makluman dari biro maklumat kab: Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat bulanan KAB akan diadakan pada 23/6/2012 bertempat di Jalan Sepakat,(Desa Pinggir,rumah bonda Hjh Sabariah,)Olak Lempit.Aturcara,6.00 petang,ketibaan warga kab,yaasin dan tahlil,solat maghrib berjemaah,makan malam dan mesyuarat.Kehadiran warga kab adalah amat diharapkan,segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.salinan kepada ydp dan pengerusi.




biro MAKLUMAT keluarga Al-Bajuri

Wednesday, June 20, 2012

Saya anak yang baru belajar...





Bismillah….
diceritakan pada saya oleh seorang budak yang lepas nie kata ganti nama buat budak nie adalah “adek:… adek nie baru je darjah 3 @ 4 macam tu la mase tu… takpasti pulak… ^_^”
adek nie seorang yang baru nak kenal islam secara pemahaman & pengamalan.. keluarga memang dah lame da islam… cuma pengamalan & pemahaman keluarganya tentang islam mungkin sedikit cetek….
sedikit pemahaman tu bukan penghalang untuk adek usaha untuk tahu & beramal pada islam yang diketahuinya….
diceritakan pada saya… suatu hari adek nie tanye pade ustazah di sekolah nye… sekolah rendah bantuan cina…
adek : “ustazah… kenape org pergi masjid ramai2 hari jumaat ye… hari lain tak pulak…?”
ustazah : “sebab kita org islam kene solat jumaat…. kalau org laki2 wajib solat jumaat nie… sepatutnya semua waktu solat kene pergi masjid mcm solat jumaat… baru seronok…!! adek kene la selalu g masjid setiap waktu”
adek : “owh… solat jumaat je wajib…? solat lain… bukan wajib gak ke ustazah… kan ustazah ade kate 5 wajib…? bukan tak nak g masjid ustazah… jauh sangat… g solat surau tu adek tak miss lagi… ade makan2 ckit lepas solat… heee…”
Ustazah : “a’ah… wajib gak… solat jumaat nie kira wajib untuk satu minggu sekali… ganti solat zohor… kan ustazah ade kate kan… solat zohor tu wajib… solat jumaat nie ganti la solat zohor tu… sebab tu la wajib… solat jumaat ade org cakap dulu kat depan… org panggil tu dipanggil khatib & memberi khutbah jumaat… atau mcm nasihat & peringatan buat semua…. ok tak…?”
adek : “khutbah…. ok2… sebenarnye bukan tu soalan nye ustazah…. soalan nye gini… ade kawan sye kate solat jumaat nie kalau tak buat 3 kali kita keluar islam… betul ke ustazah…?”
ustazah : “hurmmm…. ustazah tak pasti la pulak pasal nie… kamu tanye ustaz yang imam kat surau tu ye… sape yang tanye tu,…?
adek : “kawan…. Ustazah… ade lagi nie… ade kawan kate solat jumaat nie kite boleh miss 3 kali… xde hal…. tapi kene solat zohor la… jangan lebih 3 kali je…. kalau lebih keluar islam…. jadi kafir ustazah… kafir tuu…. betul ke ustazah…?”
ustazah : “hurmmm kawan adek yg mane satu nie…? ha… soal keluar islam ke tak nie ustazah kene rujuk dulu…. adek jangan ikut sangat kate kawan ye… kene banyak bertanya pada yang arif… yang lebih tau… tanye ustazah ke,,, kalau ustazah tak dapat jawab nanti ustazah tanye kawan ustazah… kalau tak pun tanye kat pak imam kat surau tu… insyaAllah ade jawapan nye…”
adek : “ok ustazah,,,, biar cepat ye ustazah… nanti sye nak g tau kawan tu jwapan… boleh kongsi ckit… mane tau die tak tau… tak la kawan sye tu asik kate org yang tak solat jumaat lebih dari 3 kali nie keluar islam…”
Ustazah : “insyaALlah ustazah usahakan…”
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-
kisah tu diceritakan pd sya sendiri sebab adik tu nak jawapan pd soalan yang sama dia ajukan pada ustzah di sekolah nya…. huh…. payah kot nak bagi penjelasan kat budak kecik… maklumla…. sye nie pun bukan nye tau sangat…. term2 dalam bahasa arab tu dah satu hal…. budak kecik tanye pulak pasal hukum…. huh… rase nak luluh hati menjawab persoalan budak tu… last2 bawak je adik tu jumpa pak imam kat surau… panjang lebar pak imam menjawab… bukan pada budak tu…. kepada sye yang dijelaskannye… kire adik tu dengan sye same je tak tau… adik tu… ngaga je… tak paham sangat kot…. kesihan…. apakan daya… moga2 dikurniakan pemahaman buatnya…
iktibar yang boleh ambil dari kisah tu….
1.kite kene persiapkan diri kita dengan kefahaman tentang islam… paling tidak pun yang asas tentang islam tu kene utuh. nanti kene tanye boleh la menjawab dengan ilmu.
2.kite kene tahu bagaimana menjelaskan tentang perkaitan agama & hukum…. kalau tak tau cakap je tak tau… jangan nak memandai…. kang sesat & menyesatkan… lagi masalah
3.belajar cara menjelaskan sesuatu perkara pada semua peringkat umur… cara nak g tau budak kecik tak same dengan cara nak g tau dengan org tua…. gitu gak dengan remaja & dewasa…
4.kene sentiasa merujuk pd org yang lebih arif tentang sesuatu perkara… takut yang difahami & diamalkan tu salah… lantas amalan tu jadi sia2…
5.jangan cepat menghukum…. “enko dah keluar islam/munafik/kafir”…. huh… first time dengar tu dari seorang budak…. ingat orang tua2 je suka nak kate org lain keluar islam…. skarang nie budak kecik pun dah pandai…. masalah2…. kene cari punca perkara nie dan selesaikan…. kalau tak… habis la semua org islam lepas nie “keluar islam”
6.untuk budak2….. banyak2 la bertanya ye,… cari guru @ cikgu yang betul2 tahu…. kalau ustaz/ustazah tak tau… tanye pada banyak orang…. dalam soal nak cari ilmu nie jangan malu bertanya sesuatu yang kita tak tau….
7.pada kalian yang membaca nie… kalau ade silap pada iktibar tu maafkanlah ye sye yang lemah & doif nie…. mungkin tu je iktibar yang sye boleh nampak…. kalau ade iktibar2 lain yang kalian nampak…. bolahlah hulur2 kan…. insyaAllah… moga membantu untuk memperbaiki diri ini….
8.islam datang dan merubah kejahilan & bukan menghukum kejahilan tersebut…

Thursday, June 14, 2012

Kisah ABANG dan adiknya..harus baca..



Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul seh!”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.

Wednesday, June 13, 2012

Salam Takziah daripada warga KAB

Penghormatan Terakhir

Daripada DIA kita datang,dan kepada DIA kita kembali..
Al-Fatihah,YDP,Pengerusi serta warga KAB ingin merakamkan ucapan TAKZIAH kepada keluarga Wak Iti di atas pemergian arwah Sulaiman bin Yatim,adik kepada Wak Iti pada jam 8.05malam tadi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat,ditempatkan bersama dengan insan-insan yang soleh,diterima segala amalannya serta diluaskan kuburnya..InsyaAllah.al-Fatihah..
Jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan

Saturday, June 2, 2012

Terbaik dan memang terbaik...

Team REWANG kab yang MANTAP!

Sebelum admin meneruskan penulisan kali ini,boleh tak admin nak berikan pujian kepada team rewang KAB yang dikelolakan oleh Pak Yanto...TABIKKK springgg!Syabas...berbajukan baju rasmi yang tertera AL-BAJURI jelas menampakkan bahawa keluarga kita ini bersatu-padu serta bersedia menabur bakti tanpa mengira waktu dan tempat juga majlis.Baik yang G1,G2 mahupun yang G3,semuanya memainkan peranan yang penting bagi membantu menjayakan majlis Amirul Azmi dan Nurul Nadia yang penuh dengan kenangan manis..Bagaikan pesta Hari Keluarga Al-Bajuri,masing-masing menunjukkan semangat bantu-membantu antara satu sama lain.
We are family..kehadiran YB amat dinantikan






Tepat jam 12.00 tengahari,5 buah kereta serta sebuah bas yang mewakilil keluarga pengantin perempuan,alhamdulillah telah selamat tiba dikampung Olak Lempit.Kedua-dua mempelai yang memakai baju bewarna putih kelihatan kacak dan ayu sekali disambut dengan paluan kompang serta persembahan silat.
Tuuu dia...rombongan telah pun sampai...
Sejurus selepas persembahan silat,bagi memberkati majlis,ayahanda Dato Dr.Hj.Zabir,telah membacakan doa.
Doa dibacakan


**untuk foto lain klik pautan ini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.3059641024576.106531.1669923888&type=1&notif_t=like

Friday, June 1, 2012

debaran kian dirasai

sesi membungkus dodol Adood..
siapakah di sebalik bunga itu....

31 Mei 2012,kru biro maklumat sempat juga singgah di rumah Ucu Pah,meninjau-ninjau serta membantu apa yang patut..semoga apa yang dirancang pada majlis yang akan tiba nanti akan berjalan dengan lancar..
Paman Wan,meninjau persiapan akhir